Bermula dengan pemberitahuan teknikal
Di TradingView, anda boleh menetapkan pemberitahuan untuk alatan lukisan, penunjuk, strategi dan corak carta. Ia akan memberitahu anda mengenai perubahan dalam bacaan penunjuk, apabila harga memecah corak carta dan syarat-syarat lain yang boleh mencetuskan pemberitahuan teknikal.
KANDUNGAN:
- Apakah pemberitahuan teknikal
- Pemberitahuan pada penunjuk
- Pemberitahuan pada skrip Pine tersuai
- Pemberitahuan untuk strategi Pine
- Pemberitahuan pada alatan lukisan
- Pemberitahuan pada corak carta
Apakah pemberitahuan teknikal
Pemberitahuan dikira sebagai teknikal apabila ia ditetapkan untuk penunjuk, lukisan atau strategi. Apabila anda mengkonfigirasikan pemberitahuan, anda boleh memilih dari mana-mana operator berbeza yang mencetuskan mereka.
Pemberitahuan teknikal menggunakan kesemua operator yang ada:
- Lebih besar daripada / Kurang daripada: Tercetus apabila nilai melepasi tingkatan tertentu
- Merentasi / Rentas ke atas / Rentas ke bawah: Tercetus apabila nilai mencapai tingkatan tertentu
- Memasuki/Keluar dari saluran: Tercetus apabila nilai mencapai sempadan saluran dari arah tertentu
- Di dalam/Di luar saluran: Tercetus apabila nilai memasuki atau keluar dari sempadan saluran
- Bergerak ke atas / ke bawah / atas % / bawah %: Tercetus apabila harga aset naik atau jatuh dalam jumlah tertentu dalam bilangan bar tertentu
! Note: Pemberitahuan menggunakan operator Saluran dan Merentasi adalah sentiasa teknikal. Operator lain boleh berfungsi dengan pemberitahuan harga kecuali mereka digunakan dengan penunjuk, alatan lukisan atau strategi.

Pemberitahuan pada penunjuk
Anda boleh menetapkan pemberitahuan untuk lebih daripada seribu penunjuk TradingView, termasuk yang dicipta oleh komuniti. Pemberitahuan ini memberitahu anda mengenai penunjuk yang mencapai atau melepasi nilai ambang yang anda tetapkan untuk dagangan anda.
Untuk menggunakan sepenuhnya pemberitahuan ini, kami mencadangkan anda memeriksa Carta Super anda dengan sepenuhnya sebelum ini dan mencari di mana penunjuk yang telah mencapai tingkatan yang anda mahu diberitahu. Juga, anda boleh cuba melakukan ujian belakang untuk mengesahkan kebolehgunaan strategi dagangan anda.
Ada beberapa cara untuk mencipta pemberitahuan penunjuk, bergantung pada mana yang anda selesa:
- Klik kanan pada penunjuk dan klik "Tambah pemberitahuan…"
- Buka pengurus Pemberitahuan, klik pada butang "Cipta pemberitahuan", pilih penunjuk yang anda mahukan dalam menu lungsur turun "Syarat"
Kemudian anda perlu memilih pratetapan terbina dalam atau mensesuaikan syarat anda sendiri untuk menetapkannya.
! Nota: Jika parameter penunjuk diubah selepas pemberitahuan dicipta, pemberitahuan masih akan dicetuskan menggunakan tetapan lama.
Pemberitahuan pada skrip Pine tersuai
Untuk penyesuaian termaju, anda boleh mengkonfigurasikan pemberitahuan skrip menggunakan Pine Script® — bahasa pengaturcaraan TradingView untuk pedagang. Atau anda boleh menentukan tetapan cetusan anda sendiri menggunakan alertcondition dan fungsi pemberitahuan.
Untuk fungsi alert(), tidak seperti jenis pemberitahuan lain, frekuensi cetusan dan mesej dihantarkan dengan pemberitahuan skrip adalah dikawal oleh panggilan fungsi "alert()" dalam skrip, dan bukannya menerusi dialog "Cipta pemberitahuan".
Jika anda mahu mengetahui lebih mengenai fungsi "alert()" dalam skrip, gunakan Manual Rujukan Pine dan Manual Pengguna Pine.
Pemberitahuan untuk strategi Pine
Untuk mencipta pemberitahuan untuk strategi, anda perlu memilih satu dalam tetingkap "Penunjuk, metrik dan strategi". Di situ, buka tab "Teknikal" dan pilih "Strategi."

Apabila strategi ditambahkan kepada carta anda, dalam ruangan "Syarat", pilih satu daripada pilihan berikut:
- Isian pesanan dan panggilan fungsi alert(): Pemberitahuan dicipta akan tercetus pada isian pesanan dan keadaan "alert()"
- Isian pesanan sahaja: Pemberitahuan hanya tercetus pada isian pesanan, seperti pemberitahuan strategi biasa
- Panggilan fungsi alert(): Pemberitahuan hanya tercetus pada keadaan "alert()", seperti pemberitahuan skrip pada penunjuk
Pemberitahuan pada alatan lukisan
Buat masa ini, kami menyokong pemberitahuan untuk garis, saluran dan VWAP Berlabuh. Yang dua pertama anda boleh temui dalam alatan garis trend line pada bar alat kiri.
Untuk garis:
- Merentasi
- Rentas atas / Rentas bawah
- Lebih besar daripada / Kurang daripada
Untuk saluran:
- Memasuki saluran / Keluar dari saluran
- Di dalam saluran / Di luar saluran
Anda boleh menjumpai Anchored VWAP dalam "Alatan ramalan dan pengukuran" pada bar alat kiri.

Pemberitahuan pada corak carta
Anda boleh menetapkan pemberitahuan untuk mengesan secara automatik corak carta. Pemberitahuan ini mengenal pasti corak pecah keluar, mengenal formasi baharu dan memberitahu anda mengenai corak yang mencecah sasarannya.

Untuk menetapkan pemberitahuan corak carta, pastikan ia ditambahkan kepada carta:
- Klik pada "Penunjuk, metrik dan strategi" pada bar alat atas
- Pergi ke tab "Teknikal"
- Pilih "Corak"
! Nota: Anda perlu memilih corak carta secara manual untuk menetapkan pemberitahuan kepadanya. Pemberitahuan tidak berfungsi untuk "Semua corak carta."

Kesimpulan
Pemberitahuan teknikal TradingView memberikan anda kuasa untuk memantau perubahan dalam penunjuk, skrip Pine dan strategi, alatan lukisan dan corak carta. Anda boleh menetapkan mereka untuk tercetus berdasarkan pada syarat tertentu, seperti merentasi satu nilai ambang, memasuki atau keluar dari satu saluran, atau memenuhi kriteria berasaskan penunjuk.
Juga baca: