Penunjuk Session Time Price Opportunities (STPO)

Definisi

Penunjuk Session Time Price Opportunities (STPO) mencipta profil TPO untuk setiap hari berdasarkan kepada sesi yang ditetapkan dalam tetapan, membenarkan pedagang untuk menganalisa pengagihan harga sepanjang tempoh masa tertentu dalam setiap hari.

Menggunakan pelbagai contoh penunjuk STPO pada satu carta juga membenarkan pedagang membahagikan hari dagangan kepada beberapa tempoh masa tertentu dan memeriksa dengan bebas setiap tempoh masa TPO.

NOTA: Halaman ini menjelaskan ciri-ciri unik penunjuk STPO. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri umum semua penunjuk Time Price Opportunities, sila lihat artikel Time Price Opportunities di Pusat Bantuan kami.

Pengiraan

Pengiraan penunjuk Session TPO hampir menyamai pengiraan Periodic TPO, di mana anda boleh mengetahui mengenainya lebih lanjut dengan membaca artikel disebut di atas.

Perbezaan utama pengiraan STPO ialah definasi tempoh masa. Ia mengira profil TPO sepanjang setiap hari dagangan dalam sesi yang ditentukan dalam tetapan penunjuk. Data untuk setiap profil akan bergantung kepada tetapan "Sesi" dan "Saiz Blok".

Input "Saiz Blok" menentukan rangka masa data yang digunakan oleh penunjuk untuk membina profil. Jika permulaan satu sesi tertentu berlaku selepas permulaan satu bar pada rangka masa "Saiz Blok", profil sesi tidak akan mengandungi data bar. Sebaliknya, apabila penamat satu sesi terjadi selepas permulaan bar "Saiz Blok", penunjuk akan menggunakan semua data bar apabila membina profil walaupun jika ia menutup selepas sesi berakhir.

Sebagai contoh, katakan penunjuk menggunakan sesi tersuai dari 8:00 hingga 12:30, dan saiz bloknya ialah "4j. Jika data pada rangka masa 4 jam mempunyai satu bar yang bermula pada 12:00, profil akan mengandungi kesemua data bar, walaupun sesi hanya merangkumi 30 minit pertama (12:00 hingga 12:30).

Input

Sesi

Input ini menentukan sesi yang STPO mengambil kira dalam pengiraannya. Mengaktifkan "Jam dagangan dilanjutkan" dalam tetapan carta akan mempengaruhi keputusan untuk kebanyakan pilihan sesi.

  • Semua: Pilihan "Semua" (lalai) menjelaskan bahawa penunjuk akan mengambil kira keseluruhan tempoh waktu harian, termasuk sesi pra pasaran dan pasca pasaran, sebagai satu sesi tunggal dalam pengiraan.
  • Setiap: Pilihan "Setiap (pra pasaran, pasaran, pasca pasaran)" menjelaskan bahawa penunjuk akan membina sehingga tiga profil untuk setiap hari dagangan: satu untuk jam pra pasaran, satu untuk jam dagangan utama dan satu untuk jam pasca pasaran. Profil pra pasaran dan pasca pasaran hanya akan ditunjukkan jika simbol telah melepasi data jam lanjutan dan carta memaparkan data berkenaan. 
  • Pra pasaran, Pasaran, atau Pasca pasaran: Pilihan khusus "Pra pasaran", "Pasaran", dan "Pasca pasaran" membenarkan penunjuk membina satu profil tunggal untuk setiap hari sepanjang sesi tertentu. Pilihan "Pra pasaran" dan "Pasca pasaran" hanya berfungsi untuk simbol dengan data jam dilanjutkan apabila carta diaktifkan dengan "Jam dagangan dilanjutkan".
  • Tersuai: Dengan pilihan "Tersuai", pedagang boleh mengkonfigurasikan permulaan dan pengakhiran untuk tempoh harian dan zon masanya, membenarkan untuk pedagang memeriksa TPO untuk bahagian masa tertentu dalam setiap hari.

Lihat artikel Time Price Opportunities di Pusat Bantuan kami untuk mengetahui mengenai tetapan input dan gaya lain yang ada untuk penunjuk ini.

Pemberitahuan

Anda sekarang boleh mencipta pemberitahuan pada TPO — yang membenarkan anda menerima notifikasi semasa harga berinteraksi dengan tingkatan struktural utama dalam profil-profil yang sudah lengkap.

Pemberitahuan TPO membantu anda menjejak reaksi pasaran penting kepada kawasan nilai, titik kawalan dan anomali profil, tanpa perlu sentiasa memantau carta.

Syarat pemberitahuan tersedia

Syarat pemberitahuan berikut disokong buat masa ini:

  • Harga merentasi POC dilanjutkan
  • Harga merentasi VAH dilanjutkan 
  • Harga merentasi VAL dilanjutkan 
  • Harga merentasi poor high dilanjutkan 
  • Harga merentasi poor low dilanjutkan 
  • Harga merentasi singleprint dilanjutkan 

Bagaimana pemberitahuan TPO berfungsi

  • Pemberitahuan tersedia pada jenis carta TPO, dan juga pada kajian TPO Berkala dan Sesi TPO.
  • Pemberitahuan tercetus hanya oleh profil dilengkapkan.Profil TPO yang sedang terbentuk buat masa ini (masa nyata) diabaikan untuk mengelakkan hingar berlebihan dan isyarat palsu.

Nota dan had penting

Tingkatan dilanjutkan sahaja

Anda boleh mencipta pemberitahuan hanya pada objek TPO dilanjutkan yang disenaraikan di atas.

Jika satu tingkatan tidak dilanjutkan, ia tidak akan muncul dalam senarai syarat pemberitahuan.

Tingkatan dilanjutkan adalah dikawal dalam Tetapan → Garis & Label.Jika pilihan dilanjutkan dinyahaktifkan, pemberitahuan untuk tingkatan tersebut tidak boleh dicipta dan akan disembunyikan dalam dialog penciptaan pemberitahuan.

Profil masa nyata diabaikan

Pemberitahuan tidak mengambil kira profil TPO masa nyata (belum selesai).Disebabkan profil masih membentuk, menggunakannya untuk pemberitahuan akan menjana hingar tidak dikehendaki dan isyarat yang tidak boleh diharapkan.

Gelagat Penggabungan & Pemisahan

Carta dan kajian TPO menyokong operasi penggabungan dan pemisahan profil.Akan tetapi, pemberitahuan tidak bereaksi secara dinamik kepada perubahan tersebut.

Implikasi utama:

  • Apabila pemberitahuan dicipta, syot kilat parameter kajian digunakan pada bahagian belakang (backend).
  • Mana-mana perubahan seterusnya kepada tetapan carta — termasuk menggabung atau memisahkan profil — adalah tidak disebarkan kepada pemberitahuan sedia ada.
  • Akibatnya, selepas penggabungan atau pemisahan profi:
    • Pemberitahuan boleh terus tercetus berdasarkan kepada tingkatan dilanjutkan yang sudah luput
    • Dalam beberapa kes, pemberitahuan boleh tercetus untuk tingkatan yang tidak lagi wujud dalam carta

Gelagat dialog pemberitahuan

  • Kumpulan syarat baharu Time Price Opportunities muncul untuk carta TPO.
  • Hanya syarat pemberitahuan yang sepadan dengan syarat dilanjutkan diaktifkan akan ditunjukkan.
  • Jika semua syarat dilanjutkan dinyahaktifkan, kumpulan Time Price Opportunities tidak akan dipaparkan langsung.
  • Apabila mengklik satu pemberitahuan:
    • Pemberitahuan yang dicipta pada Carta TPO akan membuka carta dalam mod TPO
    • Pemberitahuan yang dicipta pada kajian TPO tidak akan mengubah jenis carta

Mengapa menggunakan pemberitahuan TPO?

Pemberitahuan TPO membenarkan anda memberikan reaksi pantas apabila harga melawat semula atau memecah menerusi tingkatan profil pasaran penting secara struktur seperti:

  • Penerimaan atau penolakan pada kawasan sempadan nilai
  • Ujian semula titik-titik kawalan
  • Resolusi pada lelongan tidak selesai - unfinished auctions (poor highs/lows)
  • Interaksi dengan zon single print kecairan rendah

Dengan menggabungkan pemberitahuan TPO dan pemvisualan profil, anda boleh memantau struktur pasaran secara pasif, dan pada masa yang sama kekal fokus pada pelaksanaan dan pembuatan keputusan pada masa yang genting.