idea dagangan DX.F
Penunjuk US Dollar IndeksAdakah USD akan menguat atau melemah?
Persoalan yang selalu ditanya-tanya oleh semua orang
kerana, sedikit sebanyak akan mempengaruhi banyak perkara
- saham import/export
- harga minyak yang bakal diapungkan
- kekuatan USDMYR
- dan lain-lain
Kelihatan telah break saluran ke atas, tetapi, kelihatan indek USD tidak menjunam
malah, dilihat ia membuat base yang baru
bermain di kawasan 96-97.75
perhatikan jika break ke arah mana untuk memecut
Mengapa masih dalam compression?
kerana sentimen yang bercampur baur
- latest FOMC, powell mengatakan akan ada kenaikan 2x interest rate lagi
- walaubagaimanapun, ekonomi tidak menentu, pasaran saham turun
- trump marah dengan Fed yang ingin menaikkan interest rate
- isu trump ingin pecat dan menggantikan Powell selepas FOMC
- isu US shutdown atas sebab budget wall
- jika market crash, USD akan menaik kerana, US-BOND menaik
PITCHFORK - Indeks US Dolar (High Probability - Bearish) - 20193 PELUANG Pasaran bagi Tahun 2019
1. Indeks US Dolar ( DXY )
2. Spot Gold ( XAUUSD )
3. EURUSD ( EURO )
Analisis Indeks US Dolar (DXY) bagi pergerakkan tahun depan 2019
Pergerakkan jangka masa panjang ini adalah berdasarkan Teknikal Analisis Andrew's Pitchfork
dimana kita dapat melihat harga kini berada tepat di Upper Line (Resistance) dan akan membuat 'Retest' dan berdasarkan peraturan Pitchfork
1. Tinggi keberangkalian Reversal di Upper Line
2. Berlaku 'Consolidation' Upper Line (Tidak menembusi 'Resistance' Kuat)
2. Jika ya, Harga boleh menuju kearah Median Line
3. Harga akan membuat 'Correction' atau retest di kawasan Median
4. Tinggi keberangkalian menembusi Median untuk kearah Lower
5. Jangkaan Bearish 'ABCD' pattern akan berlaku
Analisis ini juga boleh digabung antara Indeks US Dolar ( DXY ) dan Matawang Asing (Major Pair) sebagai panduan untuk berdagang
( DXY ) berdasarkan peraturan pitchfork harga yang berada di Upper Line (Tinggi Keberangkalian untuk jatuh dalam masa terdekat dikawasan ini!) Jika YA, ini juga menunjukkan kelemahan US Dolar sedang bermula
Bagaimanakah Trader boleh manfaat dari analisis ini?
1. Menjadikan Indeks ini sebagai panduan bagi kekuatan/kelemahan Matawang US Dolar
2. Kejatuhan jangkaan -1000 points (Upper to Lower)
Terima Kasih!
Pautan Analisis yang lain:-
3 PELUANG Pasaran bagi Tahun 2019
1. Indeks US Dolar ( DXY )
2. Spot Gold ( XAUUSD )
3. EURUSD ( EURO )
Analisa DXYBismillah .
DXY di timeframe besar weekly kelihatan sedang menguji level penting . Secara am nya , DXY berada dalam mode bullish .
Harga pada minggu lepas di tutup dengan berlaku rejection di garis minor trendline dengan harga masih lagi gagal memecah ascending channel .
Pengukuhan USD berlaku semenjak kenaikan interest rate FED pada bulan 3 yang lalu .
Semenjak kenaikkan interest rate kali pertama dari 1.50% kepada 1.75% pada tahun ini yang berlaku pada 21 march yang lalu , harga telah berjaya memecah kawasan sideway .
Kenaikan seterusnya dari 1.75% kepada 2.00% pada 13 jun yang lepas . Dengan dua kali lagi kenaikan dijangka akan berlaku pada FOMC meeting pada bulan ini dan bulan 12 akan datang .
Dan harga terus dipacu kenaikan nya dengan gaya tightening policy bank pusat us tersebut . Dengan kenaikan ini menjadikan bank pusat us antara yang terpantas dalam menaikkan kadar faedah mereka .Seterus nya menjadikan dollar dalam keadaan demand .
Akan tetapi . ada beberapa faktor yang mungkin menghalang pengukuhan USD .
Antara nya Presiden US sendiri , Mr trump .Gaya Mr trump yang tidak berapa gemar dengan usd mahal kerana.
Hal ini dapat dilihat dengan kritikan terbuka Mr trump terhadap dasar policy FED dan beberapa siri tweet trump yang menunjukkan betapa Dollar yang semakin mahal tidak menggembirakn Mr Presiden US .
Dollar yang mahal akan membuatkan Mr Trump tewas dgn China dalam trade war yang dicetuskan oleh beliau sendiri .
Dari segi teknikal ,
kita dapat melihat telah terbentuk candle stick evening star .
Dengan terbentuknya candle ini,memberi isyarat jelas yang US Dollar berpeluang untuk dijual .
Selagi mana DXY tidak memecah harga tertinggi tahun ini , selagi itu peluang wujud untuk menjual us dollar .
wallahu`alam .
p/s
ini adalah pendapat daripada penulis dan tidak mewakili mana mana pihak .
Berdaganglah dengan berhemah .