Penunjuk
Platform TradingView memberikan satu bilangan penunjuk yang banyak untuk kedua-dua analisa data pasaran teknikal dan asas. Untuk membuka menu pilihan penunjuk, klik pada butang penunjuk pada bar alat di atas.
Tab Teknikal mengandungi penunjuk untuk analisa teknikal. Mereka dibahagikan kepada empat sub kategori:
- Penunjuk
- Strategi
- Profil
- Corak
Lebih maklumat mengenai penunjuk teknikal boleh didapati di sini.
Tab Kewangan mengandungi penunjuk yang direka untuk analisa asas (fundamental analysis). Mereka juga dibahagikan kepada sub kategori:
- Penyata kewangan
- Penyata imbangan
- Aliran tunai
- Statistik
Lebih maklumat mengenai penunjuk asas boleh didapati di sini.
Tab Skrip Komuniti mengandungi penunjuk yang dicipta dengan Pine Script oleh pengguna lain.
Tab Skrip Saya adalah khas untuk simpanan penunjuk yang ditulis oleh anda.
Lebih maklumat mengenai Pine Script boleh didapati di sini.
Penunjuk yang selalu digunakan boleh ditambahkan kepada kegemaran dengan mengklik pada ikon bintang. Penunjuk kegemaran adalah dipaparkan dalam tab Kegemaran.