Bagaimanakah untuk menambahkan versi penunjuk lama kepada carta saya?
Apabila anda menambahkan satu penunjuk kepada carta, versi terbitan terbaharu penunjuk akan ditambahkan. Anda boleh mengakese versi sebelum ini untuk penunjuk hanya jika ia ditulis dalam Pine Script® dan dalam sumber terbuka. Semua skrip komuniti dan beberapa skrip terbina dalam, ditulis dalam Skrip Pine.
Untuk menggunakan versi lebih lama penunjuk, muatkan penunjuk kepada carta dan periksa sama ada butang "Kod sumber" (ikon pendakap kerinting `{}`) ada untuk penunjuk. Jika butang ada, anda boleh mengakses kod sumber, termasuk versi lama. Pilih butang "Kod sumber" untuk membuka skrip penunjuk dalam Editor Pine:

Kemudian, buka menu lungsur turun "Urus skrip" Editor Pine (anak panah sebelah nama skrip dalam bar menu editor) dan pilih "Versi sejarah":

Panel "Versi sejarah" menyenaraikan versi skrip dalam susunan kronologi, di mana versi pertama disenaraikan sebagai skrip yang paling terkini diterbitkan. Panel juga memaparkan pratonton sebelah-sebelah atau sebaris dengan skrip, yang menyerlahkan perbezaan antara dua versi skrip.
Secara lalai, versi skrip adalah dikenalpasti menggunakan tarikh dan masa ia diterbitkan. Anda boleh menggunakan bar carian untuk mencari versi tertentu dengan menaip tarikh/masa yang sepadan. Pilih versi skrip kegemaran anda, kemudian buka menu "Lebih" dan pilih pilihan "Tambah versi kepada carta":

Versi lama penunjuk muncul dalam panel baharu pada carta, akan dibezakan dengan simbol "Kemas kini tersedia" di sebelah nama penunjuk, yang memberitahu bahawa satu versi baharu sudah tersedia:

Ambil maklum bahawa penunjuk asal yang anda tambahkan (yang menggunakan versi skrip terkini) masih kekal pada carta, dan versi skripnya juga kekal dibuka pada Editor Pine, seperti ditunjukkan oleh ikon kod sumber hijau di sebelah namanya.