idea dagangan NKED
NKE: Menguji RintanganSaham syarikat Nike dilihat membuat kenaikan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Kedudukan harga terkini dilihat berada dekat dengan rintangan saluran selari menaik
Walaubagaimanapun, volum dilihat hanya berada sekitar paras purata ketika harga membuat kenaikan
Kenaikan yang sihat adalah kebiasaannya diikuti dengan volum yang meningkat seiring dengan pergerakan
Namun harga pada selang masa mingguan dilihat masih lagi berada di bawah rintangan dinamik MA50 mingguan
Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
NKE: MendatarSaham syarikat Nike dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika diperhatikan, pergerakan harga dilihat seakan bergerak mematuhi corak carta segi tiga simetri
Kemuncak jualan dilihat telah berlaku sekitar bulan Jun lalu disertai dengan volum jualan yang tinggi
Pergerakan harga selepas itu dilihat bergerak mendatar dan belum menunjukkan kecenderungan halatuju
Namun, analisa candlestick harian mendapati masih terdapat minat belian dengan terbentuknya 'hammer' beberapa hari lalu
Candlestick mingguan pula dilihat membentuk 'morning star' pada minggu dagangan sebelum ini
Selagimana harga belum memecahkan corak carta masih terlalu awal untuk membuat andaian pergerakan harga
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga memecahkan corak carta dengan volum
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Carta Jam saham Nike ada lantunan harga!Minggu ini kita menyaksiakan kejatuhan drastik saham-saham utama dunia termasuklah saham syarikat Nike. Walaubagaimanapun pada sesi dagangan akhir Jumaat lalu kelihatan ada lantunan harga berlaku. Sebagai pelabur, kemungkinan besar ada peluang diskaun pada harga dibawah nilai sebenar. Tetapi sebagai trader, boleh nampak antara panik dan peluang.
[Watchlist] Carta harian NIKESuka betul bila tengok kaunter macam ni.
Kalau die buat kenaikan, dia akan terus naik. Kalau ada penurunan, itu hanya sementara. Bisnes baik insyaAllah permintaan pun baik.
Target entri long sekitar harga atas daripada 83.90.
Target harga kenaikan adalah pada 88.62.
Ada berani ke simpan kaunter ni setahun?
NIKE dan kontroversi yang dilaluinyaTARIKH: 17 SEPT2018
NIKE, Inc.( NKE ) merupakan salah satu stock yang saya sedang perhatikan untuk jangka pendek. Namun begitu ianya kelihatan boleh memberikan hasil untuk jangka masa panjang.
Ianya berada dalam sektor Consumer Goods (Textile - Apparel Footwear & Accessories)
KENAPA PERLU DIBERIKAN PERHATIAN
Dari sudut teknikal carta keseluruhan berada dalam keadaan uptrend.
Mencapai new high walau terpalit dengan kontroversi pemilihan model untuk kempen "JUST DO IT"
Harga sedang cuba untuk memecahkan resistant pada 52WH dan 23.6% fibo ext.
Short float berasa pada kadar 0.80%
Segelintir penganalisis menaikkan sasaran harga mereka untuk NIKE ke 95USD
Stock ini akan lebih menarik sekiranya berjaya close diatas harga 83.87 dengan volume
Candle Weekly juga dilihat gap-up dan membentuk green marubozu
Selain itu, kita boleh meletakkan stoploss@cutloss diparas yang berwarna pink dimana paras ini dipilih berdasarkan carta weekly dimana ia berada sedikit dibawah harga terakhir marubozu hijau terakhir.
sekiranya saya inginkan pengesahan lanjut saya boleh membeli diatas harga 83.87 atau menunggu untuk harga turun sedikit ke paras 82.01 yang merupakan minor support.
TRADING PLAN
Strategi perlaburan yang dipilih adalah SWING(1-3 bulan) yang mengunakan teknik 52WH+fresh new high+fibo ext
52WH - 83.90
52WL - 50.35
Tarikh: 17 Sept 2018
CP: 83.49
EP: diatas 83.87 (buy stop) @ 82.01 (buy limit)
TP1: 88.77
TP2: 92.73
CL: 81.10
RISK: 3.30%
pendapat anda? bagi saya,saya tunggu dan lihat kemingkinan yang berlaku dengan pre-market price hari ini (17Sept2018)
PENAFIAN1: Tradeplan yang dihasilkan adalah untuk rujukan peribadi
PENAFIAN2: Perkongsian ini adalah untuk kajian dan pembelajaran semata-mata dan bukannya saranan untuk mempengaruhi mana-mana pihak untuk membeli. Adalah disarankan agar anda merujuk penasihat kewangan yang bertauliah sebelum membuat keputusan pelaburan. Segala risiko dan kerugian yang dialami sekiranya anda mengikuti cadangan ini adalah diatas tanggungjawab sendiri.