Bagaimana untuk memasang dan mengemas kini aplikasi Atas Meja di Linux
Artikel ini menceritakan mengenai procedur pemasangan (installing) dan kemas kini untuk aplikasi Atas Meja TradingView di Linux. Kami menyediakan dua pilihan pemasangan: pakej debian dan pakej snap. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai pakej snap dan debian, anda boleh membaca di pautan ini.
Arahan-arahan ini diguna pakai untuk pengedaran 64-bit Debian-based Linux seperti Ubuntu, Mint dll.
Pemasangan
Pakej Debian
- Buka tradingview.com/desktop di palayar anda dan muat turun pakej Debian;
- Klik dua kali pakej Debian untuk memulakan proses pemasangan.
Jika ada masalah, anda boleh cuba memasang pakej debian melalui terminal. Sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Pasang kekunci perisian awam rasmi kami (official public software signing key):
wget -O - https://tvd-packages.tradingview.com/keyring.gpg | sudo tee /usr/share/keyrings/tradingview-desktop-archive-keyring.gpg >/dev/null
- Tambah repositari kami ke dalam senarai repositari anda:
echo "deb [arch=amd64 signed-by=/usr/share/keyrings/tradingview-desktop-archive-keyring.gpg] https://tvd-packages.tradingview.com/ubuntu/stable jammy multiverse" | sudo tee /etc/apt/sources.list.d/tradingview-desktop.list >/dev/null
- Kemas kini pangkalan data pakej anda:
sudo apt update
- Pasang Atas Meja TradingView:
sudo apt install tradingview
Pakej Snap
- Pergi ke snapcraft.io/tradingview dan ikuti arahan untuk memasang aplikasi.
Atau lakukan melalui terminal:
- Pastikan snap daemon (snapd) telah dipasang. Ketahui jika snapd adalah dipasang separa (pre-installed) pada sistem anda atau dapatkan langkah-langkah untuk memasang snapd dari pelbagai pengedaran di sini.
- Pasang pakej Snap:
sudo snap install tradingview
Kemas kini
Pakej Debian
- Lancarkan arahan berikut pada terminal untuk mengemas kini aplikasi:
sudo apt update
sudo apt --only-upgrade install tradingview
Jika aplikasi Atas Meja TradingView masih belum dikemas kini selepas melancarkan arahan ini, buang aplikasi dan pasang semula menerusi terminal seperti yang dijelaskan dalam bahagian pemasangan (Installation section).
Pakej Snap
- Lancarkan arahan berikut pada terminal anda untuk mengemas kini aplikasi:
sudo snap refresh tradingview