Carta lilin berongga dijelaskan
Lilin berongga adalah jenis carta popular bersama-sama lilin dan bar standard. Mereka hampir sama dengancandlestick standard Jepun, hanya lilin berongga menggunakan warna dan isian untuk menunjukkan arah harga dan hubungan antara harga buka dan tutup.
KANDUNGAN:
- Apakah lilin berongga
- Lilin berongga vs lilin standard
- Mengaktifkan jenis carta
- Tetapan lilin berongga
- Corak candlestick
Apakah lilin berongga
Lilin berongga mengandungi badan segi empat yang mewakili harga buka dan tutup untuk satu tempoh masa tertentu bersama-sama ekor (atau bayang) yang menunjukkan harga tertinggi dan terendah semasa tempoh masa tersebut.
Badannya boleh diisikan atau tidak. Ini bergantung sama ada harga tutup adalah lebih tinggi atau lebih rendah dari harga buka.

Selain daripada itu, warna lilin adalah sama ada hijau atau merah. Ini ditentukan dengan membandingkan harga tutupnya relatif kepada candlestick sebelum.
Ada empat jenis lilin berongga:
- Lilin berongga hijau: Tutup lebih tinggi dari harga tutup sebelum dan tutup lebih tinggi daripada buka (momentum bulis)
- Lilin isian hijau: Tutup lebih tinggi dari harga tutup sebelum tetapi tutup lebih rendah daripada buka (isyarat bercampur-campur — momentum menaik dengan kelemahan intrahari)
- Lilin berongga merah: Tutup lebih rendah dari harga tutup sebelum tetapi tutup lebih tinggi daripada buka (isyarat bercampur-campur — momentum menurun dengan kekuatan intrahari)
- Lilin isian merah: Tutup lebih rendah dari harga tutup sebelum dan tutup lebih rendah daripada buka (momentum bearis)
Lilin berongga vs lilin standard
Walaupun kedua-dua jenis carta digunakan secara meluas oleh pedagang, mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Lilin berongga
- Lilin berongga membantu mencari perubahan trend dengan mudah, menunjukkan hubungan harga tutup antara tempoh semasa dan sebelum
- Mereka memberikan maklumat lebih jelas mengenai fasa pengumpulan (accumulation) dan pengedaran (distribution), memberikan isyarat penyambungan trend atau potensi balikan (gugusan lilin berongga memberikan isyarat fasa pengumpulan, manakala lilin diisikan muncul semasa fasa pengedaran)
- Agak kompleks daripada lilin standard
Lilin standard
- Memberikan kejelasan disebabkan lilin jenis hanya diisikan (only-filled-type), akan tetapi boleh mengelirukan anda dengan isyarat balikan palsu
- Beberapa corak candlestick adalah lebih mudah dijumpai dengan jenis carta ini
- Kedua-dua lilin berongga dan legap memberikan anda gambaran lebih jelas untuk harga buka, tinggi, rendah dan tutup
Mengaktifkan jenis carta
Sebaik sahaja anda berada pada Carta Super, buka menu jenis carta lungsur turun pada bar alat atas, dan pilih "lilin berongga."

Tetapan lilin berongga
Untuk menggunakan sepenuhnya lilin berongga, sesuaikannya mengikut kegemaran dan keperluan anda.
Untuk melakukannya, pilih butang gear "Tetapan" pada bar alat atas dan pergi ke tab "Simbol".

Bahagian pertama, "Lilin berongga" menyenaraikan tetapan khusus kepada jenis carta ini:
- Badan: Menukar paparan 'badan' lilin untuk paparan visual lebih baik
- Sempadan: Menukar warna bucu lilin
- Sumbu (Wick): Memilih warna digemari untuk bayang-bayang lilin
Corak candlestick
Untuk memaksimumkan kegunaan carta candlestick, anda boleh gunakan penunjuk corak Candlestick. Untuk melakukan ini, pergi ke bar alat atas dan pilih "Penunjuk," pilih "Corak" dan tatal ke bawah untuk mencari "penunjuk corak Candlestick."

Alatan berautomasi ini mengesan candlestick dan corak tertentu dan memberikan pandangan dalaman kepada implikasi berpotensi mereka. Akan tetapi, adalah lebih baik untuk sentiasa menilai dalam konteks lebih luas dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada penunjuk berautomasi untuk membuat keputusan dagangan.
Rumusan lilin berongga
Ada banyak jenis carta, setiap satu memperbaiki pandangan anda mengenai pasaran.
Lilin berongga adalah langkah ke hadapan dalam memahami fasa pengedaran dan pengumpulan. Penampilan visual mereka boleh membantu anda mengelakkan potensi isyarat palsu yang diberikan oleh alatan analisis teknikal lain mengenai perubahan atau penyambungan trend.
Dalam daganga, tiada yang sebenar-benarnya tepat dengan sendiri. TradingView mengesyorkan mempelajari jenis carta lain bersama-sama penunjuk dan alatan lukisan lain untuk mendapatkan pemahaman lebih meluas mengenai pasaran kewangan.
Juga baca: