Suapan Bayang (Ghost Feed): Alat lukisan untuk mengkaji carta anda
Suapan Bayang adalah alat lukisan yang membantu anda mengekstrapolasi tindakan harga. Walaupun ia tidak bermaksud untuk memberikan anda gambaran tepat mengenai apa yang akan terjadi, ia boleh memberikan anda pandangan dalaman berguna mengenai pergerakan harga akan datang yang anda perhatikan.
Dalam artikel ini, anda akan mempelajari:
- Apakah Suapan Bayang
- Bagaimana menggunakan Suapan Bayang
- Tetapan Suapan Bayang
- Tetapan dan petua tambahan Suapan Bayang
! Penting: Suapan Bayang adalah alat lukisan — bukannya penunjuk atau strategi. Ia berfungsi untuk membantu analisis anda — bukan menggantikannya. Jangan gunakan lukisan Suapan Bayang sebagai sumber dipercayai tunggal untuk membuat ramalan.
Apakah Suapan Bayang
Seperti disebutkan di atas, Suapan Bayang adalah alat lukisan analisis teknikal. Ia membantu dengan meramalkan pergerakan harga akan datang untuk aset dan titik masukan dan keluar untuk dagangan. Ia menggunakan data sebelumnya termasuk input anda untuk meramalkan kebarangkalian lilin tertentu dan pandangan akan datang yang mungkin terjadi.
! Nota: Suapan Bayang direka untuk lukisan lilin standard. Anda boleh melakukan eksperimen menggunakannya dengan jenis carta lain, tetapi kami mencadangkan anda mengelakkannya supaya data tidak dipesongkan.
Suapan Bayang meramalkan kebarangkalian lilin standard yang mungkin terjadi dalam arah pergerakan harga yang dipilih.
Untuk memahami dengan lebih baik bagaimana lukisan berfungsi, mari kita teruskan dan lihat bagaimana anda boleh menggunakan keupayaannya kepada proses pencartaan anda.
Bagaimana menggunakan Suapan Bayang
Dengan Suapan Bayang, anda boleh melihat bagaimana lilin kelihatan dalam arah tertentu, termasuk juga kemungkinan tinggi dan rendah lilin-lilin tersebut bergantung kepada tetapan alat lukisan ini.
Untuk mula menggunakannya, cari alatan Ramalan dan pengukuran pada bar alat lukisan pada bahagian kiri carta dan pilih Suapan Bayang.

Kemudian pilih mana-mana tempat pada carta yang akan menjadi titik mula untuk Suapan Bayang untuk mula menayangkan lilin.
Anda boleh menggunakan Suapan Bayang dalam mana-mana arah: atas, bawah ataupun ke belakang. Ia melukiskan lilin dalam mana-mana arah yang anda pilih. Secara logiknya, adalah mustahil untuk alat ramalan membina lilin dalam arah yang luar biasa, tetapi kadang-kala ia melakukannya. Disebabkan itu, ia direka sebagai alat pemvisualan untuk digunakan hanya selepas anda selesai melakukan analisis anda dan memutuskan pada satu arah harga akan datang.

Permudahkan langkah-langkah apabila menggunakan Suapan Bayang:
- Petakan tindakan harga berpotensi
- Laraskan tetapan Suapan Bayang
- Selidiki apakah bentuk tindakan harga akan datang
Tetapan Suapan Ghaib
Untuk memanggil tetapan Suapan Bayang, klik dua kali pada lilin Bayang. Sekarang, apabila tetingkap tetapan dibuka, anda boleh menetapkan parameter berikut.
- Input
- Gaya
- Koordinat
- Kebolehlihatan
Mari kita lihat setiap satu di bawah.
Input
Dalam Input, anda boleh menetapkan hanya dua, tetapi mereka adalah parameter yang sangat penting.
Purata HL dalam tick minimum (Purata tinggi/rendah dalam tick minimum). Membenarkan anda menetapkan nilai purata harga tertinggi dan terendah untuk setiap lilin. Tick adalah pergerakan harga minimum yang boleh dilakukan oleh saham — untuk semua yang disenaraikan di Nasdaq dan NYSE, saiz tick selalunya adalah $0.01.
Varians: Menetapkan jarak antara lilin, juga diukur dalam tick.

Sebagai contoh, mencartakan simbol TSLA, yang didagangkan di Nasdaq. Anda tetapkan Purata HL dalam tick minimum kepada 100. Setiap Lilin bayang sekarang akan mempunyai perbezaan $1 antara harga tertinggi dan terendahnya. Jika Varians juga ditetapkan kepada 100, jarak purata antara lilin akan turut menjadi $1.
Gaya
Di sini, anda boleh menukar warna badan lilin bayang, warna bucu, warna menang dan ketelusan.

Koordinat
Pada tab ini, anda boleh menetapkan nilai harga dan skala masa sebagai titik permulaan untuk arah harga yang mana anda mahu petakan harga untuk bergerak.

Dalam ruangan kiri, anda boleh menetapkan harga aset — dengan menukarnya, anda mengubah titik permulaan untuk harga.
Ruangan kanan membenarkan penukaran titik permulaan dalam bar tertentu. Secara lalain, bar terkini dikira sebagai bar ke 300.
Sebagai contoh, jika anda ada rangka masa harian pada carta anda dan menetapkan ruangan kanan dalam tetapan "Koordinat" kepada 200, titik permulaan untuk lilin bayang akan menjadi 100 hari kebelakang dari tarikh semasa. Jika anda menetapkan ruangan ini kepada 330, lilin bayang akan muncul 30 hari selepas tarikh semasa.
Kebolehlihatan
Disebabkan Suapan Bayang adalah satu alat lukisan, jika anda telah mengubah rangka masa, lukisan ini akan kekal seperti sediakala. Katakan, anda berada pada carta harian dan sekarang mahu berpindah kepada carta 4 jam. Jika anda melakukan ini, Suapan Bayang akan kekal tidak berubah.
Untuk kemudahan anda, apabila anda menukar rangka masa dan tidak memerlukan Suapan Bayang untuk setiap satu daripadanya, buang selang masa yang mana anda tidak menggunakan alat ini.

Tetapan dan petua tambahan Suapan Ghaib
Sentiasa ingat bahawa anda boleh menggerakkan Suapan Bayang dengan hanya menariknya dari satu tempat ke tempat yang lain dengan satu klik kiri.
Klik kanan pada Lilin bayang — tetapan tambahan akan muncul.

- Simpan lukisan sebagai templat untuk kegunaan di lain masa.
- Apabila menggunakan beberapa lukisan, pilih kedudukan suapan ghaib berbanding yang lain dengan Kedudukan visual.
- Kebolehlihatan pada selang masa membenarkan anda menukar kebolehlihatan Suapan Ghaib seperti dalam tetapan Kebolehlihatan tetapi lebih kepada terma umum.
- Salasilah objek membantu menyusun carta anda dengan menggabungkan beberapa carta kepada kumpulan.
- Klon dan Salin Suapan Ghaib. Gunakannya pada carta lain dengan simbol-simbol lain — ia mengekalkan semua tetapan.
- Kunci supaya ia tidak bergerak dengan klik kiri.
- Sembunyi atau buang ia apabila analisis anda selesai.
Perkara terakhir untuk disebutkan adalah lukisan boleh memberikan manfaat besar kepada analisis anda dan membantu dalam menilai cadangan anda. Suapan Ghaib boleh menjadi sangat berguna, tetapi jangan terlalu meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya, kerana dagangan selalunya mempunyai beberapa tingkatan ketidakpastian.
Juga baca: