XOM: Mampukah Meneruskan Kenaikan?Saham syarikat Exxon Mobil Corporation dilihat membuat 'breakout' melepasi rintangan beberapa hari dagangan sebelum ini
Harga ketika 'breakout' berlaku dilihat membuat jurang kenaikan melepasi kawasan rintangan corak carta segi tiga menaik
Volum ketika 'breakout' berlaku juga dilihat tinggi daripada volum purata daganga harian
Walaubagaimanapun pembentukan lilin merah yang disertai volum pada hari seterusnya dilihat agak merisaukan
Petunjuk RSI pada selang masa mingguan juga dilihat seakan membentuk 'divergence' ketika harga membuat tinggi baharu
Walaubagaimanapun, tidak mustahil untuk harga meneruskan kenaikan terutamanya jika terdapat pemangkin yang mendorong pergerakan pasaran
Harga dilihat masih lagi berada di atas MA50 harian yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Trend secara jangka masa panjang dilihat masih lagi cenderung bergerak dalam trend menaik
Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
idea dagangan XOM
XOM: Menguji RintanganXOM dilihat bergerak mendatar sejak bulan dagangan yang lepas mematuhi garisan sokongan dan rintangan
Terkini harga dilihat melepasi rintangan sekaligus membentuk 'ATH' yang baharu
Volum ketika harga memecahkan rintangan dilihat lebih tinggi daripada volum purata harian
Pergerakan harga adalah dilihat disokong oleh MA20 harian dan juga MA10 mingguan sebagai sokongan dinamik terdekat
Petunjuk RSI bagaimanapun dilihat sudah memasuki kawasan 'overbought' bagi selang masa mingguan dan harian
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
XOM: Menongkah ArusDi kala pasaran sedang berdarah XOM dilihat tetap membuat kenaikan sekaligus membentuk 52W tertinggi yang baharu
XOM pada selang masa mingguan memulakan kenaikan setelah RSI mingguan dilihat membentuk 'exaggerated bullish divergence' sejak beberapa bulan dagangan yang terdahulu
Harga dilihat bergerak mematuhi garisan trend menaik serta memaruhi sokongan dinamik EMA20 (tidak ditunjukkan)
Beberapa minggu dagangan yang terkini melihat pergerakan harga berjaya menembusi rintangan EMA200 mingguan
Namun, RSI mingguan dan harian kedua-duanya dilihat sudah berada di kawasan 'overbought' menimbulkan kemungkinan harga mungkin akan membuat pembetulan dalam jangka masa terdekat
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga turun mematuhi garisan trend dengan volum yang rendah
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
XOM (Global): Exxon Mobil kuanter minyak! Perlu lepasi R!MACD bersilang di kawasan Bullish, EMA20 telah bersilang EMA200 dan telah membentuk double bottom. Trend adalah Bullish. Terdapat 2 kemungkinan disebabkan harga tidak berjaya melepasi resistance USD51.37. Kemungkinan pertama, harga akan menguji semula paras BO iaitu USD43.73, Jika terdapat pantulan, maka harga akan menguji semula paras USD51.37, Jika berjaya melepasi, maka harga akan naik sehingga ke paras USD63.73. Kemungkinan kedua, harga akan menguji semula paras BO iaitu USD43.73, Jika berjaya tembus, maka harga akan terus turun ke paras USD39.00. Pergerakan kuanter berasaskan minyak akan ikut apa yang berlaku pada harga minyak dunia. TAYOR