QQQNASDAQ:QQQ Berada di atas line hijau ST Grab. NASDAQ:QQQ STACKED EMA 15min warna hijau. oleh arshad19863
QQQ 12/6/22-sebab seseorang tidak digalakkan membeli stage 4 stock -what goes lower, will go loweroleh gjh1013140
4 perkara yang perlu diingat mengenai pasaran bearisHai Semua! 👋 Fuh, ianya 5 minggu yang padat. Aset-aset secara keseluruhannya berasap, dengan beberapa lilin-lilin bulanan besar di sana sini. Untuk pedagang kripto, Bitcoin, Ethereum, dan beberapa aset-aset kripto lain telahpun dipotong separuh, atau lebih. Walaupun S&P 500 turun hanya 13-14% dari ketinggian tertinggi, ia lebih selamat untuk mengatakan bahawa selepas larian bulis besar di dalam hampir semua yang kita lihat dalam masa dua tahun lepas, kita sekarang secara rasminya berada di dalam satu pasaran bearis. Kerana ini mungkin pasaran bearis pertama yang dilalui oleh banyak orang di dalam komuniti kami, kami fikir ia akan membantu untuk meletakkan sedikit panduan untuk perkara-perkara penting untuk diingat mengenai pasaran bearis, untuk membantu semua melalui rejim pasaran baru ini. Jom mula! 1.) Ketidakstabilan membuatkan posisi anda kelihatan besar di dalam terma P/L 💥 Pasaran bearis selalunya membawa lebih banyak ketidakstabilan di dalam harga aset daripada pasaran bulis. Dalam 20 hari lepas, kami telah melihat satu pergerakan purata harian di dalam indeks dalam 3%, iaitu lebih besar daripada purata 20 hari dikumpul pada 2021 iaitu dalam 0.9%. Dengan jumlah modal yang sama, kenaikan dalam julat purata ini bermaksud di dalam terma $$, pergerakan P/L anda berkemungkinan menjadi lebih besar dari "biasa". Pada bulan Mac 2020, purata julat harian di dalam S&P 500 adalah lebih dari 5%! Ini adalah penting untuk diketahui, kerana P/L boleh memberikan impak besar pada psikologi pedagang. Banyak pengurus wang dan dana lindung nilai professional mengawal untuk faktor ini, mengurangkan pendedahan untuk mengekalkan ketidakstabilan portfolio harian hampir kepada sasaran mereka. Beberapa dana-dana adalah dimandatkan untuk melakukan ini. Walaupun anda adalah bebas untuk melakukan apa yang anda mahu di dalam pelan dagangan anda, ini ada jangkaan utama untuk diingati! Jangkakan pergerakan-pergerakan lebih besar dari normal. 2.) Pasaran bearis secara puratanya adalah selama 2 tahun 📉 Nombor 2 tahun selalunya merujuk kepada lama mana purata *saham* pasaran bearis berlaku. Sepanjang dalam Kripto, jumlah purata pasaran bearis adalah dalam masa 9 bulan. Sebagai perbandingan, di dalam saham, purata pasaran bulis adalah selama lebih dari 6 tahun. Jadi, walaupun pasaran bearis adalah lebih cepat daripada tempoh pertumbuhan di dalam ekuiti, mereka juga selalunya lebih diingati. Baru-baru ini, pasaran bearis telah menjadi semakin pendek dan pendek - pasaran bearis terakhir pada 2020 terjadi hanya dalam beberapa bulan. Ada yang menyimpulkan ini kepada Fed masuk campur dengan lebih dan lebih, manakala ada yang menyatakan infrastruktur komunikasi yang lebih baik yang kita nikmati pada abad ke 21 membenarkan maklumat untuk dihargakan dengan lebih pantas. Walaupun arah aliran kelihatannya menuju kepada pasaran bearis yang semakin pendek dan pendek, mereka masih boleh berlangsung selalunya lebih lama daripada yang dijangka. Laraskan jangkaan dengan sewajarnya! 3.) Tunai adalah satu posisi 💵 Walaupun inflasi USD adalah sekarang tinggi, berada pada 7-10% (bergantung pada nombor mana yang anda lihat), kuasa belian untuk satu Dollar A.S. adalah tidak banyak berubah, hari ke hari. Kuasa belian untuk satu saham SPY berubah BANYAK lebih laju, setiap hari, dan baru-baru ini, ia telah kehilangan kuasa belian dengan SANGAT laju. Perkara paling penting untuk diingati pada pasaran bearis adalah kekal hidup adalah *YANG* paling penting. Asalkan anda tidak memecahkan akaun anda, anda masih boleh hidup untuk berjuang satu hari lagi. Melarikan diri daripada aset-aset yang berprestasi buruk untuk tunai adalah satu pilihan. Ini adalah yang terjadi sekarang. Jika anda lihat pada kelas-kelas aset besar, orang ramai kelihatan lari kepada tunai. Bon, Saham, Emas, Kripto - semuanya dijual untuk mendapatkan tunai. Di dalam persekitaran "Keluar risiko", selalunya pemain-pemain konservatif akan bertukar dari aset-aset berisiko seperti saham kepada sesuatu yang "lebih selamat" seperti bon perbendaharaan. Boleh dikatakan, dengan kenaikan Fed dan inflasi melonjak tinggi, ia kelihatan seperti orang ramai melepaskan hasil 3% yang mereka boleh dapatkan di dalam bon kepada fleksibiliti sepenuhnya yang diberikan oleh wang tunai. Pilihan lain untuk lindung nilai adalah untuk menjual singkat aset-aset yang anda fikir akan berprestasi kurang, atau membeli puts pada portfolio anda (jika boleh). Anda boleh melihat secara terus harga tidur pada pasaran option. 4.) Memilih harga dasar adalah sukar 🎣 Walaupun ianya tugas kita sebagai pedagang untuk mencari peluang-peluang yang mempunyai satu nilai dijangkakan positif, memilih harga dasar secara sejarahnya adalah sangat mencabar. Pada kejatuhan pasaran 2020, banyak dana lindung nilai yang terkemuka yang kurang melindung nilai termasuk di dalam kejatuhan, dan terlebih lindung nilai berjaya keluar daripadanya. Secara efektif, beberapa orang yang paling bijak di dunia melakukan kesilapan dalam memilih di mana dasar yang sebenarnya terjadi. Kecuali anda mempunyai satu strategi jangka sangat panjang yang membenarkan penggunaan modal secara konsisten sepanjang masa (DCA), cubaan untuk memilih dasar di dalam pasaran menurun boleh menjadi satu strategi nisbah% bat yang sangat rendah. Baik. Itu sahaja. 4 perkara yang perlu diingati untuk orang-orang baru di dalam pasaran bearis. Seperti yang kami telah maklumkan, perkara paling penting untuk dilakukan di dalam satu pasaran yang lebih sukar adalah kekal hidup! 🐻 Selamat berhujung minggu! 😄 - Pasukan TradingViewPendidikanoleh TradingView9
Penggunaan Saluran Regresi LinearSaluran Regresi Linear adalah cara yang baik untuk mengenalpasti aras utama yang berpotensi untuk aksi harga masa hadapan dengan menggambarkan distribusi normal sebuah trend. Semasa menggunakan alat Trend Regresi(terletak di panel lukisan di bawah kumpulan "Alat Garis Trend")dua titik pada trend dipilih, biasanya pada awal dan akhir trend. Apabila dua titik pada carta dipilih, distribusi normal data dikira antara dua titik yang dipilih dan dipaparkanda dalam bentuk saluran regresi linear. Garis tengah dalam saluran ini ialah Garisan Regresi Linear atau Purata, dan garis atas dan bawah adalah sisihan piawai Atas dan Bawah daripada purata seperti yang ditentukan dalam tetapan alat ( tetapan lalai adalah sisihan piawai +2 dan -2 daripada purata) Korelasi hubungan linear dipaparkan sebagai koefisien korelasi Pearson atau Pearson R. Ia boleh dipaparkan atau disembunyikan di carta dengan memilihnya di menu gaya. Pearson R menunjukkan kekuatan korelasi dan arahnya, dengan nilai bergerak di antara -1 dan 1. Semakin jauh Pearson R bergerak dari sifar, kekuatan hubungan linear antara harga dan masa meningkat. Semasa menggunakan alat Trend Regresi, Pearson akan sentiasa ditetapkan sebagai nilai mutlak(positif), tetapi arah trendnya boleh dikenalpasti secara visual. Pembalikan purata Apabila trend regresi mempunyai korelasi tinggi, ini disebabkan konsistensi aksi harga berada di sepanjang purata (garis tengah), dengan lebih sedikit poin yang bergerak di atas dan di bawah garis purata ke atas dan bawah aras sisihan piawai. Salah satu cara untuk melakukan perdagangan saluran regresi linear adalah dengan berdagang aksi harga apabila ia bergerak dari dan balik ke purata. Semasa menggunakan alat ini, harap maklum bahawa saluran yang mempunyai lebih banyak bar dan korelasi yang tinggi akan lebih cenderung bergerak dalam trend itu berbanding saluran yang mempunyai beberapa bar dan korelasi yang tinggi. Panjang trend ini harus dipertimbangkan semasa berdagang dengan saluran ini. Dengan alat Trend Regresi, anda boleh mulai memanfaatkan analisis statistik dalam strategi perdagangan anda hanya dengan beberapa klik!Pendidikanoleh TradingView8