Portfolio TradingView: jejaki aset anda, ketahui dagangan anda

Penat menulis dagangan anda dengan tangan? Untuk memudahkan anda, kami telah mereka Portfolio  — hab analitikal anda untuk menilai strategi anda. Ia membenarkan anda untuk mengetahui dengan tepat keuntungan dagangan dan pelaburan anda, apa yang memberikan pulangan terbanyak dan apa yang patut diagihkan semula.


KANDUNGAN:

Apakah Portfolio

Dagangan dan pelaburan adalah proses berterusan dengan keuntungan dan kerugian. Keuntungan adalah perkara yang diinginkan, kerugian tidak dapat dielakkan, dan cara terbaik untuk mengawal kedua-dua keputusan ini adalah dengan menjejaki portfolio anda dengan teliti.

Prtfolio secara ringkasnya adalah koleksi semua pelaburan kewangan anda — saham, indeks, dana, forex atau kripto. Ia adalah sejenis bakul yang memegang semua aset yang anda telah isikan wang anda di dalamnya. Menguruskan portfolio bermaksud anda mengimbangi toleransi risiko, sasaran kewangan dan ufuk masa anda. Ia boleh menjadi sangat mencabar dan TradingView ada di sini untuk membantu.

Alat ini membenarkan anda menjejak semua pelaburan anda dalam satu antaramuka yang bersih. Ia memberikan anda cerapan prestasi, pecahan pegangan, sejarah transaksi dan cerapan analitikal, memberikan anda gambaran lebih jelas tentang dinamik pelaburan anda.

Portfolio membantu anda melihat bagaimana aset anda sedang beraksi dengan sekali pandang, dengan mengukur prestasi aset anda kepada penanda aras yang anda pilih.

Bagaimana mencipta portfolio

Apabila anda log masuk ke dalam akaun TradingView anda, anda boleh mula mencipta portfolio anda. Untuk melakukan ini, pergi ke Portfolio dalam menu "Produk".

Kemudian, anda boleh memilih satu daripada tiga kaedah yang kami sokong untuk mencipta portfolio anda:

Buat masa ini, anda boleh menambahkan sehingga tiga portfolio. Setiap daripadanya akan menunjukkan anda kesetaraan tunai semasa, keuntungan, hasil tahunan dan bilangan aset yang ada dalam portfolio ini — pegangan.

Apa yang perlu dilihat dalam portfolio anda

Pada halaman utama portfolio, anda akan dapat mencari semua data penting mengenai pelaburan anda:

  • Nilai portfolio: Menunjukkan jumlah aset keseluruhan portfolio anda dalam mata wang yang anda pilih apabila anda mencipta portfolio. Ini boleh menjadi mata wang nasional atau mata wang kripto
  • Keuntungan tidak direalisasi: Mencerminkan jumlah tunai yang anda akan terima atau hilang apabila anda menutup posisi buka semasa anda
  • Jumlah keuntungan: Menggabungkan hasil direalisasi dan tidak direalisasi portfolio anda. Ia mengambil kira semua pendapatan dan perbelanjaan
  • Hasil tahunan: Pulangan tahunan purata diwajarkan dengan mengambil kira semua aliran tunai

Kemudian anda akan melihat empat tab, setiap satu dengan pandangan berbeza pada prestasi portfolio anda.

! Petua: Setiap portfolio mengandungi bahagian petua Portfolio — ia menunjukkan kepada anda bila dan bagaimana untuk menambah baik portfolio anda untuk mendapatkan statistik lebih jelas dan tepat.

Cerapan

Di sini, anda akan mendapat pandangan dari atas pada aspek paling penting dalam pendekatan pelaburan anda.

Dalam bahagian perubahan portfolio, anda dapat melihat nilai setiap hari portfolio anda dan pulangan relatif. Di sini, anda boleh menukar antara dua paparan: satu garis nilai mudah yang menunjukkan perubahan nilai portfolio anda dari masa ke semasa atau paparan digabungkan yang mengandungi prestasi portfolio anda dan penanda aras, hanya pilih tab "Nilai" atau "Prestasi".

Bahagian Pengagihan memberikan anda analisis visual untuk taburan aset dalam portfolio mengikut kategori dipilih:

  • Aset: Semua aset yang ada dalam portfolio anda
  • Jenis aset: Saham, kripto, forex, dana atau indeks
  • Sektor: Sektor ekonomi untuk aset anda, seperti teknologi elektronik, perkhidmatan pelanggan
  • Mata wang: Mata wang fiat atau kripto yang mana aset anda didagangkan

Kaunter untung dan rugi harian menunjukkan aset yang berprestasi terbaik dan terburuk.

Jika anda memegang saham, perolehan dan dividen akan datang akan dipaparkan dalam tab yang sepadan.

Akhir sekali, dalam bahagian Berita, anda akan dapat melihat berita berkaitan terkini untuk semua aset-aset ini.

Pegangan

Di sini anda boleh menjumpai simbol-simbol yang dimasukkan dalam portfolio anda. Anda boleh menukar antara tab untuk melihat data asas dan teknikal mengenai mereka, maklumat berkaitan harga, risiko dan prestasi.

Dalam tetapan, anda boleh memilih prinsip pengumpulan (mengikut mata wang, jenis simbol, sektor atau bursa) dan tambahkan baris ringkasan.

Terdapat juga pilihan untuk memaparkan pegangan yang sudah dijual, yang boleh memberikan anda pandangan lebih mendalam mengenai aset anda.

Secara am, halaman Pegangan memberikan anda pandangan lebih terperinci, sama seperti penyaring kami.

Transaksi

Dalam tab ini, anda boleh mengikuti sejarah transaksi anda. Lihat pesanan dengan pembelian dan jualan aset, komisyen dan deposit dan pengeluaran anda.

Analisis

Memaparkan prestas portfolio anda merentasi tempoh masa berlainan. Juga, ia memberikan cerapan pada tahap risiko portfolio anda menurut beta, nisbah Sharpe atau nisbah Sortino.

Di bahagian bawah, anda boleh menjumpai prestasi pegangan anda untuk menilai setiap aset relatif kepada yang lain.

Kesimpulan

Untuk membina kekayaan anda, adalah penting untuk menjejak aset anda. Portfolio adalah lokasi di mana analisis anda naik ke tahap lain dengan pelbagai alatan untuk menilai kebolehuntungan anda. Ia mengesan sektor dan industri aset anda, memberikan berita terkini kepada anda dan membantu memahami apakah yang sejajar dengan usaha keras anda dalam dagangan, dan sttrategi pelaburan.

Juga baca: