TVC:DXY   Indeks Mata Wang Dolar A.S.
Bismillah .

DXY di timeframe besar weekly kelihatan sedang menguji level penting . Secara am nya , DXY berada dalam mode bullish .

Harga pada minggu lepas di tutup dengan berlaku rejection di garis minor trendline dengan harga masih lagi gagal memecah ascending channel .

Pengukuhan USD berlaku semenjak kenaikan interest rate FED pada bulan 3 yang lalu .

Semenjak kenaikkan interest rate kali pertama dari 1.50% kepada 1.75% pada tahun ini yang berlaku pada 21 march yang lalu , harga telah berjaya memecah kawasan sideway .

Kenaikan seterusnya dari 1.75% kepada 2.00% pada 13 jun yang lepas . Dengan dua kali lagi kenaikan dijangka akan berlaku pada FOMC meeting pada bulan ini dan bulan 12 akan datang .

Dan harga terus dipacu kenaikan nya dengan gaya tightening policy bank pusat us tersebut . Dengan kenaikan ini menjadikan bank pusat us antara yang terpantas dalam menaikkan kadar faedah mereka .Seterus nya menjadikan dollar dalam keadaan demand .

Akan tetapi . ada beberapa faktor yang mungkin menghalang pengukuhan USD .

Antara nya Presiden US sendiri , Mr trump .Gaya Mr trump yang tidak berapa gemar dengan usd mahal kerana.

Hal ini dapat dilihat dengan kritikan terbuka Mr trump terhadap dasar policy FED dan beberapa siri tweet trump yang menunjukkan betapa Dollar yang semakin mahal tidak menggembirakn Mr Presiden US .


Dollar yang mahal akan membuatkan Mr Trump tewas dgn China dalam trade war yang dicetuskan oleh beliau sendiri .


Dari segi teknikal ,

kita dapat melihat telah terbentuk candle stick evening star .

Dengan terbentuknya candle ini,memberi isyarat jelas yang US Dollar berpeluang untuk dijual .

Selagi mana DXY tidak memecah harga tertinggi tahun ini , selagi itu peluang wujud untuk menjual us dollar .

wallahu`alam .

p/s

ini adalah pendapat daripada penulis dan tidak mewakili mana mana pihak .

Berdaganglah dengan berhemah .
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.