Session Time Price Opportunities (STPO)

Definisi

Penunjuk Session Time Price Opportunities (STPO) mencipta profil TPO untuk setiap hari berdasarkan kepada sesi yang ditetapkan dalam tetapan, membenarkan pedagang untuk menganalisa pengagihan harga sepanjang tempoh masa tertentu dalam setiap hari.

Menggunakan pelbagai contoh penunjuk STPO pada satu carta juga membenarkan pedagang membahagikan hari dagangan kepada beberapa tempoh masa tertentu dan memeriksa dengan bebas setiap tempoh masa TPO.

NOTA: Halaman ini menjelaskan ciri-ciri unik penunjuk STPO. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri umum semua penunjuk Time Price Opportunities, sila lihat artikel Time Price Opportunities di Pusat Bantuan kami.

Pengiraan

Pengiraan penunjuk Session TPO hampir menyamai pengiraan Periodic TPO, di mana anda boleh mengetahui mengenainya lebih lanjut dengan membaca artikel disebut di atas.

Perbezaan utama pengiraan STPO ialah definasi tempoh masa. Ia mengira profil TPO sepanjang setiap hari dagangan dalam sesi yang ditentukan dalam tetapan penunjuk. Data untuk setiap profil akan bergantung kepada tetapan "Sesi" dan "Saiz Blok".

Input "Saiz Blok" menentukan rangka masa data yang digunakan oleh penunjuk untuk membina profil. Jika permulaan satu sesi tertentu berlaku selepas permulaan satu bar pada rangka masa "Saiz Blok", profil sesi tidak akan mengandungi data bar. Sebaliknya, apabila penamat satu sesi terjadi selepas permulaan bar "Saiz Blok", penunjuk akan menggunakan semua data bar apabila membina profil walaupun jika ia menutup selepas sesi berakhir.

Sebagai contoh, katakan penunjuk menggunakan sesi tersuai dari 8:00 hingga 12:30, dan saiz bloknya ialah "4j. Jika data pada rangka masa 4 jam mempunyai satu bar yang bermula pada 12:00, profil akan mengandungi kesemua data bar, walaupun sesi hanya merangkumi 30 minit pertama (12:00 hingga 12:30).

Input

Sesi

Input ini menentukan sesi yang STPO mengambil kira dalam pengiraannya. Mengaktifkan "Jam dagangan dilanjutkan" dalam tetapan carta akan mempengaruhi keputusan untuk kebanyakan pilihan sesi.

  • Semua: Pilihan "Semua" (lalai) menjelaskan bahawa penunjuk akan mengambil kira keseluruhan tempoh waktu harian, termasuk sesi pra pasaran dan pasca pasaran, sebagai satu sesi tunggal dalam pengiraan.
  • Setiap: Pilihan "Setiap (pra pasaran, pasaran, pasca pasaran)" menjelaskan bahawa penunjuk akan membina sehingga tiga profil untuk setiap hari dagangan: satu untuk jam pra pasaran, satu untuk jam dagangan utama dan satu untuk jam pasca pasaran. Profil pra pasaran dan pasca pasaran hanya akan ditunjukkan jika simbol telah melepasi data jam lanjutan dan carta memaparkan data berkenaan. 
  • Pra pasaran, Pasaran, atau Pasca pasaran: Pilihan khusus "Pra pasaran", "Pasaran", dan "Pasca pasaran" membenarkan penunjuk membina satu profil tunggal untuk setiap hari sepanjang sesi tertentu. Pilihan "Pra pasaran" dan "Pasca pasaran" hanya berfungsi untuk simbol dengan data jam dilanjutkan apabila carta diaktifkan dengan "Jam dagangan dilanjutkan".
  • Tersuai: Dengan pilihan "Tersuai", pedagang boleh mengkonfigurasikan permulaan dan pengakhiran untuk tempoh harian dan zon masanya, membenarkan untuk pedagang memeriksa TPO untuk bahagian masa tertentu dalam setiap hari.

Lihat artikel Time Price Opportunities di Pusat Bantuan kami untuk mengetahui mengenai tetapan input dan gaya lain yang ada untuk penunjuk ini.