TSLA: Mampukah Membuat Kenaikan?Saham syarikat Tesla dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Jika diperhatikan, pergerakan harga seakan membentuk corak carta cawan dan pemegang
Kedudukan terkini harga juga dilihat masih lagi bertahan di atas MA50 mingguan
RSI mingguan dan harian kedua-duanya dilihat berada di atas paras pertengahan
Walaubagaimanapun selagimana harga belum memecahkan rintangan, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga memecahkan corak carta dengan volum
Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
idea dagangan TSLA
TSLA (NASDAQ)Pelan Pelaburan
- Limit Belian -
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Biru
Ambil Untung: Garisan Putus-Putus Warna Merah
Target Keuntungan: 15%
Target Kerugian: 5%
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:3
Tip untuk membuat entri: Entri apabila terdapat pengesahan paten pembalikan arah berdasarkan selang masa m15 semasa harga masuk ke dalam zon belian atau jualan bagi mengurangkan risiko rugi. Sekiranya tiada pengesahan pembalikan arah dan pasaran mengesahakan paten penerusan, maka entri berdasarkan trend ketika harga menguji semula zon tersebut.
Berdagang Atas Risiko Anda Sendiri (BARAS)
TSLA: SegitigaSaham syarikat Tesla dilihat membuat kejatuhan sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Terkini, pergerakan harga dilihat bergerak mendatar membentuk corak carta segitiga simetri
Volum dilihat seiring dengan pergerakan harga yang mendatar di dalam sokongan dan rintangan corak carta
Perlu diingat, corak carta segi tiga adalah kebiasaannya menunjukkan kesediaan harga untuk menyambung trend sedia ada
Namun, tidak mustahil juga untuk harga membuat kenaikan terutamanya sekiranya terdapat sebarang pemangkin pergerakan
Ke mana halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
TSLA (GLOBAL)Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64! Sempena hari Merdeka ni, saya nak berkongsi analisa 64 kuanter iaitu 30 Bursa Malaysia, 30 DowJones/Nasdaq, 3 Komoditi dan 1 Kripto! untuk pembelajaran kita semua.
Teknik : Persilangan EMA21&50 + Sokongan & Rintangan
Selang Masa : Minggu (Bursa) & 4Jam (DowJones/Nasdaq, Komoditi & Kripto)
Entri Belian/Jualan : Kotak biru (Risiko Rendah) atau Garisan hitam (Risiko Sederhana) atau Garisan trend hitam (Risiko Rendah) atau Garisan hijau (Risiko Tinggi)
Ambil Untung : Ikut Nisbah Risiko dan Ganjaran masing-masing
Mudahkan teknik Melabur. Hanya kawal emosi. Pasaran bukan kita punya. Pelan Nisbah Risiko dan Ganjaran. Melabur dengan Ilmu. Insha Allah berjaya
TAYOR
#AnalisaTraderBilisMAAMTraderz
#TeknikMudah
#PasaranBukanKitaPunya
#XRugiXUntung
TESLA akan menuju ke Harga tertinggi dalam Sejarah PenubuhannyaTesla, Inc. (TSLA)
Disenaraikan - Nasdaq, USA.
Kapital Pasaran : $ 697.852 Billion
Info Syarikat: -
Tesla, Inc. adalah syarikat Merekabentuk ,merancang, mengembangkan, mengeluarkan, menyewakan, dan menjual kenderaan elektrik, dan sistem penjanaan dan penyimpanan tenaga di Amerika Syarikat, China, dan antarabangsa. Syarikat ini beroperasi dalam dua segmen, Automotif, dan Penjanaan dan Penyimpanan Tenaga. Segmen Automotif menawarkan kenderaan elektrik, dan juga menjual kredit peraturan automotif. Ia menyediakan sedan dan kenderaan utiliti sukan melalui penjualan kenderaan langsung dan terpakai, rangkaian Tesla Supercharger, dan peningkatan dalam aplikasi; dan membeli perkhidmatan pembiayaan dan pajakan.
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini berada di Gelombang besar lima & telah memulakan pergerakkan menaik ke atas serta akan membuat corak Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal ) untuk meneruskan Gelombang Kecil besar 5
bagi sasaran Gelombang 5 akan kerap berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 50% 78.6% &100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127.2% ( Jangkaan Masa - 8-10 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
TESLA (Nasdaq)Teknik : Penawaran & Permintaan + Sokongan & Rintangan
Selang Masa : Minggu
Entri Belian/Ambil Untung Jualan : Kotak biru (Risiko Rendah) atau Garisan hitam (Risiko Sederhana) atau Garisan trend hitam (Risiko Rendah) atau Garisan hijau (Risiko Tinggi)
Entri Jualan/Ambil Untung Belian : Kotak merah atau Garisan Merah
Mudahkan teknik Melabur. Hanya kawal emosi. Pasaran bukan kita punya. Pelan Nisbah Risiko dan Ganjaran. Melabur dengan Ilmu. Insha Allah berjaya
TAYOR
Tesla - Lebih kejatuhan di hadapan?Analisis Tesla
Kelihatan Tesla telah membuat 3 gelombang korektif di paras fibo 0.618%. Admin tidak menolak kemungkinan yang Tesla mungkin berisiko untuk turun semula selepas correction ini, memandangkan Tesla telah membuat 5 gelombang kejatuhan yang jelas sebelum ini.
Sila berhati hati.
Abang Doji.
TSLA - membuat koreksi ? ( journal & kajian bersama )1.jangkaan konter ini akan membuat sedikit koreksi berdasarkan confluence moving average dan oscillators
2. jika ini berlaku pedagang boleh mengambil peluang untuk konter elon musk ini.
3. berjayakah membuat ATH setelah perkara 1& 2 terjadi ?
mari kita kaji bersama2.
NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli atau menjual instrumen ini
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma13ma50&goldencross
#4eDucationOnly
#lessISmore.
TSLA (Global): TESLA Zon Belum Diuji!Tedapat 2 zon belum diuji. Harga perlu menguji kedua-dua kotak putih tersebut untuk harga terus menaik dengan sihat. Kenapa harga perlu naik dengan sihat, kalau tidak sihat apa akan terjadi? Jika kita berada dalam strategi panjang, terdapat risiko yang mana harga pada bila2 masa akan jatuh ke kawasan yang belum diuji. Kenaikan harga yang sihat adalah apabila harga break sesuatu point sama ada paras resistance atau support, harga perlu menguji point tersebut dan wajib berlaku penolakan yang akan membuatkan pengesahan aliran tersebut betul. TAYOR.
MAAMTraderz Muhamad Asrul