VWAP Berlabuh

Apakah VWAP Berlabuh?

VWAP Berlabuh memaparkan harga purata berwajaran volum untuk satu tempoh masa tertentu, bermula dari satu titik dipilih pengguna. Dalam kata lain, VWAP Berlabuh menunjukkan harga satu aset yang dilaraskna untuk volumnya bermula dari mana-mana titik dipilih di atas carta. Ini merupakan satu alat berkuasa kerana ia mengambil kira bilangan saham didagangkan pada setiap tingkatan harga dan mewakilkannya dalam satu garisan yang halus.

Bagaimanakah untuk menggunakan VWAP Berlabuh untuk carta anda

1. Pilih VWAP Berlabuh dari senarai alat lukisan pada panel sebelah kiri carta seperti ditunjukkan di bawah.

2. Klik pada carta untuk memilih titik dari mana anda mahu memulakan pengiraan anda. Lengkuk harga purata berwajaran volum akan dipaparkan di atas carta seperti gambar di bawah.

Sebagai tambahan, anda boleh menukar warna dan ketebalan VWAP Berlabuh dengan mengklik dua kali pada garisan dan memilih parameter yang sesuai di dalam Tetapan.

Sedikit latarbelakang sejarah

Alat VWAP Berlabuh dibangunkan oleh ahli fizik dan penganalisa teknikal Paul Levine, semasa beliau bekerja untuk sistem Market Interpretation/Data Analysis system (MIDAS) semasa tahun 1995  dan 1997. Levine membangunkan metodologi pedagang profesional bernama Kevin Haggerty, yang menggunakan lengkuk harga purata berwajaran volum untuk menentukan arah satu posisi semasa tahun 80an. Pada hari ini, Brian Shannon, Zach Hurwitz dan CMT Association meneruskan usaha penggunaan VWAP Berlabuh dan berjaya membawanya dengan jayanya kepada dunia dagangan.