Session Volume Profile

Definisi

Penunjuk Session Volume Profile (SVP) mengira data volum dalam satu sesi yang tertentu atau satu sub sesi, membenarkan pedagang untuk menganalisa aktiviti volum intrahari untuk satu bahagian khusus dalam sesi. 

Nota: anda boleh membaca lebih lanjut anda boleh membaca lebih banyak mengenai ciri yang dikongsi oleh semua penunjuk Profil Volum dalam artikel Pusat Bantuan  Konsep Asas: Penunjuk Profil Volum. Teks di bawah menjelaskan ciri-ciri unik kepada penunjuk Profil Volum ini.  

Pengiraan

Untuk mengira Session Volume Profile, penunjuk menggunakan satu jadual yang memilih satu rangka masa lebih rendah pada rangka masa yang dipilih pada masa ini pada carta: 

Resolusi carta

Rangka masa lebih rendah digunakan untuk pengiraan VP

Nisbah kedalaman

1S, 5S, 10S1S1
15S5S3
30S15S2
1 - 411
5 - 1513
16 - 3053
31 - 60103
61 - 120154
121 - 240304
241 dan lebih604

Logik berikut digunakan untuk mengira sejauh mana di masa lalu profil volum akan dilukis:

1. Dari jadual di atas, pilih rangka masa lebih rendah berdasarkan kepada rangka masa di atas carta. Data dari rangka masa lebih rendah ini akan digunakan untuk mengira Profil Volum.

2. Gunakan nombor bar sejarah tersedia untuk pengiraan berdasarkan kepada kedudukan langganan anda dan gandakannya dengan nisbah kedalaman yang sesuai.

3. Nombor yang terhasil menunjukkan kepada anda sebanyak mana bar rangka masa lebih rendah akan tersedia untuk penunjuk.

Sebagai contoh, seorang pengguna Premium mempunyai satu had 20000 sejarah ditunjukkan pada carta pada masa yang sama. Jika carta dibuka pada satu rangka masa "60", penunjuk akan memuatkan 20000 * 3 (nisbah kedalaman) = 60000 bar 10-minit. Disebabkan ada enam bar 10-minit dalam satu bar 60-m, penunjuk akan mampu membila profil volum untuk 10000 bar terakhir pada carta 60m. Semakin anda pergi jauh ke dalam sejarah simbol, anda akan akhirnya menemui satu penamat di mana tiada lagi bar-bar rangka masa lebih rendah dan penunjuk akan berhenti mengira.

Perlu diingatkan bahawa:

  • Jumlah had barisan histogram adalah sentiasa di bawah 6,000. Jadi, jika setiap profil ada 100 barisan, penunjuk tidak akan melukis lebih dari 60, walaupun masih ada data tersedia pada rangka masa lebih rendah.
  • Profil-profil adalah diselaraskan pada awal tahun. Setiap Profil Volum akan berhenti mengira pada akhir tahun dan akan bermula semula dari tahun baru, walaupun tetapan Tempoh adalah ditetapkan untuk terus bekerja. Keadaan ini diperlukan untuk mengekalkan kestabilan apabila membina profil pada rangka masa berbeza. 

Input

Sesi

Menentukan bagaimana penunjuk SVP akan dibina apabila paparan jam dilanjutkan diaktifkan.

  • Semua (All). Jika ditetapkan ke "Semua" (lalai), penunjuk akan mempertimbangkan sesi pra-pasaran, sesi pasaran utama dan pasca-pasaran sebagai satu sesi. Satu profil akan dibina untuk setiap hari dagangan dan akan mengandungi volum untuk semua transaksi, bermula dari lilin pertama pra-pasaran dan berakhir dengan lilin pasca-pasaran terakhir.
  • Setiap (Each). Pilihan "Setiap (pra-pasaran, pasaran, pasca-pasaran)" membenarkan anda untuk membina satu profil volum berasingan untuk setiap bahagian dalam sesi hari dagangan, dengan mengambilkira hanya transaksi yang dilakukan dalam tempoh itu. Jika simbol telah melanjutkan masa dengan pra-pasaran, sesi utama dan pasca-pasaran, penunjuk akan membina tiga profil berasingan untuk setiap hari dagangan.
  • Pra-pasaran, Pasaran, Pasca-pasaran (Pre-market, Market, Post-market).Dengan pilihan "Pra-pasaran", "Pasaran" dan "Pasca-pasaran", penunjuk hanya akan membina satu profile volum untuk satu hari dagangan, berdasarkan kepada dagangan untuk tempoh masa sesi tertentu. Tetapan ini hanya digunakan pada carta dengan jam dilanjutkan. Jika tiada data jam dilanjutkan pada carta atau jika paparan Jam Dilanjutkan dinyahaktif, penunjuk tidak akan mampu membina satu profil volum untuk pra- atau pasca-pasaran. 
  • Tersuai (Custom). Pilihan "Tersuai" memberikan anda peluang untuk menkonfigurasikan permulaan dan pengakhiran tempoh di mana profil akan dibina. Anda juga boleh memilih satu zon masa.
Volum

Togol antara menunjukkan jumlah volum untuk setiap barisan (Total), memecahkan setiap barisan kepada atas/bawah (Up/Down), atau menunjukkan perbezaan mereka (Delta). 

Volum Kawasan Nilai (Value Area Volume)

Menentukan apakah peratusan semua volum untuk sesi dagangan patut diserlahkan oleh Kawasan Nilai.

Susun Atur Barisan/Saiz Barisan (Rows Layout / Row Size)

Dua input ini mengkhususkan cara bagaimana penunjuk mengira sebanyak mana barisan dalam setiap histogram.

Jika Susun Atur Barisan ditetapkan kepada “Bilangan Barisan”, Saiz Barisan menetapkan jumlah bilangan barisan dalam histogram: sebagai contoh, dengan Saiz Barisan untuk 25 histogram, atas ke bawah, akan mempunyai 25 barisan. Ketinggian setiap barisan akan dikira secara automatik; dalam contoh di atas, satu histogram Volume Profile dengan harga dari 200 ke 300 akan mempunyai (300 - 200) / 25 = 4 mata untuk setiap barisan.  

Jika input ini ditetapkan kepada “Tick Per Barisan”, Saiz Barisan menentukan bilangan tick dalam setiap barisan (1 tick adalah pergerakan minimum untuk harga simbol ini boleh lakukan: sebagai contoh, untuk NASDAQ:AAPL, 1 tick ialah 0.01 kerana harga perlu bergerak paling kurang 0.01 USD, cth. 1 sen). Cth., menetapkannya kepada 25 akan bermaksud bahawa setiap barisan mempunyai ketinggian 25 tick. Dalam kes sebegini, bilangan barisan akan dikira secara automatik, dan histogram Profil Volum untuk harga dari 200 ke 300 untuk satu simbol dengan tick minimum 0.01 akan mempunyai (300 - 200) / 0.01 / 25 = 400 barisan untuk setiap histogram.  

Panjangkan POC Ke Kanan (Extend POC Right)

Panjangkan garisan Point of Control sehingga ia melintas mana-mana bar.

Panjangkan VAH Ke Kanan (Extend VAH Right)

Panjangkan garisan Kawasan Nilai Tinggi (Value Area High) sehingga ia melintas mana-mana bar.

Panjangkan VAL Ke Kanan (Extend VAL Right)

Panjangkan garisan Kawasan Nilai Rendah (Value Area Low) sehingga ia melintas mana-mana bar.