Anchored Volume Profile
Definisi
Penunjuk Anchored Volume Profile (AVP) mengira data volum dalam satu tempoh masa tertentu dari titik permulaan yang dipilih secara manual kepada bar terakhir yang ada, membenarkan pedagang menganalisa aktiviti volum untuk satu julat tertentu dan bukannya keseluruhan pergerakan harga sesebuah aset
Nota: anda boleh membaca lebih banyak mengenai ciri yang dikongsi oleh semua penunjuk Profil Volum dalam artikel Pusat Bantuan Penunjuk Profil Volum: konsep asas. Teks di bawah menjelaskan ciri-ciri unik kepada penunjuk Profil Volum ini.
Bagaimana menggunakan AVP kepada carta anda
1. Pilih Anchored Volume Profile dari senarai alatan lukisan pada panel bahagian kiri carta, seperti yang ditunjukkan di bawah.
2. Klik pada carta untuk memilih titik dari mana anda mahu memulakan pengiraan anda. Lengkung profil volum akan dipaparkan pada carta seperti ditunjukkan di bawah.
Pengiraan
Apabila mengira Anchored Volume Profile, kami memeriksa satu senarai rangka masa dalam satu untaian sehingga bilangan bar dalam selang masa untuk di mana VP dikira akan menjadi lebih rendah daripada 5000. Jujukan rangka masa adalah: 1, 3, 5, 15, 30, 60, 240, 1D.
Pertimbangkan contoh berikut. Penunjuk AVP ditetapkan untuk mengira profil untuk tempoh yang bermula pada bar pertama Isnin dan berakhir pada bar terakhir Ahad pada minggu yang sama. Simbol didagangkan 24x7 (untuk eksperimen ini, andaikan tiada jurang di mana tiada dagangan terjadi dan setiap minit untuk setiap minggu mempunyai satu bar yang dikaitkan dengannya).
- Pertama, penunjuk memeriksa rangka masa "1", melihat carta 1m untuk simbol ini mempunyai 7H * 1440m = 10080 bar untuk data 1m, yang lebih daripada had 5000 bar. Ia memilih rangka masa seterusnya dalam jujukan.
- Kemudian, penunjuk melakukan perkara yang sama dengan rangka masa "3". Carta 3m untuk simbol mempunyai 7H * (1440 / 3) = 3360 bar untuk data. Ini adalah di bawah had 5000 bar, jadi bar 3m akan digunakan dalam pengiraan AVP.
Nota: Ada satu bilangan terhad untuk bar rangka masa lebih rendah yang tersedia untuk pengiraan penunjuk. Jika AVP ditetapkan untuk dikira dengan sangat mendalam kepada sejarah simbol, berkemungkinan tiada maklumat rangka masa lebih rendah untuk tempoh masa tersebut. Dalam kes sebegini, rangka masa Carta akan digunakan untuk pengiraan.
Untuk menunjukkan ini, cuba tambahkan AVP kepada NASDAQ:AAPL, 1H, dan tetapkan ia untuk merangkumi satu tempoh masa sehari yang bermula pada 12 Dis, 1980. Tiada data rangka masa lebih rendah untuk selang masa ini, jadi pengiraan AVP akan dilakukan pada resolusi Carta (1H).
Membina pada satu bar tunggal
Perhatikan bahawa semasa membina Anchored Volume Profile pada satu bar tunggal, keadaan tutup > buka digunakan untuk mengira Volum Naik/Turun. cth., jika tutup > buka, pergerakan harga dikira sebagai Volum Naik, jika tutup <= buka, ia adalah Volum Turun.
Input
Susun Atur Barisan / Saiz Barisan
Dua input ini menunjukkan cara penunjuk mengira sebanyak mana baris untuk setiap histogram.
Jika input "Susun Atur Baris" ditetapkan kepada “Bilangan Baris”, input "Saiz Baris" menetapkan jumlah bilangan dalam histogram dan bilangan tick setiap baris dikira secara automatik berdasarkan kepada formula: Tick Setiap Baris = (Histogram Atas-Histogram Bawah)/Bilangan Baris/Saiz Tick. Bergantung kepada panjang histogram, nilai Tick Setiap Baris boleh dibundarkan sama ada ke atas atau ke bawah dan bilangan baris boleh melebihi daripada yang ditetapkan dalam had.
Andaikan satu simbol dengan saiz tick 0.01 dan histogram Profil Volum yang merangkumi satu perubahan harga dari 10 ke 11, yang mempunyai jumlah tick 100. Jika "Saiz Baris" ditetapkan kepada 25, tinggi baris tunggal adalah (3-2)/25/0.01 = 4 tick. Histogram yang terhasil mempunyai 25 baris, dengan setiap baris mengandungi 4 tick.
Jika hasil pengiraan tinggi baris adalah dalam nombor titik terapung, penunjuk membundarkan pengiraan Tick Setiap Baris untuk memastikan tinggi adalah nombor bulat. Ia boleh juga mencipta baris tambahan untuk memastikan semua data dinyatakan dalam histogram. Sama ada nilai Tick Setiap Baris dibundarkan ke atas atau ke bawah bergantung kepada yang mana menghasilkan bilangan baris yang paling hampir kepada nilai dalam input "Saiz Baris".
Sebagai contoh, jika dalam kes di atas input "Saiz Baris" ditukar kepada 30, tinggi baris awal adalah (3-2)/30/0.01=3.333 tick setiap baris.
Jika nombor ini dibundarkan kepada integer terdekat, 3, setiap baris dalam histogram yang terhasil mempunyai 3 tick setiap baris. Hasilnya, 30 baris pertama hanya merangkumi 30*3=90 tick dari seratus yang dirangkumi oleh histogram. Ini menyebabkan ada 10 tick yang tidak dikira, dan untuk mereka, empat baris tambahan akan dicipta -- tiga yang pertama dengan saiz 3, dan yang terakhir dengan saiz 1, menaikkan bilangan baris kepada 34.
Jika ia dibundarkan pula, setiap baris dalam histogram mempunyai tinggi 4 tick. Dalam kes ini, semua 100 tick akan dimuatkan kepada 25 baris tanpa baki. Disebabkan baris 34 adalah lebih dekat kepada 30, "Saiz Baris" yang dipinta, penunjuk menggunakan 3 tick sebagai tinggi baris.
Jika input ini ditetapkan kepada “Tick Setiap Baris”, Saiz Baris menentukan bilangan tick dalam setiap baris tunggal (1 tick menjadi pergerakan minimum harga untuk simbol ini boleh lakukan: sebagai contoh, untuk NASDAQ:AAPL, 1 tick adalah 0.01 kerana harga perlu bergerak paling kurang 0.01 USD, iaitu. 1 sen). Cth., tetapkan ia kepada 25 akan bermakna setiap baris mempunyai tinggi 25 tick. Dalam kes ini, bilangan baris akan dikira secara automatik, dan histogram Profil Volum merangkumi harga dari 200 ke 300 untuk satu simbol dengan satu tick minimum 0.01 akan mempunyai (300 - 200) / 0.01 / 25 = 400 baris untuk setiap histogram.
Volum
Togol antara menunjukkan jumlah volum untuk setiap barisan (Jumlah), membahagikan setiap barisan kepada atas/bawah (Up/Down), atau menunjukkan perbezaan mereka (Delta).
Volum Kawasan Nilai (Value Area Volume)
Menentukan peratusan untuk semua volum untuk sesi dagangan yang perlu diserlahkan oleh Kawasan Nilai.
Koordinat
#1 (bar) - menetapkan posisi sauh untuk Profil Volum. VP akan bermula sebelum posisi ini.