ETSY: Ke Mana Halatuju?Saham syarikat Etsy dilihat baharu sahaja memecahkan garisan arah aliran menurun beberapa minggu dagangan yang lalu
Volum walaubagaimanapun dilihat berada di paras purata ketika harga memecahkan rintangan berkenaan
Harga diliihat telah menguji MA50 harian dan dilihat membuat kenaikan di atas sokongan dinamik berkenaan (tidak ditunjukkan)
Walaubagaimanapun rintangan dinamik terdekat dilihat berdekatan harga adalah MA200 mingguan (tidak ditunjukkan)
RSI mingguan dilihat masih berada di bawah paras pertengahan dan masih belum memasuki kawasan 'oversold' sejak harga membuat kejatuhan
Adakah hasil perolehan hari ini akan menjadi pemangkin untuk harga membuat kenaikan? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih
idea dagangan ETSYD
ETSY: Menguji SokonganETSY dilihat melakukan pembetulan beberapa hari dagangan yang lalu setelah paras RSI mingguan mencapai paras 'overbought'
Harga terkini dilihat sedang menguji kekuatan EMA200 harian dengan membentuk lilin hijau
Analisa volum mendapati penyertaan jualan adalah rendah tatkala harga mencecah paras sokongan
Histogram MACD seakan membentuk 'hidden bullish divergence' menunjukkan penyertaan jualan semakin berkurang
Namun, petunjuk RSI harian dilihat belum menunjukkan kehadiran momentum belian
MACD pada selang masa mingguan juga dilihat baru melakukan persilangan penurunan
Justeru, harga berkemungkinan melakukan kenaikan semula untuk cuba melepasi rintangan EMA50 harian
Sekiranya gagal harga dijangka akan meneruskan penurunan seterusnya mencari EMA50 mingguan sebagai sokongan dinamik terdekat
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama didahului dengan terima kasih
PERGERAKAN HARGA MEMBERANGSANGKAN BUAT ETSY INCSaham Etsy Inc melonjak naik ke paras tertinggi selepas ia berjaya melepasi paras USD70. Pergarakan harga ini telah menghasilkan ("Gap Up" continuation pattern) – memberikan satu petunjuk memberangsangkan bagi sesi-sesi akan datang. Pandangan positif ini disokong oleh "crossover" positif yang dilihat pada indikator MACD (petanda bahawa sentiment pasaran kini positif). Secara teknikal, kenaikan memberangsangkan harga semasa memberikan gambaran yang tinggi untuk nilai saham ini terus meningkat dalam masa terdekat - yang juga disokong oleh perkembangan momentum yang kukuh di atas paras 70 mata (seperti yang dilihat di dalam indikator RSI 14-hari).
"Support" terdekat berada pada paras USD70, diikuti dengan USD64.50. Bagi tahap "resistance", kami tetapkan pada paras USD75, dan seterusnya berada pada paras USD80.