idea dagangan CRWD
CRWD: Kepala & BahuSaham syarikat Crowdstrike Holdings Inc dilihat bergerak membuat pembetulan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Jika diperhatikan pergerakan harga dilihat seakan membentuk corak carta kepala & bahu
Harga dilihat masih lagi bertahan di atas sokongan corak carta berkenaan dan membuat kenaikan semula
Analisa volum walaubagaimanapun mendapati masih terdapat minat belian berdekatan paras sokongan RBS
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat masih berada di bawah garisan pertengahan namun belum memasuki 'oversold'
Harga dikatakan cenderung membuat penurunan sekiranya terdapatnya 'breakout' memecahkan sokongan dengan volum
Ke mana halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
CRWD (GLOBAL)Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64! Sempena hari Merdeka ni, saya nak berkongsi analisa 64 kuanter iaitu 30 Bursa Malaysia, 30 DowJones/Nasdaq, 3 Komoditi dan 1 Kripto! untuk pembelajaran kita semua.
Teknik : Persilangan EMA21&50 + Sokongan & Rintangan
Selang Masa : Minggu (Bursa) & 4Jam (DowJones/Nasdaq, Komoditi & Kripto)
Entri Belian/Jualan : Kotak biru (Risiko Rendah) atau Garisan hitam (Risiko Sederhana) atau Garisan trend hitam (Risiko Rendah) atau Garisan hijau (Risiko Tinggi)
Ambil Untung : Ikut Nisbah Risiko dan Ganjaran masing-masing
Mudahkan teknik Melabur. Hanya kawal emosi. Pasaran bukan kita punya. Pelan Nisbah Risiko dan Ganjaran. Melabur dengan Ilmu. Insha Allah berjaya
TAYOR
#AnalisaTraderBilisMAAMTraderz
#TeknikMudah
#PasaranBukanKitaPunya
#XRugiXUntung
CRWD LONGCRWD telah pecah cawan dan pemegang dan telah menguji semula garis leher ini.
ia juga telah melengkapkan bintang pagi atau tukul dengan gap dan volume tinggi dan meninggalkan batang lilin hijau panjang pada sesi terakhir.
ia berada pada paras tertinggi dalam sejarah dan sokongan berada pada paras 251.3.
Crowdstrike : Terhalang di zon rintangan (E01)CrowdStrike Holdings, Inc. adalah syarikat teknologi keselamatan siber yang berpangkalan di Sunnyvale, California. Ia menyediakan keselamatan endpoint, perisikan ancaman, dan perkhidmatan tindak balas cyberattack.
1. Crwd dilihat berada di dalam fasa menurun apabila mencipta paras LL dan LH secara berturut2.
2. Crwd dilihat terhalang dari mencipta paras HH terbaru apabila terhalang di zon rintangan.
3. Saiz candle yg terbentuk yg semakin kecil menandakan volatility semakin berkurangan dan berpotensi utk Crwd memasuki fasa sideways sebelum meneruskan arah seterusnya.
4. Dijangkakan Crwd akan kembali meneruskan penurunan sekiranya ia gagal kekal di atas paras sokongan terhampir di sekitar $52.23.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.