Cara menggunakan carta log dan mengapa mereka pentingDua carta dalam idea ini menunjukkan harga saham Tesla sejak IPO. Perbezaannya adalah satu carta merupakan carta log manakala yang lagi satu ialah carta harga linear yang normal. Oleh sebab itu, mereka nampak berbeza. Memahami carta log dan carta linear normal amat penting untuk semua pedagang dan pelabur. Terutamanya semasa melihat perubahan harga untuk tempoh masa yang panjang.
Carta di kiri ialah carta log Tesla manakala carta di kanan ialah carta harga linear Tesla. Carta log menunjukkan perbezaan perubahan peratusan antara harga manakala carta linear normal menunjukkan jarak tetap antara harga. Cuba lihat sekali lagi carta di atas. Jika masih tidak faham, jangan risau dan teruskan membaca.
Katakanlah Tesla, semasa ia mula-mula menjadi syarikat tersenarai, pergerakan dari $5 setiap syer ke $10 setiap syer merupakan pergerakan sebanyak 100%. Anda akan menggandakan pulangan anda. Beberapa tahun kemudian, Tesla mencapai $100 setiap syer dan harga naik kepada $105 setiap syer. Pergerakan ini hanya sebanyak 5%. Kedua-dua pergerakan dalam contoh ini mewakili pergerakan harga sebanyak $5 setiap syer,tetapi satu dengan perubahan peratusan yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, carta log adalah amat berguna di mana ia menunjukkan perubahan peratusan! Di carta normal, setiap aras harga yang ditunjukkan pada jarak yang tetap. Jadi pergerakan daripada $5 ke $10 ditunjukkan dengan cara yang sama dengan pergerakan dari $100 ke $105
Untuk mula menggunakan carta log sangatlah cepat dan mudah
1. Jika anda menggunakan PC, tekanlah Alt + L di papan kekunci anda. Kombinasi papan kekunci ini akan mengubah carta anda kepada bentuk log dengan cepat. Anda boleh menekan kombinasi yang sama sekali lagi untuk menukar balik ke carta harga linear yang normal.
2. Jika anda menggunakan Mac, tekanlah Option + L. Anda boleh bertukar antara carta log dengan kombinasi di Mac anda.
3. Anda juga boleh mengklik butang log yang terletak di bahagian kanan bawah carta untuk bertukar antara carta log dan normal.
Lagi satu tip: letakkan kursor tetikus anda di atas skala harga, kemudian klik tetikus dan menarik ke atas atau ke bawah untuk menukarkan skala harga. Tip mudah ini memberi lebih banyak kawalan terhadap skala harga untuk kedua-dua carta log dan linear normal.
Jadi bagaimana anda boleh menggunakan carta log selepas ini?
Paling penting adalah mengetahui anda memiliki peralatan untuk menganalisis aksi harga dalam pelbagai kaedah. Selalu membandingkan kedua-dua carta jika perlu. Pedagang dan pelabur baru sentiasa tertarik dengan betapa banyak maklumat yang terdapat dalam carta log untuk tempoh masa yang lama. Tambahan pula, membandingkan carta log dengan carta harga linear normal mungkin dapat membuka pandangan yang baru. Dua carta Tesla dalam contoh ini mendemonstrasikan perkara ini dengan jelas. Satu carta kelihatan , parabolik dan berselerak manakala satu lagi lebih teratur dari segi jarak dan menunjukkan trend yang lebih jelas.
Terima kasih kerana membaca! Seperti biasa, sila tinggalkan soalan atau komen di bawah. Jika anda mempunyai permintaan produk atau ciri tertentu, sila juga menulis dalam komen. Pasukan kami akan membantu.
idea dagangan TSLAD
Cara menggunakan Volum Sesi HD untuk mengkaji harga dan volumVolum Sesi HD dicipta untuk menambahkan keterperincian dan ketepatan bagi mengkaji harga dan volum untuk setiap sesi perdagangan. Volum Sesi HD mengubah secara dinamik untuk menunjukkan lebih banyak data apabila anda zum masuk dan keluar carta.
Anggaplah Volum Sesi HD seperti kanta pembesar untuk mengkaji volum dan harga. Apakah aras harga yang akan menarik volum perdagangan yang terbanyak? Bagaimanakah ia berubah apabila kami zum masuk atau keluar dalam sesi perdagangan yang tertentu? Dengan Volum Sesi HD, semakin banyak anda zum masuk, semakin terperinci anda akan lihat tentang harga dan volum untuk hari perdagangan tertentu. Ia merupakan alat yang sempurna untuk pedagang dan pelabur yang ingin zum masuk dan keluar dengan cepat dan menukarkan resolusi carta mereka.
Merujuk kepada contoh di atas, kami sedang melihat dua carta Tesla di mana kedua-duanya ditetapkan dengan rangka masa dan resolusi yang berbeza. Adakah anda dapat melihat perbezaan antara Profil Volum yang ditunjukkan pada setiap carta? Carta di bahagian kiri ialah carta harian sehingga November. Carta di bahagian kanan ialah carta 65-minit yang kami zum masuk untuk beberapa hari yang lalu. Kedua-dua carta menggunakan Volum Sesi HD untuk menunjukkan analisis Profil Volum, tetapi setiap carta menunjukkan aras keterperincian yang berbeza. Dengan kata lain, semakin banyak kita zum masuk, semakin banyak aras profil volum akan dipaparkan.
Apabila anda mula memahami dan menggunakan Volum Sesi HD, penting untuk mengingati bahawa alat ini boleh disesuaikan mengikut keperluan dan pemerhatian anda. Buka tetapannya untuk bermula. Setiap pedagang dan pelabur mempunyai metodologi tersendiri dan tetapan ini akan membantu anda mencipta gaya kajian anda yang unik.
Titik Kawalan/ Point of Control (POC) - Aras harga untuk tempoh masa dengan volum dagangan yang tertinggi. Garis merah ini ditunjukkan di kedua-dua carta dalam setiap kawasan Profil Volum.
Volum Naik - Menentukan warna untuk Volum Naik atau titik-titik di mana pembelian berlaku dan harga meningkat.
Volum Turun - Menentukan warna untuk Volum Turun atau titik-titik di mana penjualan berlaku dan harga menurun.
Kawasan Nilai Naik - Menentukan warna untuk Kawasan Nilai Naik atau di mana pembelian berlaku dalam zon volum tinggi, katakan 70% daripada kesemua volum yang dapat didagang.
Kawasan Nilai Turun - Menentukan warna untuk Kawasan Nilai Turun atau di mana penjualan berlaku dalam zon volum tinggi, katakan 70% daripada kesemua volum yang dapat didagang.
Profil Tinggi - Aras harga tertinggi yang tercapai dalam satu tempoh masa yang spesifik.
Profil Rendah - Aras harga terendah yang tercapai dalam satu tempoh masa yang spesifik
Kawasan Nilai/Value Area(VA)- Julat aras harga di mana satu peratusan spesifik untuk semua volum yang didagang dalam tempoh masa itu. Biasanya, peratusan ini ditetapkan kepada 70% , namun demikian ia adalah bergantung kepada pilihan pedagang.
Kawasan Nilai Tinggi/ Value Area High (VAH) – Aras harga tertinggi dalam kawasan nilai itu.
Kawasan Nilai Rendah/Value Area Low (VAL) - Aras harga terendah dalam kawasan nilai itu.
Kami berharap tutorial ini membantu anda memahami kekuatan Volum Sesi HD dan alat Profil Volum yang lain. Lebih penting , kami berharap ia membantu anda memahami semua ciri, penyesuaian dan kefungsian yang datang dengan alat ini. Volum Sesi HD adalah salah satu alat Profil Volum yang tersedia untuk anda dan ia amat berguna semasa melakukan zum masuk dan keluar carta, menukar rangka masa , dan mencari maklumat tambahan untuk kajian sesi perdagangan tertentu.
Terima kasih kerana membaca dan sila tinggalkan maklum balas atau komen di bawah. Jika anda ingin melihat lebih tentang alat atau ciri Profil Volum, anda boleh hantarkan cadangan anda kepada kami! Kami mungkin akan membinanya untuk anda.
TSLABerdasarkan analisis saya:
1. TSLA telah menembusi garisan sokongan dinamik yang kuat (trendline).
2. Disokong dengan stochastic yang membentuk persilangan maut.
3. Saya menjangkakan TSLA membuat penurunan harga kearah 416 USD.
4. Secara keseluruhan, MA 20,50 & 200 menunjukkan TSLA adalah saham trend menaik.
Syeikh Hafiz
Penganalisis Pasaran Saham
TSLABerdasarkan analisis saya:
1. Saya percaya TSLA telah berada pada fasa berlebihan/excess phase (berdasarkan fibo).
2. Kini, TSLA berada di garisan fibo, kawasan rintangan gann & harga rintangan kuat (nombor psikologi).
3. Dan stochastic menunjukkan akan berlaku persilangan ke bawah.
4. Sekiranya TSLA ditutup di atas paras 500 USD, kemungkinan akan meneruskan kenaikan hingga 550 USD atau lebih tinggi.
5. Secara keseluruhan, TSLA masih dalam aliran menaik yang kuat (MA 20,50 & 200).
Syeikh Hafiz
Penganalisis Pasaran Saham
TSLABerdasarkan analisis saya:
1. TSLA melengkapkan corak cawan & pemegang selepas melepasi harga neckline 800 USD dengan volume yang tinggi pada 8 Mei.
2. Semalam, TSLA selesai membuat retracement pada tahap fibo 0.5 dan membentuk tukul, menunjukkan telah bersedia untuk membuat kenaikan semula.
3. Saya yakin harga akan meningkat sehingga 886USD kemudian membuat ranging sebelum menembak lagi hingga 948USD.
3. Saya meramalkan harga akan membuat pembalikan pada sekitar 948 USD kerana mencapai nisbah phi 1.618 & rintangan Februari.
Syeikh Hafiz
Penganalisis Pasaran Saham
Tesla kembali melonjak naik 8.54% dan 1.03% ketika post-market.Pada 1 mei 2020, Tweet Elon Musk, CEO Tesla dan juga SpaceX ini menerima banyak kritikan netizen kerana telah menyebabkan Tesla jatuh dengan begitu mendadak sekitar 10%!
Pada carta berikut, TSLA sperti akan meneruskan kenaikkan dan cuba memecah resistance (865). Sekiranya harga melebihi support terdekat (717) TSLA berkemungkinan akan membuat retracement dan mencari support baharu.
TESLA kita cuba ye (20Feb2020)TESLA akan membuat cubaan menembusi harga tertinggi. Dijangka akan membuat sedikit retracement dan melonjak hingga menembusi harga tertinggi.
terdapat beberapa base saya tandakan tempat kemungkinan dijangka harga akan retrace.
Penambahan pitchfork untuk menilai ketepatan penggunaan pitchfork
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Trade At Your Own Risk.