Gambaran keseluruhan rantaian opsyen
Rantaian opsyen (atau papan opsyen) adalah ciri yang menyenaraikan semua kontrak opsyen tersedia untuk satu aset asas. Dengannya, anda boleh melihat harga kontrak dan statistik utama, termasuk strike dan luput. Ia adalah titik masukan utama apabila anda mahu menyelidiki atau melaksanakan dagangan opsyen untuk satu aset asas tertentu.
KANDUNGAN:
- Apakah rantaian opsyen
- Bagaimana mengakses rantai opsyen
- Pandangan rantaian opsyen
- Tetapan rantaian opsyen
Apakah rantaian opsyen
Rantaian opsyen adalah penyenaraian semua kontrak opsyen tersedia untuk satu aset asas tertentu, seperti saham, indeks, ETF dan niaga hadapan.
Ia menunjukkan data utama untuk setiap kontrak opsyen:
- Harga strike
- Tarikh luput
- Premium (teori dan juga sebut harga bida dan pinta terbaik pasaran)
- Greeks (Delta, Gamma, Vega, Theta dan Rho – pekali sensitiviti teori theoretical sensitivity coefficients
- Implied volatility
Pedagang menggunakan rantaian opsyen untuk mencari kontrak, menganalisa dan membandingkan mereka, dan memilih strategi berdasarkan jangkaan pasaran.
Bagaimana mengakses rantai opsyen
Dari mana-mana halaman TradingView, pergi ke menu lungsur turun "Produk" dan pilih "Opsyen."
ca

Cara lain untuk mengaksesnya adalah dari bar alat kanan. Sebagai contoh, anda boleh menganalisa saham dan opsyen mereka serentak.

Anda juga boleh memisahkan skrin anda untuk kebolehlihatan dipertingkatkan dan melaraskan saiz setiap tetingkap.
Satu lagi tempat untuk mengakses rantaian adalah dari halaman simbol. Sebagai contoh, jika anda melayari simbol TSLA dan mahu melihat opsyen Tesla, navigasi ke tab "Opsyen" dan tatal ke bawah.

Pandangan rantaian opsyen
Alat ini boleh memaparkan anda maklumat mengenai opsyen menggunakan dua paparan berbeza:
- Paparan lalai (aka Mengikut strike) adalah jadual rantaian opsyen klasik dengan lajur strike di tengah, lajur calls di kiri strike dan lajur put di kanan strike.
- Paparan alternatif (aka Mengikut peluputan) adalah satu paparan transpos, di mana lajur tengah yang diletakkan tarikh luput dan bukannya strike. Pada masa yang sama, strike menggantikan tarikh luput dalam pemilih di atas jadual.
Pandangan lalai
Pemilih peluputan
Pada bahagian atas jadual, terletak pemilih peluputan. Ia memberikan pandangan keseluruhan secara visual untuk struktur peluputan dan membantu anda menavigasi merentasi tarikh-tarikh luput berbeza dengan hanya satu klik.
Apabila anda memilih tarikh, jadual di bawah memaparkan data opsyen untuk tarikh luput tersebut.
Jadual
Jadual adalah jantung kepada rantaian. Ia mengandungi tiga elemen asas:
- Strike: Terletak di tengah. Setiap baris sepadan dengan harga strike tunggal
- Calls: Terletak di bahagian kiri. Mengandungi data penting pada opsyen call
- Puts: Terletak di bahagian kanan. Mengandungi data penting pada opsyen put
Baris opsyen put dan call
Pada kedua-dua belah harga strike, anda dapat melihat 13 lajur untuk setiap opsyen:
- Volum: Volum didagangkan harian untuk kontrak
- Bida: Harga bida terbaik
- Pinta: Harga pinta terbaik
- IV Bida, %: Harga bida terbaik ditukarkan kepada ruangan ketidakstabilan (volatility space)
- IV Pinta, %: Harga pinta terbaik ditukarkan kepada ruangan ketidakstabilan (volatility space)
- Harga
- Delta
- Gamma
- Vega
- Theta
- Rho
- Nilai masa
- Nilai intrinsik dan masa untuk opsyen
Panel butiran baris
Anda boleh melihat butiran opsyen yang tidak memenuhi lajur jadual dalam panel tambahan.
Anda juga boleh melihat data lajur pendua di situ, termasuk dengan maklumat lebih mendalam dan beberapa butang tindakan.
Jika anda mengklik pada bahagian kiri atau kanan pada lajur "Strike".

Pandangan alternatif
Kadang-kala anda mahu melihat dari pandangan berbeza mengenai pasaran. Jika anda pasti mengenai tingkatan harga pada aset asas, tetapi tidak pasti mengenai masa, anda mungkin berminat dengan memilih peluputan yang sesuai, bukannya strike.
Untuk bertukar kepada paparan alternatif, klik butang "Mengikut strike" pada bahagian kanan atas. Ini membenarkan anda untuk mendapatkan pandangan dari sudut berlainan.

Di sini, lajur tengah mengandungi tarikh luput, bukan strike, yang digerakkan ke pemilih atas.
Jika diperlukan, anda boleh menukar semula pada bila-bila masa dengan mengklik butang "Mengikut peluputan" pada mana-mana tarikh luput dalam lajur tengah.
Tetapan rantaian opsyen

Pada bahagian atas jadual, anda boleh menjumpai butang gear. Dari situ, anda boleh menukar:
- Bilangan baris dipaparkan: Pilih antara 10, 20 atau semua baris
- Kaedah penyusunan strike: Menaik atau menurun
- Data lajur: Pilih dari 13 parameter yang disebut
Juga baca: