Lebar
Seperti dijelaskan di atas, satu strategi mungkin mempunyai satu atau lebih kaki (leg). Setiap kaki ada satu strike. Ada satu kumpulan strategi dengan dua kaki pada strike yang sama: straddle, strip, dan strap. Strategi-strategi ini mempunyai hanya satu parameter – strike.
Semua strategi pelbagai kaki (multileg) memerlukan lebih maklumat untuk dikhususkan. Sebagai contoh, jika kita membina satu call spread menegak, kita perlu memilih satu strike(1) untuk kaki pertama (long call) dan juga satu strike(2) untuk kaki kedua (short call).
Pembina strategi opsyen tidak membenarkan pengguna untuk memilih kedua-dua strike sekaligus. Tetapi, pengguna boleh memilih kaki strike pertama dan menentukan satu jarak (lebar) antara strike. Ini membenarkan pengguna untuk menukar hanya strike pertama dan pada yang sama mengekalkan ciri strategi.