Cara Menggunakan Syiling TradingViewPernahkan anda ingin menunjukkan penghargaan anda terhadap seusatu idea tetapi merasa bahawa dengan menekan butang suka masih tidak mencukupi?
Syiling TradingView adalah kaedah terbaik untuk menunjukkan kepada pengguna lain bahawa anda menghargai mereka!
Apa itu syiling TradingView?
Syiling TradingView adalah mata wang dalaman laman web ini. 1 syiling bersamaan dengan $ 0.01 USD
Bagaimana anda boleh mendapatkannya?
Rujuk rakan : Apabila anda merujuk rakan kepada TradingView, anda berdua akan mendapat syiling TradingView selepas rakan anda menaik taraf kepada salah satu pelan berbayar kami.
Terima sumbangan daripada pengguna lain: Pengguna TradingView dapat memberikan syiling untuk kandungan yang hebat, untuk mengucapkan terima kasih, jika mereka merasa murah hati, atau atas sebab lain.
Beli Syiling: Anda boleh membeli syiling dalam jumlah 500, 1,000, atau 5,000. Ini boleh dilakukan dengan membuka menu pengguna dan memilih "Syiling".
(Baki duit syiling terkini anda, sejarah sumbangan dan maklumat syiling lain juga ditunjukkan di sini)
Hebat! Setelah anda memiliki harta syiling TradingView, bagaimana anda dapat menggunakannya?
Bersorak untuk seseorang : Sorakan adalah cara terbaik untuk menunjukkan sokongan anda kepada pengguna yang anda sukai.
Saiz penghantaran syiling telah ditetapkan berdasarkan nilai berikut: 100, 200, 350 atau 500 syiling. Nilai ini bersamaan dengan $ 1, $ 2, $ 3.50, dan $ 5 USD. Ciri ini tersedia untuk semua pengguna.
Bersorak untuk sebuah idea dengan menggunakan butang "Komen dengan sorakan" untuk menghantar mesej anda dengan beberapa syiling TradingView.
Bersorak untuk seorang pengguna daripada profil mereka dengan memilih "Bersorak" di penjuru atas halaman profil mereka.
Beli pelan berbayar : Anda boleh membelanjakan syiling TradingView untuk salah satu pelan berbayar 1 bulan atau 1 tahun kami. Sebagai contoh, 3000 syiling boleh mendapatkan akses sehingga 1 bulan pelan PRO+ kami, salah satu pilihan kami yang paling popular.
Perhatikan bahawa jika anda sudah mempunyai pelan yang aktif, anda boleh menambahkan satu bulan atau satu tahun untuk pelan yang sama dengan duit syiling. Naik taraf dengan syiling belum disokong.
Petua Pro Syiling TradingView
Moderator , pengurus dan kakitangan TradingView sentiasa memberikan syiling untuk idea yang dipilih sebagai Pilihan Editor, skrip hebat, idea dan kandungan luar biasa lain.
Mereka boleh dikenal pasti melalui lencana logo TradingView atau lencana "Mod" di sebelah nama mereka.
Ketahui lebih lanjut tentang syiling TradingView di Pusat Bantuan kami.
idea dagangan COIND
Bagaimana untuk Menambahkan Emoji Pada Carta AndaSekiranya anda menerbitkan banyak kajian dari akaun TradingView anda, emoji akan memberikan pengalaman lain untuk pembaca mengkaji hasil anda. Emoji dapat dikenali di seluruh dunia dan dapat membantu orang lain memahami dengan lebih baik bagaimana pemikiran atau perasaan anda. Ianya juga dapat digunakan sebagai peringatan atau nota cepat.
Inilah cara untuk anda menambahkan emoji ke carta anda:
1. Salin dan letakkan emoji terus ke alat kotak teks seperti ini ๐. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk mencari emoji, terdapat beberapa laman web yang boleh digunakan. Anda juga boleh menambahkan emoji ke mana-mana kotak teks atau alat lukisan yang menyokong teks.
2. Kaedah kedua adalah untuk menggunakan alat Tiang Tanda. Alat Tiang Tanda terletak di menu Alat Anotasi di sebelah kiri carta. Pilih Tiang Tanda, letakkan di carta, dan kemudian buka tetapannya untuk menambahkan emoji. Alat Tiang Tanda boleh digunakan untuk meninggalkan nota terperinci pada tahap harga tertentu. Ianya mudah untuk digunakan, disesuaikan, dan boleh diletakkan pada mana-mana titik pada carta anda. Kami telah memasukkan beberapa contoh pada carta di atas di mana kami juga telah menyesuaikan warna latar belakang pada setiap Tiang Tanda. ๐๐ป ๐
Terima kasih kerana membaca! Beritahu kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen. Pasukan kami sentiasa mendengar dan bersedia untuk membantu.
COINBASE (Global): Asas Baharu Pergerakan KriptoIPO berjaya diterbit di NASDAQ mulai 15 April 2021 lalu. Berdasarkan pergerakan hampir 2 minggu, pergerakan harga berada dalam keadaan neutral. Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan melebihi garisan hijau, maka trend panjang akan berlaku dengan syarat harga tidak turun di bawah garisan merah. Sekiranya harga jatuh rendah daripada garisan merah, maka trend adalah singkat. COINBASE boleh dijadikan indikator bagi meramal pergerakan harga dan trend kripto. TAYOR