Carta sesi profil volum: apa yang anda perlu tahu dan bagaimana menggunakannya


Carta session volume profile (SVP) menunjukkan histogram volum untuk sesi tertentu, sub sesi atau selang masa ditetapkan dalam tetapan. Ia mengira data volum, membenarkan pedagang menganalisa aktiviti volum intrahari untuk satu bahagian tertentu dalam sesi.

Mengaktifkan jenis carta

Apabila anda berada dalam Carta Super, buka menu jenis carta pada  bar alat atas dan pilih Session volume profile.

Tetapan

Untuk melaraskan carta session volume profile anda, pilih Tetapan pada bar alat atas dan pergi ke tab Simbol.

Ada beberapa bahagian dengan tetapan khusus kepada carta SVP.

Profil Volum

Dalam bahagian Profil volum, anda boleh mengaktifkan paparan nilai pada lajur histogram, melaraskan lebar lajur dan warna histogram.

  1. Nilai. Togol kebolehlihatan dan tetapkan warna untuk nilai yang terpapar pada bahagian kiri carta.
  2. Lebar. Menukar lebar lajur dalam histogram. 
  3. Penempatan. Ubah bar ke kiri atau kanan untuk kawasan sesi dagangan.
  4. Volum Naik. Menentukan warna dan juga kelegapan untuk Volum Naik (Beli).
  5. Volum Turun.  Menentukan warna dan juga kelegapan untuk Volum Turun (Jual).
  6. Kawasan nilai atas. Menentukan warna dan juga kelegapan untuk Kawasan Nilai Atas.
  7. Kawasan nilai bawah. Menentukan warna dan juga kelegapan untuk Kawasan Nilai Bawah.
  8. Kotak Histogram. Menentukan warna latar belakang dan juga kelegapan untuk kawasan Profil Volum.

Garisan

Dalam bahagian Garisan, anda boleh mengaktifkan garisan seperti POC (Point of Control), VAH (Value Area High), VAL (Value Area Low), POC sedang berkembang dan VA sedang berkembang.

  1. VAH. Togol kebolehlihatan Kawasan Nilai Atas - Value Area High.
    1. Panjangkan VAH Kanan. Panjangkan garis  Kawasan Nilai Atas sehingga ia merentasi mana-mana bar.
  2. VAL. Togol kebolehlihatan Kawasan Nilai Bawah - Value Area Low
    1. Panjangkan VAL Kanan. Panjangkan garis  Kawasan Nilai Bawah sehingga ia merentasi mana-mana bar.
  3. POC. Togol kebolehlihatan Titik Kawalan - Point of Control.
    1. Panjangkan POC Kanan. Panjangkan garis  Kawasan Nilai Bawah sehingga ia merentasi mana-mana bar.
  4. POC sedang berkembang. Togol kebolehlihatan POC sedang berkembang, menunjukkan kepada anda bagaimana POC berubah semasa pasaran sedang berlangsung.
  5. VA sedang berkembang. Togol kebolehlihatan VA sedang berkembang, menunjukkan kepada anda bagaimana VA berubah semasa pasaran sedang berlangsung.Toggle the visibility of the Developing Value Area, showing you how VA was changing when the market was in session.

Input

Anda boleh menetapkan satu sesi dalam bahagian Input di mana volum, peletakan garis dan saiz tingkatan akan dipaparkan.

  1. Sesi. Menentukan bagaimana carta session volume profile dibina.
  • Semua. Jika ditetapkan kepada "Semua" (lalai), penunjuk akan mengambil kira pra pasaran, sesi dagangan utama dan pasca pasaran sebagai satu sesi. Satu profil akan dibina untuk setiap hari dagangan dan ia akan mengandungi volum untuk semua transaksi, bermula dari lilin pra pasaran pertama dan berakhir dengan lilin pasca pasaran terakhir.
  • Setiap satu. Pilihan "Setiap satu (pra pasaran, pasaran, pasca pasaran)" membenarkan anda membina profil volum berasingan untuk setiap bahagian sesi hari dagangan, mengambil kira hanya transaksi yang dilakukan pada tempoh masa itu. Jika simbol mempunyai jam lanjutan dengan pra pasaran, pasaran utama dan pasca pasaran, carta akan membina tiga profil berasingan untuk setiap hari dagangan.
  • Pra pasaran sahaja, Pasaran sahaja, Pasca pasaran sahaja. Dengan pilihan tersendiri "Pra pasaran sahaja," "Pasaran sahaja," dan "Pasca pasaran sahaja", carta akan hanya membina satu profil volum untuk setiap hari dagangan, berdasarkan kepada dagangan untuk tempoh masa sesi yang ditentukan.
  • Tersuai. Pilihan "Tersuai" memberikan anda peluang untuk mengkonfigurasikan permulaan dan pengakhiran tempoh masa yang mana profil akan dibina. Anda juga boleh memilih zon masa.
  1. Volum. Togol antara menunjukkan jumlah volum untuk setiap baris (Jumlah), membahagikan setiap baris kepada atas/bawah (Atas/Bawah) atau menunjukkan perbezaan mereka (Delta).
  2. Volum Kawasan Nilai. Menentukan peratusan semua volum untuk sesi dagangan yang sepatutnya diserlahkan oleh Kawasan Nilai.
  3. Susun atur baris / Saiz Baris. Menentukan cara carta mengira jumlah baris untuk setiap histogram.

Anda boleg mengetahui lebih lanjut bagaimana nilai dikira dalam artikel mengenai penunjuk Session Volume Profile kami.