Apakah keperluan dan batasan utama Penyaring Pine?
1. Penyaring Pine hanya tersedia untuk pengguna dengan langganan Premium dan lebih tinggi.
2. Hanya satu penunjuk boleh digunakan dalam satu skrin.
3. Penunjuk hendaklah mengeluarkan sekurang-kurangnya satu plot atau keadaan pemberitahuan dari fungsi plot() atau alertcondition() untuk digunakan sebagai penapis saringan.
4. Hanya plot untuk penunjuk dipilih boleh digunakan sebagai lajur.
5. Ciri Penunjuk-pada-Penunjuk tidak disokong.
6. Rangka masa tersuai tidak disokong. Rangka masa yang disokong adalah: 1 minit, 5 minit, 15 minit, 30 minit, 1 jam, 2 jam, 4 jam, 1 hari, 1 minggu dan 1 bulan.
7. Penyaring Pine menyokong semua fungsi `request.*()` dengan had berikut:
- Tidak lebih daripada 5 panggilan berasingan `request.*()` boleh digunakan di luar skrip diimbas.
- Rangka masa dipinta hendaklah berada dalam senarai rangka masa yang disokong. Pengecam untaian Pine sah untuk rangka masa ini adalah : "1", "5", "15", "30", "60", "120", "240", "1H", "1M", and "1B".
8. Anda hanya boleh menyaring satu sahaja pada satu-satu masa: jika anda sudah mempunyai penyaring berjalan pada satu tab, tab pelayar lain tidak boleh melakukan saringan lain.
9. Penyaring Pine menyokong kebanyakan fungsi input.*() dan membenarkan anda untuk menukar nilai dalam input-input ini melalui dialog “Tetapan”. Fungsi-fungsi berikut tidak disokong: input.timeframe(), input.symbol(), input.time(). jika satu skrip menggunakan fungsi-fungsi input ini, Penyaring Pine akan mengabaikan nilai input yang dipilih pengguna dan sebaliknya akan menggunakan nilai lalai.
10. Penunjuk melakukan pengiraan hanya pada 500 bar terakhir pada carta.
11. Menggunakan keadaan pemberitahuan tersuai adalah tidak sesuai dengan skrip Pine versi 3 dan lebih awal. Menggunakan skrip Pine v4 dan lebih tinggi adalah digalakkan.