Meem

XOM: Mampukah Meneruskan Kenaikan?

NYSE:XOM   Exxon Mobil
Saham syarikat Exxon Mobil Corporation dilihat membuat 'breakout' melepasi rintangan beberapa hari dagangan sebelum ini

Harga ketika 'breakout' berlaku dilihat membuat jurang kenaikan melepasi kawasan rintangan corak carta segi tiga menaik
Volum ketika 'breakout' berlaku juga dilihat tinggi daripada volum purata daganga harian
Walaubagaimanapun pembentukan lilin merah yang disertai volum pada hari seterusnya dilihat agak merisaukan
Petunjuk RSI pada selang masa mingguan juga dilihat seakan membentuk 'divergence' ketika harga membuat tinggi baharu
Walaubagaimanapun, tidak mustahil untuk harga meneruskan kenaikan terutamanya jika terdapat pemangkin yang mendorong pergerakan pasaran
Harga dilihat masih lagi berada di atas MA50 harian yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Trend secara jangka masa panjang dilihat masih lagi cenderung bergerak dalam trend menaik

Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.