Mengapakah had aset dilangkaui tetapi jadual Pegangan menunjukkan jumlah aset yang lebih rendah?
Situasi ini dijelaskan dengan fakta bahawa jadual Pegangan, secara lalai, memaparkan hanya aset dengan posisi buka. Akan tetapi, sistem mengira jumlah bilangan aset unik yang pernah berada dalam portfolio, termasuk yang sudah dijual. Jumlah bilangan ini adlaah apa yang dibandingkan kepada had yang ditetapkan.
Selain daripada itu, pastikan tiada transaksi dalam portfolio yang tidak dipaparkan dalam jadual Pegangan disebabkan tempoh masa mereka. Transaksi yang ditambahkan sebelum dagangan untuk instrumen yang sudah dibuka pada tarikh terkini tidak akan muncul dalam jadual sehingga dagangan bermula, tetapi mereka masih dikira kepada jumlah bilangan aset unik.
Untuk lebih maklumat, lihat artikel: Mengapakah transaksi saya tidak dimasukkan dalam pengiraan?
Penyelesaian:
Untuk memaparkan senarai penuh aset, termasuk posisi tutup, aktifkan togol Paparkan telah dijual dalam jadual Pegangan.
Jika masalah masih wujud selepas mengikuti langkah-langkah ini, kami mengesyorkan anda menghubungi pasukan bantuan untuk penilaian terperinci mengenai situasi ini.
Untuk maklumat lebih lanjut, lihat artikel: Halaman Pegangan.