Bagaimana untuk menambah baik prestasi aplikasi Atas Meja TradingView
Panduan ini memberikan penyelesaian biasa untuk menambahbaik prestasi aplikasi Atas Meja TradingView. Ikuti penyelesaian yang dicadangkan di bawah sekiranya anda mengalami tindak balas yang perlahan, produktiviti yang rendah, muatan sistem tinggi (high system load), pegun, lambat atau runtuhan (crashes). Dengan mengikuti langkah-langkah berikut, anda boleh mengoptimumkan prestasi aplikasi Atas Meja TradingView dan memastikan pengalaman penggunaan anda lebih lancar dan efisyen.
Pastikan sistem operasi dan pemandu (operating system and drivers) anda adalah terkini
Dengan memastikan sistem operasi dan pemandu anda dalam keadaan terkini adalah sangat penting untuk keserasian dan prestasi keseluruhan, yang mempengaruhi secara terus aplikasi Atas Meja TradingView.
Pastikan Atas Meja TradingView Desktop dikemas kini
Mengemaskini Atas Meja TradingView kepada versi terkini dapat memastikan anda menerima penambahbaikan prestasi terkini, pembaikan pepijat dan kemas kini. Berikut adalah cara memeriksa untuk kemas kini:
- Buka menu aplikasi dengan mengklik butang pada bucu kanan bahagian atas (tiga titik melintang) > “Tetapan” > tab “Mengenai” untuk memeriksa kemas kini.
- Jika satu kemas kini tersedia, aplikasi akan memasangnya dengan cepat. Anda boleh melancarkan semula aplikasi untuk menukar kepada versi baharu.
Tutup tab yang tidak dikehendaki
TradingView memproses bilangan data yang sangat besar dan menghasilkan carta masa nyata dan elemen visual yang menggunakan sumber yang banyak. Untuk mengurangkan beban dan menambahbaik prestasi, tutup tab yang tidak penting kepada kerja semasa anda.
Bersihkan cache aplikasi
Membersihkan fail cache boleh menambahbaik prestasi dan menyelesaikan masalah yang terjadi disebabkan fail-fail yang ketinggalan zaman atau rosak. Ikuti langkah-langkah berikut untuk membersihkan cache:
- Buka menu aplikasi dengan mengklik butang di bucu kanan bahagian atas (tiga titik melintang) > “Tetapan” > “Servis” > “Bersihkan cache”.
- Lancarkan semula aplikasi.
Togol tutup pemecutan perkakasan (hardware acceleration)
Pemecutan perkakasan membenarkan aplikasi untuk memunggah tugasan kepada GPU anda untuk prestasi lebih baik. Akan tetapi, kadang-kala ia boleh menyebabkan masalah visual. Untuk togol tutup pemecutan perkakasan:
- Buka menu aplikasi dengan mengklik butang di bucu kanan bahagian atas (tiga titik melintang) > “Tetapan” > “Servis”.
- Pilih kotak semak "Nyahaktif pemecutan perkakasan".
- Lancarkan semula aplikasi.
- Jika masalah masih berulang, padamkan kotak semak "Nyahaktif pemecutan perkakasan" untuk mengaktifkan semula pemecutan perkakasan dan kemudian lancarkan semula aplikasi.
Set semula aplikasi
Dengan setkan semula Atas Meja TradingView kepada tetapan asalnya boleh menyelesaikan masalah prestasi dengan memulihkan semula kepada konfigurasi asal dan membuang fail-fail yang bermasalah. Ambil maklum bahawa keadaan aplikasi akan hilang tetapi susun atur, perubahan dan data yang diubah oleh anda adalah disimpan di kawasan berlainan. Untuk setkan semula aplikasi:
- Buka menu aplikasi dengan mengklik butang di bucu kanan bahagian atas (tiga titik melintang) > “Tetapan” > “Servis” > “Kembali ke lalai”.
- Lancarkan semula aplikasi.
Laraskan tetapan resolusi pada macOS
Pada macOS, gunakan resolusi diskalakan boleh memberikan impak kepada prestasi kerana sistem membuat segalanya pada resolusi yang lebih tinggi sebelum menskala turunkan ia. Untuk menambah baik prestasi:
- Buka menu aplikasi dengan mengklik butang di bucu kanan bahagian atas (tiga titik melintang) > “Kegemaran Sistem” > “Paparan”.
- Tukar resolusi kepada apa-apa yang dilabelkan sebagai "lalai" atau "resolusi rendah".