idea dagangan MSFTC
5 Petua Untuk Menguruskan Dagangan Yang Gagal Mengalami kerugian dalam dagangan adalah perkara biasa. Ia merupakan sebahagian daripada satu perjalanan pedagang. Tidak ada pedagang atau pelabur yang akan menang setiap masa. Semua pelabur dan pedagang terkenal yang anda ketahui telah mengalami KERUGIAN berkali-kali dalam karier mereka. Ini adalah perkara normal. Adakah anda tahu pengurus dana lindung nilai terkemuka Ray Dalio pernah kehilangan semuanya semasa berumur 30an? Dia telah bangkrup dan perlu bermula semula dari bawah.
Catatan ini akan menjelaskan apakah makna mengalami kegagalan dalam dagangan dan bagaimana untuk menghadapinya.
Sebelum kita bermula, anda perlu tahu bahawa:
- Berwaspada dengan orang-orang yang mendakwa mereka tidak pernah mengalami kerugian.
- Jauhi mereka yang mempamerkan kadar kemenangan atau kejayaan yang mustahil untuk dicapai.
- Dagangan yang gagal terjadi kepada semua orang! Anda tidak keseorangan.
Sekarang kita akan mulakan tentang apakah maksud dagangan yang tidak bagus dan 5 petua untuk menanganinya:
Nombor 1: Satu dagangan yang gagal adalah berbeza dari satu dagangan yang tidak bagus
Pedagang-pedagang yang paling berpengalaman memahami risiko mereka sebelum melakukan satu dagangan. Setiap dagangan yang gagal merupakan satu komponen kecil dalam satu proses yang lebih besar yang berkait dengan satu sistem, pelan atau strategi yang telah diuji dan dipelajari dengan teliti. Satu dagangan yang gagal adalah keadaan yang sudah dilakukan pengiraan untuk pedagang yang berpengalaman. Mereka mendefinasikan risiko mereka, saiz posisi, henti rugi dan sasaran keuntungan. 🎯
Berbeza pula dengan satu dagangan yang tidak bagus. Dagangan yang tidak bagus menunjukkan seseorang yang merisikokan wang jerih perih mereka tanpa adanya rancangan atau proses. Ia merupakan satu dagangan yang melulu dan sembarangan. Ini selalunya terjadi kepada pelabur-pelabur atau pedagang-pedagang baru yang masih belum memahami masa, pembelajaran dan penyelidikan yang diperlukan untuk membina satu pelan yang kukuh. Pastikan anda mengingati perbezaan di antara satu dagangan gagal yang telah dilakukan pengiraan dan satu dagangan tidak bagus tanpa adanya rancangan atau proses.
Petua TradingView: ada beberapa cara untuk bermula dengan satu perancangan, sistem atau proses. Dagangan kertas, ujian belakang dan/atau bekerja dengan pedagang yang mahir yang dapat memberikan maklumbalas berguna merupakan beberapa cara untuk bermula. Jangan risikokan wang anda tanpa melakukan penyelidikan terlebih dahulu.
Nombor 2: Setiap dagangan yang gagal membekalkan data untuk penambahbaikan
Seperti yang kami telah sebutkan beberapa kali sebelum ini, dagangan yang gagal terjadi kepada semua. Tetapi ingat, dagangan yang gagal juga mempunyai maklumat dan data bernilai. Anda boleh belajar banyak perkara dari menganalisa dagangan yang gagal.
Pada setiap hari, minggu atau bulan dagangan, pedagang berpengalaman akan menganalisa dagangan mereka yang gagal dengan terperinci. Apakah corak yang muncul? Apa yang sama tentang semua ini? Mengapa mereka terjadi? Dengan maklumat ini, seorang pedagang atau pelabur dapat melaraskan strategi mereka berdasarkan penemuan mereka.
Nombor 3: Jangan biarkan dagangan yang gagal mengganggu kesihatan anda
Kesihatan mental dan fizikal anda adalah sama penting dengan kesihatan kewangan anda. Jangan biarkan dagangan yang gagal mempengaruhi kedua-duanya.
Jika sistem anda mengalami masalah atau beberapa dagangan yang gagal mula mengganggu emosi anda, jarakkan diri dari komputer atau telefon. Tutup semua itu dan pergi. Pasaran telah dibuka semenjak beratus-ratus tahun dahulu dan ia akan kekal dibuka. Apabila anda bersedia untuk bermula semula, ia masih kekal di situ.
Bangun, dapatkan udara segar dan kembali ke arena selepas anda sudah bersedia semula.
Nombor 4: Kongsi pengalaman anda dengan yang lain
Pedagang dan pelabur seluruh dunia mahu mempelajari sesuatu dari cerita dan dagangan anda yang gagal. Ini adalah pengalaman yang sangat berharga yang kami semua kongsikan bersama-sama. Rangkaian sosial membantu anda untuk bersembang, berkongsi dan berjumpa mereka yang melalui semua perkara ini. Kita semua boleh belajar dari satu sama lain.
Sudah pasti, keinginan untuk berkongsi kemenangan atau berlagak seperti anda salah seorang pedagang terhebat yang wujud di dunia ini sangat menggoda 😜 - tetapi adalah jelas kita semua belajar bersama-sama dan menjadi lebih baik apabila kita berkongsi pengajaran daripada kegagalan. Di sini di mana hasrat paling dalam ditemui dan bersama-sama, di mana kita semua boleh berkembang sebagai satu komuniti pedagang yang semuanya cuba untuk mengatasi pasaran.
Kongsi dan minta maklumbalas yang membina!
Nombor 5: Teruskan Usaha
Pasaran merupakan satu permainan pembelajaran, pembelajaran semula dan bergerak ke hadapan. Tema-tema baru, arah aliran dan cerita muncul dan hilang setiap hari. Perjalanan ini adalah panjang dan tidak pernah berhenti. Apabila melaksanakan pelan dagangan atau pelaburan anda, adalah penting utnuk melakukannya dengan memikirkan dalam jangka masa panjang. Satu atau dua dagangan yang gagal dalam satu hari atau minggu adalah satu pecahan kecil dalam lebih banyak yang akan terjadi dalam banyak bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang. 🌎
Teruskan perjuangan. Teruskan membina. Kekal menambahbaik rancangan anda. Periksa data.
Kami harap anda menyukai catatan ini!
Kami harap anda mempelajari sesuatu yang baru atau lebih berinformasi!
Sila tinggalkan apa-apa komen di bawah dan pasukan kami akan membacanya.
- TradingView ❤️
MSFT (SAHAM)Pelan Pelaburan
- Limit Belian -
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Biru
Ambil Untung: Garisan Putus-Putus Warna Merah
Target Keuntungan: 100pips
Target Kerugian: 30pips
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:3
- Limit Jualan -
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Biru
Ambil Untung: Garisan Putus-Putus Warna Merah
Target Keuntungan: 100pips
Target Kerugian: 30pips
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:3
Tip untuk membuat entri: Entri apabila terdapat pengesahan paten pembalikan arah berdasarkan selang masa m15 semasa harga masuk ke dalam zon belian atau jualan bagi mengurangkan risiko rugi. Sekiranya tiada pengesahan pembalikan arah dan pasaran mengesahakan paten penerusan, maka entri berdasarkan trend ketika harga menguji semula zon tersebut.
Berdagang Atas Risiko Anda Sendiri (BARAS)
Corak Carta Pada Carta Microsoft> Pada carta 4 jam
> Terdapat Corak Island Reversal pada carta
> Ada membentuk Corak Divergence
Boleh lihat pada carta
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian & pembelajaran sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Berdagang di atas risiko anda sendiri.
MSFT: Breakout?Saham syarikat Microsoft dilihat membuat jurang kejatuhan setelah CPI diumumkan malam semalam
Saham syarikat terbabit dilihat tutup di bawah sokongan memecahkan sokongan arah aliran menaik
Volum dilihat tinggi menunjukkan terdapatnya minat jualan yang kuat pada malam semalam
RSI mingguan dan harian kedua-duanya dilihat berada di bawah paras pertengahgn dan belum memasuki kawasan 'oversold'
Melihat kepada lanjutan fibonaci, harga dilihat masih mampu melakukan kejatuhan sehingga sekiranya gagal bertahan
Ke mana halatuju saham ini sebenarnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
MSFT: Di Atas SokonganSaham syarikat Microsoft dilihat membuat kejatuhan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Kedudukan harga saham syarikat terkini dilihat berada di atas sokongan garisan arah aliran menaik
Candle harian beberapa hari yang lalu dilihat menunjukkan terdapatnya minat belian setelah harga membentuk lilin hammer
Walaubagaimanapun, volum belian dilihat masih lagi lemah berbanding dengan volum jualan sekiranya dilihat pada selang mingguan
Oleh itu, tidak mustahil harga membuat kenaikan namun perlu diingat harga dikatakan masih cenderung membuat penurunan
Harga penutup pada malam ini akan menunjukkan kecenderungan arah pergerakan saham syarikat ini
Menarik untuk diperhatikan sekiranya lilin mingguan tutup dengan menunjukkan kekuatan
Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
MSFT (NASDAQ)Pelan Pelaburan
- Limit Belian -
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Biru
Ambil Untung: Garisan Putus-Putus Warna Merah
Target Keuntungan: 15%
Target Kerugian: 5%
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:3
Tip untuk membuat entri: Entri apabila terdapat pengesahan paten pembalikan arah berdasarkan selang masa m15 semasa harga masuk ke dalam zon belian atau jualan bagi mengurangkan risiko rugi. Sekiranya tiada pengesahan pembalikan arah dan pasaran mengesahakan paten penerusan, maka entri berdasarkan trend ketika harga menguji semula zon tersebut.
Berdagang Atas Risiko Anda Sendiri (BARAS)
MSFT: Mampukah Bertahan?Saham syarikat Microsoft dilihat bergerak membuat kejatuhan sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Pergerakan harga beberapa hari dagangan yang lalu dilihat memecahkan rintangan saluran selari
Walaubagaimanapun, jika diperhatikan volum tidak bergerak selari dengan kenaikan harga dan semakin berkurang
Petunjuk RSI harian dilihat berada di atas paras pertengahan namun dilihat bergerak mendatar menunjukkan minat belian yang masih rendah
Perlu diingat sasaran keuntungan (TP) ketika harga memecahkan corak carta belum lagi tercapai justeru tidak mustahil juga harga meneruskan kenaikan
Ke mana halatuju sebenarnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
MSFT: Kepala & Bahu?Saham syarikat Microsoft Corp. dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika diperhatikan selang masa mingguan, pergerakan harga dilihat seakan membentuk corak carta 'Kepala & Bahu'
Lilin mingguan terkini juga dilihat cuba membuat kenaikan namun gagal dengan tutup di harga lebih rendah daripada harga pembukaan
Walaubagaimanapun pergerakan harga dilihat masih bertahan di atas sokongan dan belum memecahkan sokongan corak carta berkenaan
Pergerakan harga secara jangka masa panjang dilihat masih lagi dalam trend menaik selagimana belum memecahkan sokongan kritkal
Dapatkah harga bertahan dan kembali membuat kenaikan? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
MSFT: Divergence kenaikan?Microsoft Corporation dilihat bergerak dalam fasa mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Namun jika diteliti pada petunjuk RSI harian, seakan terdapat pembentukan 'divergence' tatkala harga sedang bergerak mendatar
'Higher low' dilihat terhasil pada RSI ketika harga sedang bergerak mendatar menunjukkan kehadiran momentum
Lilin pada selang masa mingguan pula dilihat berada berdekatan dengan dengan MA50 mingguan
Lilin harian walaubagaimanapun dilihat berada di bawah sokongan kritikal MA200 mingguan
Ke mana halatuju harga yang sebenarnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
MSFT: Bertahan Di Atas SokonganMSFT pada selang masa harian dilihat bertahan di atas sokongan dinamik EMA200
Lilin beberapa hari dagangan yang lalu dilihat membentuk corak 'hammer' berdekatan sokongan kritikal EMA200 harian menunjukkan masih terdapat minat belian yang hadir menentang penurunan harga yang berlaku beberapa hari yang lalu.
Jika dilihat pada selang masa mingguan, harga juga dilihat berada dekat dengan EMA 50 mingguan (tidak ditunjukkan) dengan trend jangka masa panjang dilihat masih lagi cenderung melakukan kenaikan.
RSI harian dilihat sudah berada di atas garisan purata RSI namun masih di bawah paras positif.
Lilin terkini dilihat membentuk jurang kenaikan dengan laporan kewangan dilihat bertindak sebagai pemangkin.
EMA20 harian dilihat bertindak sebagai rintangan terdekat bagi kaunter ini
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga dapat bertahan dan meneruskan kenaikan daripada jurang yang berlaku
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!