Memahami carta lilin volum

Lilin volum adalah serupa dengan lilin standard cuma mereka berbeza dalam ketebalan yang bergantung kepada volum dagangan. Jenis carta ini boleh membantu anda mengenalpasti dengan lebih mudah tempoh masa bila dagangan paling banyak terjadi dan menganalisa corak candlestick.

KANDUNGAN:

Apakah lilin volum

Jika anda sudah biasa dengan lilin standard, anda mungkin sudah tahu bahawa setiap lilin mengandungi badan segi empat yang mewakili harga buka dan tutup dan sumbuk/bayang/ekor yang menunjukkan harga tertinggi dan terendah semasa tempoh masa tersebut.

Volum adalah satu metrik utama dalam dagangan. Volum tinggi boleh memberitahu anda sama ada pergerakan harga disebabkan oleh minat peserta pasaran dalam aset tersebut dan ia adalah mungkin merupakan arah harga "benar".

Sebaliknya, volum rendah boleh memberitahu bahawa, sebagai contoh, corak carta adalah dipecahkan secara palsu dan harga boleh kembali kepada nilai sebelumnya.

Lilin volum vs lilin standard

Seperti disebutkan sebelumnya, satu-satunya perbezaan antara dua jenis carta ini adalah lilin volum dipaparkan dengan ketebalan berbeza pada badan mereka.

Kesimpulan pantas mengenai kebaikan mereka, lilin volum:

  • Memberikan anda gambaran jelas mengenai harga buka, tinggi, rendah dan tutup
  • Memberikan hubungkait yang mudah difahami antara harga dan volum
  • Berfungsi dengan corak candlestick

Mengaktifkan jenis carta

Sebaik sahaja anda berada pada Carta Super, buka menu jenis carta pada bar alat atas dan pilih "Lilin volum."

Tetapan lilin volum

Untuk menggunakan sepenuhnya carta lilin volum anda, anda boleh mensesuaikan mereka kepada kegemaran dan keperluan anda.

Untuk melakukannya, cari butang gear "Tetapan" pada bar alat atas dan pergi ke tab "Simbol".

Pada bahagian pertama, "Lilin volum," menyenaraikan tetapan khusus untuk jenis carta ini:

  1. Warna berdasarkan tutup sebelum: Apabila diaktifkan, warna setiap lilin akan bergantung bukan pada harga buka dan tutup lilin tetapi pada hubungan harga tutup lilin ini dengan lilin sebelumnya
  2. Badan: Tukar bentuk badan lilin untuk penampilan visual lebih baik
  3. Sempadan: Tukar warna bucu lilin
  4. Sumbu (wick): Pilih warna digemari untuk bayang lilin

Corak candlestick

Untuk memaksimumkan kegunaan carta candlestick, anda boleh menggunakan penunjuk corak candlestick. Untuk melakukannya, pergi ke bar alat atas dan pilih "Penunjuk," pilih "Corak" dan tatal ke bawah untuk mencari "Penunjuk corak candlestick."

Alatan berautomasi ini mengesan candlestick dan corak khusus dan memberikan cerapan kepada implikasi berpotensi mereka. Akan tetapi, adalah lebih baik menilai konteks lebih meluas dan tidak bergantung sepenuhnya pada penunjuk berautomasi untuk melakukan keputusan dagangan.

Kesimpulan lilin volum

Ada banyak ciri carta, setiap satu meningkatkan pandangan anda mengenai pasaran.

Lilin volum adalah langkah ke hadapan untuk memahami pergerakan harga sebenar. Penampilan visual mereka boleh membantu anda mengelakkan isyarat palsu berpotensi dari alatan analisis teknikal lain tentang perubahan dan penerusan trend.

Dalam dagangan, tiada yang benar sepenuhnya apabila bergantung pada satu sumber maklumat sahaja. TradingView menyarankan anda mempelajari jenis carta lain bersama-sama penunjuk dan alatan lukisan untuk mendapatkan pemahaman lebih meluas mengenai pasaran kewangan.

Juga baca: