Bolehkah saya menawarkan skrip berbayar Pine saya di TradingView?

Program Pencipta TradingView (Ruangan Berbayar)

TradingView telah menawarkan peluang terhad kepada pencipta untuk mendapatkan hasil daripada kerja mereka — sama ada menerusi pembangunan skrip, penghasilan kandungan atau memberikan bimbingan. Tujuan kami adalah untuk mengubah perkara tersebut dengan membolehkan pencipta mendapatkan hasil terus pada platform.

Dengan memperkenalkan penjanaan wang secara terus, kami mensasarkan untuk menyediakan lebih banyak cara yang efektif untuk pencipta, termasuk pemaju Skrip Pine, untuk menjana pendapatan dan pada yang sama menawarkan alatan dan cerapan berguna kepada pengguna. Pendekatan ini menjadikannya lebih mudah untuk penyumbang aktif untuk mendapat pendapatan, dengan memudahkan bagaimana pengguna mengakses dan membeli hasil kerja mereka.

Kami telah melancarkan ciri baharu dipanggil Ruangan Berbayar pada 2 November 2025. Ia akan tersedia untuk penulis skrip yang lulus semakan dilakukan oleh pasukan kami dan menunjukkan sumbangan yang konsisten dan berguna kepada Komuniti TradingView. Dengan Ruangan Berbayar, penulis boleh menawarkan kumpulan skrip mereka untuk pembayarang berulang kepada pengguna TradingView.

Semua pembayaran dikendalikan terus oleh TradingView, jadi pengguna tidak perlu meninggalkan platform untuk melanggan — menjadikan proses lebih mudah untuk kedua-dua pengguna dan penulis.

Untuk butiran penuh kelayakan, langganan, pembayaran dan syarat lain, sila baca Terma Program Pencipta TradingView.

Anda boleh memohon memasuki Program dengan mengisikan borang Google ini. Pada masa ini, kami hanya mempertimbangkan penulis-penulis yang mempunyai skrip jemputan awam sahaja. Pasukan kami akan menghubungi anda jika kami telah menyemak permohonan anda.

Kami menghargai semua permohonan dan kesabaran anda. Program ini masih berada pada peringkat awal, jadi kami sedang memperluaskan kumpulan pencipta secara berhati-hati dan beransur-ansur.