Peta suhu TradingView: dari trend sejagat kepada butiran
Analisis kewangan komprehensif bermula dengan menjelaskan skop analisis anda. Semasa dagangan aktif, pelabur dan pedagang menggunakan pelbagai alatan untuk menganalisa peta suhu. Matlamat mereka adalah untuk bukan sahaja menapis aset menggunakan parameter utama tetapi juga untuk memvisualkan perubahan, menyerlahkan trend dan menilai dinamik pasaran dengan pantas.
Di TradingView, anda boleh mengakses Peta Suhu Saham, Peta Suhu ETFdan Peta Suhu Kripto. Ketiga-tiga alatan ini mempunyai kebolehan yang sama dan membolehkan pengenal pastian trend dan perubahan pasaran.
KANDUNGAN:
- Apakah peta suhu
- Bagaimana mengakses peta suhu
- Bagaimana menggunakan peta suhu
- Mod paparan
- Ciri tambahan
- Peta suhu dan penyaring
Apakah peta suhu
Peta suhu adalah alat pemvisualan yang membantu anda mengenal pasti yang memimpin, yang ketinggalan dan trend berdasarkan kepada dua faktor utama:
- Saiz sel: Mencerminkan berat relatif aset, cth, kepentingannya berdasarkan kepada metrik utama (seperti permodalan pasaran, perolehan dan aset di bawah pengurusan)
- Warna sel: Menunjukkan dinamik prestasi berdasarkan kepada parameter analitikal dipilih (perubahan harga, prestasi, ketidakstabilan dan lain-lain)
Bagaimana mengakses peta suhu
Dari mana-mana halaman TradingView, gerakkan kursor kepada menu lungsur turun "Produk" → "Penyaring" dan pilih Peta Suhu anda ingini.

Bagaimana menggunakan peta suhu
Pilih data pasaran yang tersedia
- Saham: Indeks atau keseluruhan negara
- ETF: Negara-negara yang mana dana akan dipaparkan
- Mata wang kripto: Semua syiling / kecuali Bitcoin / kecuali stablecoin / DeFi
Konfigurasikan saiz sel
Saiz menentukan kawasan jubin relatif. Semakin besar kawasan, semakin tinggi nilai metrik dipilih. Ini membantu anda untuk menilai “pewajaran” dengan cepat dan membandingkan aset antara satu sama lain.
Saiz parameter tersedia:

Konfigurasikan warna sel
Warna mencerminkan dinamik aset: pertumbuhan/penurunan, prestasi, ketidakstabilan dan parameter lain. Kecerahan dan tona dapat membantu mengenalpasti yang memimpin dan yang ketinggalan dengan pantas.
Parameter warna tersedia:
Faktor pengumpulan
Hubung kait antara saiz faktor pengumpulan juga bergantung kepada saiz parameter yang anda pilih.
Saham dikumpulkan mengikut sektor.

ETF disusun mengikut kelas aset.

Untuk Peta Suhu Kripto, semua syiling dipaparkan pada tingkatan yang sama.

Apabila anda mengklik pada nama kumpulan (sektor, kelas aset), satu peta suhu terperinci untuk kumpulan itu akan dibuka dengan simbol-simbol yang dipilih. Saiz dan tetapan warna pilihan anda akan dilaksanakan secara automatik.
Berikut adalah contoh bagaimana untuk mengenalpasti apakah yang menggerakkan S&P 500 hari ini.
- Buka Produk → Penyaring → Peta Suhu → Saham
- Pilih indeks S&P 500 dalam data pasaran tersedia
- Pilih saiz mengikut permodalan pasaran
- Pilih warna mengikut perubahan H %
- Pilih dikumpulkan mengikut sektor
- Pilih pada sektor untuk membuka peta suhu untuk simbol yang berada di dalamnya
- Untuk memfokuskan hanya pada warna, tukar kepada Saiz mono tanpa dikumpulkan
- Gerakkan kursor di atas jubin untuk melihat panduan alat dan klik padanya untuk lebih maklumat
- Kongsi peta suhu anda di X atau Facebook
Mod paparan
Peta suhu boleh dipaparkan dalam empat mod:
- Klasik dengan pengumpulan: Sel berbeza mengikut warna dan saiz, aset dikumpulkan (sektor untuk saham, kelas aset untuk ETF)
- Klasik tanpa pengumpulan: Sel berbeza mengikut warna dan saiz, semua aset dipaparkan pada satu tingkatan
- Saiz mono dengan pengumpulan: Semua jubin ada kawasan yang sama besar, tetapi aset kekal dibahagikan mengikut kumpulan. Mod ini membantu menganalisa trend dalam sektor atau kelas aset dipilih.
- Saiz mono tanpa pengumpulan: Semua jubin ada kawasan yang sama besar dan dipaparkan pada tingkatan yang sama. Ini membenarkan anda untuk memfokuskan secara ekslusif kepada parameter ditunjukkan mengikut warna dan mendapatkan gambaran jelas untuk pasaran atau indeks dipilih
Ciri tambahan
Tetapan bar alat
Dengan ikon "Konsi" (kamera), anda boleh:
- Muat turun imej
- Salin imej kepada papan keratan
- Salin pautan peta semasa
- Kongsikan ke X atau Facebook
Tetapan paparan:
- Logo: Tunjuk/sembunyi logo
- Tajuk: Tiada/Simbol/Penjelasan
- Nilai dipaparkan: Pilih apa yang anda mahu tunjukkan dalam satu jubin: harga, volum, prestasi atau tiada
- Skema warna: Klasik / Buta warna / Monokrom
Mod skrin penuh: Tukar peta kepada mod skrin penuh: kawasan bekerja membesar dan anda dapat melihat lebih jubin dan butiran lebih besar, menjadikan perbandingan dan penilaian pantas lebih mudah.
Interaksi jubin:
- Panduan alat: Gerakkan kursor di atas satu jubin untuk mengakses panduan alat dengan maklumat penting untuk simbol. Ini adalah sangat berguna terutamanya pada jubin yang lebih kecil
- Klik pada jubin: Membuka halaman simbol lebih mendalam — cara pantas untuk beralih daripada cerapan kepada analisis
Sejarah: Skala warna diletakkan di bawah peta suhu. Ia membantu menterjemahkan tona dan julat nilai (sebagai contoh, peratusan perubahan sempadan) dan menjadikannya lebih mudah untuk membaca keadaan pasaran.
Peta suhu dan penyaring
Kedua-dua peta suhu dan penyaring membantu menganalisa pasaran, mengenalpasti trend dan mengesan anomali.
Tujuan mereka adalah sama: untuk membantu dalam membuat keputusan, walaupun pendekatan mereka berbeza:
- Penyaring membantu anda dengan carian mendalam dengan syarat lebih tepat dan penapis yang fleksibel
- Peta suhu direka untuk cerapan visual pantas dan pengecaman pantas perubahan dan pesisih (outlier)
Menggunakan mereka bersama-sama memberikan anda carian mendalam dan analisis pantas.
Kesimpulan peta suhu
Peta suhu menyediakan analisis visual untuk saham, ETF dan mata wang kripto menggunakan saiz dan pengekodan warna. Mereka memaparkan data pasaran dengan saiz sel yang mewakili metrik perbandingan dan warna menunjukkan perubahan prestasi atau ketidakstabilan.
Anda boleh menggunakan mereka untuk cerapan pasaran lebih luas, mengenalpasti dengan pantas prestasi pesisih dan memantau berbilang aset berdasarkan kepada prestasi relatif dan pergerakan pasaran.
Juga baca: