Carta Time Price Opportunity (TPO)
Jenis carta Time Price Opportunity (TPO), juga dikenali sebagai Profil Pasaran, membantu pedagang memvisualkan dinamik harga semasa tempoh pembentukan profil dan penumpuan harga pada tingkatan tertentu semasa satu tempoh masa khusus. Anda boleh menggunakan TPO pada Carta Super untuk mengenalpasti tingkatan harga dengan aktiviti paling banyak atau paling kurang, untuk mendapatkan cerapan dalam menentukan pergerakan harga masa depan
KANDUNGAN:
Prinsip pembinaan carta TPO
Time Price Opportunity (TPO) adalah berdasarkan kepada satu konsep yang dibangunkan oleh J. Peter Steidlmayer dalam tahun 1980an. Ia telah mendapat pengiktirafan meluas dalam pasaran hadapan dan komoditi dan sekarang digunakan secara meluas merentasi semua sektor.
- Setiap profil merangkumi satu tempoh masa, yang boleh dikelaskan dalam hari, minggu atau bulan
- Setiap huruf mewakili satu blok masa dalam satu profil, membahagikan tempoh profil kepada tempoh yang sama (5 minit, 10 minit, 15 minit, 30 minit, 1 jam, 2 jam atau 4 jam). Jujukan huruf bermula dengan huruf besar [A-Z], diikuti dengan huruf kecil [a-z], dan diulangi sekiranya diperlukan
- Satu blok untuk satu huruf akan muncul pada setiap tingkatan harga di mana aktiviti pasaran terjadi semasa segmen masa yang sepadan kepada satu huruf. Sebagai contoh, semua tingkatan di mana blok "A" muncul adalah dilawati semasa segmen masa pertama tempoh masa profil
- Setiap garisan profil mewakili julat harga yang meliputi carta
Untuk maklumat lebih mendalam mengenai cara pengiraan profil TPO, sila lawati halaman artikel kami di petunjuk TPO.
Pada bahagian kanan TPO adalah profil volum — dikira menggunakan data untuk tempoh yang dijelaskan dalam parameter "Saiz Blok".
Selain daripada itu, carta harga dipaparkan sebagai satu garis.
Tetapan carta

Garis
- Sumber harga: Membenarkan anda memilih berdasarkan kepada nilai di mana carta garis dibina
- Garis: Menetapkan warna dan ketebalan garisan carta
Time Price Opportunity
- Tempoh masa: Menentukan tempoh setiap profil, ditetapkan oleh bilangan hari, minggu atau bulan. Nilai lalai adalah sehari
- Saiz Blok: Menentukan subtempoh masa yang diwakili oleh setiap huruf yang digunakan untuk menamakan blok-blok. Saiz blok lebih kecil membenarkan untuk lebih perincian. Nilai: 5 minit, 10 minit, 15 minit, 30 minit, 1 jam, 2 atau 4 jam, nilai lalai adalah 30 minit. Mempengaruhi pengiraan TPO dan profil Volum
- Saiz baris: Menentukan sebanyak mana garisan yang dipunyai oleh profil. Pilih nilai optimum untuk tetapan "Tick setiap baris" dalam mod automatik. Bilangan tick yang anda tentukan dalam ruangan "Tick setiap baris" digunakan secara manual
- Tick setiap baris: Nilai ini digunakan hanya bila mod tetapan manual Saiz baris digunakan
- Kawasan nilai: Menetapkan peratusan blok yang digunakan untuk mengira zon kos. Nilai lalai adalah 70%
- Warna kecerunan: Warna-warna ini digunakan untuk memaparkan blok-blok TPO. Dua warna pertama menentukan julat warna untuk blok A-Z; dengan dua warna terakhir adalah untuk blok a-z
- Blok: Mengawal paparan blok-blok berwarna TPO. Menyahaktifkan tetapan tidak akan berfungsi jika tetapan Huruf diaktifkan, tetapi mereka tidak boleh dipaparkan kerana kekurangan ruang
- Huruf: Mengawal paparan huruf TPO. Jika ciri ini diaktifkan, huruf-huruf akan hanya dipaparkan jika ada ruang yang cukup untuk mereka, sebaliknya, blok-blok berwarna akan dipaparkan
- Kelegapan di luar VA: Menetapkan nilai kelegapan di luar Zon Nilai
- Pecahan oleh blok: Mengedarkan blok-blok kepada setiap blok masa sepanjang tempoh masa keseluruhan profil
- Maklumat ringkasan: Data tambahan mengenai setiap pengiraan TPO berasingan
Garis dan tanda
- POC: Togolkan kebolehlihatan garisan dan tanda titik kawalan (Point of Control) untuk tempoh masa TPO
- Poor high: Togolkan kebolehlihatan garisan dan label weak high untuk tempoh masa TPO
- Poor low: Togolkan kebolehlihatan garisan dan label weak low untuk tempoh masa TPO
- Cetakan tunggal (Single prints): Togolkan kebolehlihatan garis cetakan tunggal dan label untuk tempoh masa TPO
- VAH:Togolkan kebolehlihatan garis dan label kawasan nilai tinggi (value area high) untuk tempoh masa TPO
- VAL: Togolkan kebolehlihatan garis dan label kawasan nilai rendah (value area low) untuk tempoh masa TPO
- Titik Tengah TPO: Togolkan kebolehlihatan label tingkatan purata untuk tempoh masa TPO
- Harga buka: Togolkan kebolehlihatan label harga buka untuk tempoh masa TPO
- Harga tutup: Togolkan kebolehlihatan label harga tutup untuk tempoh masa TPO
- Julat baki awal: Memaparkan garis baki awal sebagai satu garis menegak ke kiri profil TPO dan menentukan bilangan blok yang digunakan untuk membentuk julat
Profil volum
- Tunjuk profil volum: Togolkan kebolehlihatan profil volum ke kanan profil TPO
- Nilai: Togolkan kebolehlihatan nilai volum jika ada ruangan yang cukup
- VAH: Menukar kebolehlihatan garisan kawasan nilai tinggi (value area high) untuk profil volum
- VAL: Menukar kebolehlihatan garisan kawasan nilai rendah (value area low) untuk profil volum
- POC: Togolkan kebolehlihatan garis Point of Control untuk profil volum
- Volum: Menentukan warna tingkatan di luar zon nilai
- Kawasan nilai: Menentukan warna tingkatan dalam zon kos
- Penempatan: Menentukan sama ada profil volum disusun ke kiri atau kanan
Maklumat ringkasan
Apabila input ini dipilih, panel baharu akan dicipta di bawah carta TPO. Panel itu akan menunjukkan data tambahan mengenai setiap pengiraan TPO berasingan.

Gunakan input lungsur turun untuk mensesuaikan:
- Julat HL: Julat pada profil, cth., perbezaan antara titik tertinggi dan terendahnya
- Julat VA: Julat pada kawasan nilai
- VAH: Titik tertinggi pada kawasan nilai
- VAL: Titik terendah pada kawasan nilai
- POC: Titik kawalan TPO
- Jumlah volum: umlah volum untuk semua tempoh masa dirangkumi oleh profil khusus ini
- Jumlah TPO: Jumlah bilangan blok dalam profil ini
- TPO di atas POC: Jumlah bilangan blok dalam profil ini di atas titik kawalan (Point of Control)
- TPO di bawah POC: Jumlah bilangan blok dalam profil ini di bawah titik kawalan (Point of Control)
- Faktor putaran: Pekali naik turun bar antara bar-bar dirangkumi oleh profil. Logik di sebalik pengiraan faktor putaran boleh di baca di bawah
- IB tinggi: Titik tertinggi dalam julat baki awal (Initial Balance)
- IB rendah: Titik terendah dalam julat baki awal (Initial Balance)
- Julat IB: Julat baki awal

Faktor putaran (Rotation factor)
Faktor putaran adalah pekali yang menunjukkan bagaimana bar-bar dalam satu profil tertentu naik dan turun. Untuk melakukannya, kira faktor putaran untuk setiap bar pada rangka masa "Saiz Blok", dan kemudian jumlahkan faktor putaran mereka.
Satu bar tunggal boleh mempunyai penarafan dari -2 ke +2. Untuk mengiranya, bandingkan tinggi bar semasa dengan tinggi bar sebelumnya:
- Jika bar semasa mempunyai tinggi lebih tinggi (higher high), letakkan nilai +1
- Jika bar semasa mempunyai tinggi lebih rendah (lower high), letakkan nilai -1
- Jika tinggi adalah sama, letakkan nilai 0
Kemudian, lakukan perbandingan yang sama untuk rendah kedua-dua bar. Akhirnya, jumlahkan nilai-nilai untuk mendapatkan faktor putaran untuk bar semasa.
Dalam syot skrin di bawah, anda boleh melihat hasil pengiraan pada carta TPO di atas, dan pengiraan and pengiraan kemajuan pada bar biasa di bawah.

Memisahkan dan menggabungkan profil
Anda boleh memisahkan atau menggabungkan profil-profil individu: ini sangat berguna apabila anda perlu melihat kawasan khusus pada graf pada tingkatan butiran berbeza. Untuk menggunakan ciri ini, klik kanan pada blok profil dan pilih tindakan yang sesuai dari menu konteks.

Profil berbilang sesi
Apabila parameter Tempoh masa ditetapkan kepada 1 hari, carta TPO akan menyokong profil berbilang sesi, membenarkan anda memvisualkan taburan TPO berasingan untuk bahagian berbeza dalam hari dagangan — seperti pra pasaran, pasca pasaran dan juga sesi tersuai sepenuhnya yang ditentukan pengguna.
Pilihan sesi
Dalam menu lungsur turun Sesi, anda boleh memilih satu daripada pratetapan berikut:
- Semua: Satu sesi berterusan tunggal merangkumi keseluruhan sesi
- Setiap: Profil berasingan untuk sesi Pra pasaran, Pasaran dan Pasca pasaran
- Pra pasaran sahaja: Membina profil menggunakan hanya data pra pasaran
- Pasaran sahaja: Mengandungi hanya jam dagangan biasa
- Pasca pasaran sahaja: Mengandungi hanya data pasca pasaran
- Tersuai: Membenarkan kawalan manual penuh untuk selang masa sesi
Apabila pratetapan bukan tersuai dipilih, profil dijana secara automatik berdasarkan kepada sempadan sesi dipratetapkan untuk instrumen.
Sesi tersuai
Untuk menentukan selang masa sesi anda sendiri:
- Pilih Sesi → Tersuai.
- Pilih masa mula dan akhir untuk sesi disukai (sebagai contoh, 04:00-20:00). Sila ambil maklum bahawa masa adalah ditentukan dalam tetapan Zon masa.
- Klik Tambah sesi untuk memasukkan selang masa tambahan. Anda boleh menambahkan sehingga lima sesi tersuai secara keseluruhan.
- Setiap selang masa ditentukan akan menghasilkan profil TPO berasingan pada carta.

You can apply splitting and merging operations to the resulting custom TPO profiles to analyze specific periods in more detail
Sesi bertindan
If two or more custom session intervals overlap, the overlapping areas are automatically divided into separate sessions at their intersection points. Each resulting segment is displayed sequentially in historical order and generates its own TPO profile.
For example, to analyze the correlation of a cryptocurrency with NASDAQ trading hours:
- Set your chart timezone to New York
- Define the first custom session as 04:00–20:00 (extended hours)
- Define the second custom session as 09:30–16:00 (regular hours)
This configuration produces three separate TPO profiles:
- 04:00–09:30
- 09:30–16:00
- 16:00–20:00
This allows you to easily compare market activity across different trading phases.
Out-of-range session times
If a custom session starts before market open or ends after market close for the instrument, the session boundaries are automatically adjusted to fit within the valid trading hours.
This ensures that all TPO profiles only include actual traded data and prevents gaps in the visualization.
Juga baca: