Aset yang anda boleh analisa dan dagangkan di TradingView

Apabila anda mula berdagang, kepelbagaian pasaran dan instrumen boleh jadi memeningkan. Patutkah anda membeli saham, menerokai kripto atau melihat kepada niaga hadapan? Setiap jenis aset mempunyai sifat tersendiri: risiko, ganjaran dan kaedah analisis yang berbeza. TradingView membawa kesemua pasaran ini dalam satu tempat, supaya anda boleh menerokai mereka sebelah-menyebelah dan memilih yang mana satu sesuai dengan gaya dan sasaran anda.

KANDUNGAN:

Saham

Jika anda masih baharu kepada dagangan, saham adalah tempat yang bagus untuk bermula. Mereka mewakili pegangan dalam syarikat dan menawarkan peluang untuk mendapatkan keuntungan daripada pertumbuhannya. Dari masa ke semasa, perniagaan yang kuat boleh memacu pulangan yang ketara, menjadikan saham menarik untuk membina kekayaan. Pada masa yang sama, harga mereka boleh berubah dengan kuat mengikut perolehan syarikat, kitar ekonomi atau sentimen pasaran.

Anda boleh menganalisa saham dengan campuran asas — seperti hasil, perolehan atau nisbah penilaian — dan alatan teknikal seperti corak carta dan penunjuk. Di TradingView, Penyaring Saham membantu anda menapis syarikat berdasarkan kepada metrik yang penting untuk anda, manakala carta membolehkan anda menjejak pergerakan harga dalam masa nyata.

Dana dan ETF

Dana memberikan kepelbagaian segera. Daripada memilih syarikat individu, anda boleh membeli satu bakul aset, seperti ETF yang menjejak S&P 500. Tetapi ETF tidak hanya merangkumi saham — mereka juga menjejak bon, komoditi seperti emas, mata wang atau termasuk strategi berbilang aset. Fleksibiliti ini menjadikan ETF sebagai satu blok pembinaan serba boleh untuk banyak portfolio.

Mereka adalah popular dengan pelabur baharu dan lama kerana mereka menggabungkan kesederhanaan dan kestabilan. Prestasi mereka selalunya lebih lancar daripada saham tunggal, walaupun ini bermakna mereka jarang memberikan kenaikan yang hebat yang selalunya diberikan oleh syarikat yang bagus. Di TradingView, Penyaring ETF memudahkan pedagang untuk membandingkan dana, melihat apa di dalamnya dan memutuskan yang mana memenuhi sasaran anda.

Niaga hadapan

Niaga hadapan adalah kontrak yang mengunci harga sesuatu aset untuk tarikh di masa depan. Ia selalunya digunakan dalam komoditi seperti minyak, gandum atau emas, tetapi juga ada untuk indeks dan mata wang. Kerana ia menggunakan leveraj, niaga hadapan boleh menggandakan kedua-dua keuntungan dan kerugian. Ia adalah alatan berkuasa tetapi juga memerlukan disiplin dan kesedaran mengenai tarikh luput.

Pedagang hadapan selalunya bergantung hampir sepenuhnya pada analisis teknikal, data volum dan berita ekonomi sejagat. Instrumen-instrumen ini adalah menarik untuk pedagang aktif yang mahukan pendedahan kepada pasaran selain dari saham — dari tenaga kepada produk pertanian — atau untuk perniagaan yang memerlukan untuk melindungi risiko harga.

Di TradingView, anda boleh berlatih dagangan hadapan disimulasikan untuk membina strategi anda dalam persekitaran tanpa risiko.

Forex

Pasaran pertukaran asing adalah pasaran terbesar dunia dan paling cair, dengan trillion dolar didagangkan setiap hari. Di sini, anda melakukan spekulasi pada nilai relatif satu mata wang kepada yang lain, seperti EUR/USD. Pasaran ini dibuka hampir sepanjang masa, menjadikannya mudah diakses oleh pedagang seluruh dunia.

Apa yang menjadikan Forex menarik adalah kecairannya dan rintangan untuk masuk yang rendah. Tetapi leveraj yang membolehkan membuka posisi besar dengan modal yang kecil juga boleh memadamkan akaun dengan pantas. Dagangan Forex yang berjaya selalunya bergantung kepada menggabungkan pencartaan teknikal dengan kesedaran mikro ekonomi, penjejakan penunjuk seperti keputusan kadar faedah, inflasi dan laporan pekerjaan.

Mata wang kripto

Mata wang kripto adalah satu kelas aset digital baharu, didagangkan 24/7 dan dibina pada teknologi blok rantai. Bitcoin dan Ethereum adalah mata wang paling terkenal, tetapi ada ribuan lagi mata wang kripto yang ada. Daya tarikan mereka terletak pada kebolehaksesan dan potensi keuntungan yang tinggi — walaupun ia turut datang dengan ketidakstabilan yang ekstrem.

Di TradingView, anda boleh mengikuti pasaran kripto dalam masa nyata, membandingkan projek dengan Penyaring Kripto dan menggunakan alatan teknikal dan analisis asas yang sama yang anda gunakan untuk aset tradisional. Ramai pedagang menggunakan kedua-dua carta harga dan data atas rantai untuk memahami trend pasaran. Untuk pedagang baharu, kripto menawarkan peluang menarik, tetapi ia masih salah satu arena yang paling berisiko.

Indeks

Indeks mengukur prestasi kumpulan sekuriti, menjadi satu barometer untuk pasaran atau sektor. S&P 500, Dow Jones Industrial Average atau Nikkei 225 adalah contoh yang mencerminkan kesihatan keseluruhan satu kumpulan syarikat. Anda tidak boleh membeli indeks secara langsung tetapi ETF dan niaga hadapan membenarkan anda untuk mendagangkan mereka.

Indeks adalah penanda aras yang sangat berguna untuk pedagang dan pelabur. Ia membantu anda melihat sama ada portfolio anda berprestasi lebih baik dari pasaran atau jika keseluruhan trend sedang memacu tindakan harga. Di TradingView, indeks adalah dicartakan sepenuhnya, memberikan anda cara pantas untuk memantau sentimen sejagat.

Bon

Bon adalah instrumen hutang — secara asasnya adalah pinjaman yang anda berikan kepada kerajaan atau syarikat dengan pulangan pembayaran faedah tetap. Ia selalunya lebih stabil dari saham dan menarik minat mereka yang mengutamakan pendapatan tetap berbanding pertumbuhan tinggi.

Harga bon juga bergerak mengikut kadar faedah: apabila kadar naik, bon yang ada kehilangan nilai. Bon korporat selalunya membawa risiko kebangkrapan, manakala bon kerajaan dalam pasaran maju selalunya dianggap lebih selamat. Untuk mengakses data bon, terokai Penyaring Bon kami untuk membandingkan hasil, kematangan dan pengeluar.

Opsyen

Opsyen adalah kontrak yang memberikan hak — tetapi bukan kewajipan — untuk membeli atau menjual aset pada harga ditetapkan semasa tempoh masa tertentu. Mereka adalah serba boleh: anda boleh menggunakannya untuk melakukan spekulasi, melindung nilai atau membina strategi kompleks.

Disebabkan fleksibiliti mereka, opsyen boleh menghadkan risiko kerugian dan pada masa yang sama menawarkan potensi kenaikan yang ketara. Tetapi ia juga memerlukan pembelajaran yang tinggi, kerana anda perlu memahami faktor-faktor seperti harga strike, tarikh luput dan ketidakstabilan. Di TradingView, rantaian opsyen dan pembina strategi opsyen boleh membantu anda melakukan eksperimen dan menguji idea sebelum menggunakan wang sebenar.

Penunjuk ekonomi

Di belakang setiap pergerakan pasaran adalah ekonomi. Kadar faedah, inflasi, pertumbuhan KDNK dan nombor pekerjaan semuanya bergerak menerusi harga aset. Sebagai contoh, kenaikan kadar boleh menekan saham manakala ia memacu hasil bon dan inflasi tinggi selalunya menyokong komoditi seperti emas.

Anda boleh mengikuti peristiwa ekonomi dan korporat utama dalam Kalendar TradingView. Ia membawa bersama-sama empat jenis aktiviti kewangan yang memberikan impak terus kepada penunjuk sejagat dalam satu tempat. Graf asas adalah alat lain yang anda boleh gunakan untuk menganalisa data kewangan merentasi bidang kuasa berbeza.

Sama ada anda berdagang mata wang, saham atau bon, ikuti trend makro terkini akan memberikan anda konteks kepada memahami mengapakah pasaran bergerak — dan bersedia untuk apa yang akan datang kelak.

Kesimpulan

TradingView membolehkan anda menerokai hampir semua kelas aset utama dalam satu platform. Setiap satunya mempunyai logik tersendiri: saham menawarkan pertumbuhan, bon memberikan kestabilan, niaga hadapan memberikan akses kepada komoditi sejagat dan kripto menawarkan masa depan inovasi. Sepanjang anda belajar, anda akan menemui instrumen yang sesuai dengan sasaran anda, toleransi risiko anda dan gaya dagangan anda.

Kuncinya adalah bukan hanya tahu apa yang anda boleh dagangkan, tetapi memahami bagaimana setiap pasaran bereaksi — dan bagaimana gambaran ekonomi lebih besar menghubungkan mereka semua.

Juga baca: