AMGN: Paras Tinggi Berganda?Saham syarikat Amgen Inc dilihat bergerak menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Namun, pergerakan harga kebelakangan ini dilihat mendatar dan seakan membentuk corak carta puncak tinggi berganda
Volum juga dilihat berkurang tatkala harga cuba membuat kenaikan yang lebih tinggi
Begitu juga dengan petunjuk RSI mingguan yang dilihat membentuk 'divergence' yang tidak selari dengan pergerakan harga
Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan selagimana sokongan corak carta berkenaan belum dipecahkan
Dapatkah harga bertahan dan membatalkan corak carta atau sebaliknya?
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
idea dagangan AMGN
Amgen melepasi paras Kepala dan Bahu yang KompleksPergerakan harga Amgen sedaya upaya cuba memecah rintangan dari Kepala dan Bahu yang Kompleks. Setelah pengumuman earning yang lepas, harga saham ini melonjak naik memecah rintangan. Harga ini dijangka akan membuat sedikit pembetulan, melantun pada paras sokongan baru atau akan meneruskan kenaikan beberapa hari.