TradingView

Cara menggunakan Volum Sesi HD untuk mengkaji harga dan volum

Pendidikan
NASDAQ:TSLA   Tesla
Volum Sesi HD dicipta untuk menambahkan keterperincian dan ketepatan bagi mengkaji harga dan volum untuk setiap sesi perdagangan. Volum Sesi HD mengubah secara dinamik untuk menunjukkan lebih banyak data apabila anda zum masuk dan keluar carta.

Anggaplah Volum Sesi HD seperti kanta pembesar untuk mengkaji volum dan harga. Apakah aras harga yang akan menarik volum perdagangan yang terbanyak? Bagaimanakah ia berubah apabila kami zum masuk atau keluar dalam sesi perdagangan yang tertentu? Dengan Volum Sesi HD, semakin banyak anda zum masuk, semakin terperinci anda akan lihat tentang harga dan volum untuk hari perdagangan tertentu. Ia merupakan alat yang sempurna untuk pedagang dan pelabur yang ingin zum masuk dan keluar dengan cepat dan menukarkan resolusi carta mereka.

Merujuk kepada contoh di atas, kami sedang melihat dua carta Tesla di mana kedua-duanya ditetapkan dengan rangka masa dan resolusi yang berbeza. Adakah anda dapat melihat perbezaan antara Profil Volum yang ditunjukkan pada setiap carta? Carta di bahagian kiri ialah carta harian sehingga November. Carta di bahagian kanan ialah carta 65-minit yang kami zum masuk untuk beberapa hari yang lalu. Kedua-dua carta menggunakan Volum Sesi HD untuk menunjukkan analisis Profil Volum, tetapi setiap carta menunjukkan aras keterperincian yang berbeza. Dengan kata lain, semakin banyak kita zum masuk, semakin banyak aras profil volum akan dipaparkan.

Apabila anda mula memahami dan menggunakan Volum Sesi HD, penting untuk mengingati bahawa alat ini boleh disesuaikan mengikut keperluan dan pemerhatian anda. Buka tetapannya untuk bermula. Setiap pedagang dan pelabur mempunyai metodologi tersendiri dan tetapan ini akan membantu anda mencipta gaya kajian anda yang unik.

Titik Kawalan/ Point of Control (POC) - Aras harga untuk tempoh masa dengan volum dagangan yang tertinggi. Garis merah ini ditunjukkan di kedua-dua carta dalam setiap kawasan Profil Volum.
Volum Naik - Menentukan warna untuk Volum Naik atau titik-titik di mana pembelian berlaku dan harga meningkat.
Volum Turun - Menentukan warna untuk Volum Turun atau titik-titik di mana penjualan berlaku dan harga menurun.
Kawasan Nilai Naik - Menentukan warna untuk Kawasan Nilai Naik atau di mana pembelian berlaku dalam zon volum tinggi, katakan 70% daripada kesemua volum yang dapat didagang.
Kawasan Nilai Turun - Menentukan warna untuk Kawasan Nilai Turun atau di mana penjualan berlaku dalam zon volum tinggi, katakan 70% daripada kesemua volum yang dapat didagang.
Profil Tinggi - Aras harga tertinggi yang tercapai dalam satu tempoh masa yang spesifik.
Profil Rendah - Aras harga terendah yang tercapai dalam satu tempoh masa yang spesifik
Kawasan Nilai/Value Area(VA)- Julat aras harga di mana satu peratusan spesifik untuk semua volum yang didagang dalam tempoh masa itu. Biasanya, peratusan ini ditetapkan kepada 70% , namun demikian ia adalah bergantung kepada pilihan pedagang.
Kawasan Nilai Tinggi/ Value Area High (VAH) – Aras harga tertinggi dalam kawasan nilai itu.
Kawasan Nilai Rendah/Value Area Low (VAL) - Aras harga terendah dalam kawasan nilai itu.

Kami berharap tutorial ini membantu anda memahami kekuatan Volum Sesi HD dan alat Profil Volum yang lain. Lebih penting , kami berharap ia membantu anda memahami semua ciri, penyesuaian dan kefungsian yang datang dengan alat ini. Volum Sesi HD adalah salah satu alat Profil Volum yang tersedia untuk anda dan ia amat berguna semasa melakukan zum masuk dan keluar carta, menukar rangka masa , dan mencari maklumat tambahan untuk kajian sesi perdagangan tertentu.

Terima kasih kerana membaca dan sila tinggalkan maklum balas atau komen di bawah. Jika anda ingin melihat lebih tentang alat atau ciri Profil Volum, anda boleh hantarkan cadangan anda kepada kami! Kami mungkin akan membinanya untuk anda.

Get $15 worth of TradingView Coins for you and a friend: www.tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: www.tradingview.com/blog/en/
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.