idea dagangan META
META (NASDAQ)Pelan Pelaburan
- Limit Belian -
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Biru
Ambil Untung: Garisan Putus-Putus Warna Merah
Target Keuntungan: Minimum 10%
Target Kerugian: Maksimum 5%
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:2
Tip untuk membuat entri: Entri apabila terdapat pengesahan paten pembalikan arah semasa harga masuk ke dalam zon belian atau jualan bagi mengurangkan risiko rugi. Sekiranya tiada pengesahan pembalikan arah dan pasaran mengesahakan paten penerusan, maka entri berdasarkan trend ketika harga menguji semula zon tersebut.
Berdagang Atas Risiko Anda Sendiri (BARAS)
META: BreakoutSaham syarikat Meta Platforms dilihat bergerak mendatar di dalam corak carta segi empat tepat
Terkini, saham syarikat terbabit dilihat membuat jurang kejatuhan setelah pengumuman CPI dilaporkan pada malam tadi
Candlestick harian dilihat tutup dengan lilin marubozu memecahkan sokongan corak carta terbabit
Volum harian dilihat tinggi ketika berlakunya 'breakout' menunjukkan minat jualan yang kuat pada malam semalam
Petunjuk RSI harian dan mingguan kedua-duanya dilihat berada di bawah paras pertengahan dan belum memasuki kawasan oversold
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
META: Segi Empat TepatSaham syarikat Meta Platforms dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika dilihat secara keseluruhan, pergerakan harga dilihat masih bergerak mendatar di dalam corak carta segi empat tepat
Harga dilihat masih lagi berada di bawah garisan trend menurun dan masih mematuhi garisan terbabit sebagai rintangan terdekat
Volum dilihat masih lagi mendatar menunjukkan masih belum terdapat minat belian
Walaubagaimanapun divergence dilihat telah terbentuk pada petunjuk RSI mingguan tatkala harga membuat penurunan (tidak ditunjukkan)
Namun selagimana garisan arah aliran menurun belum dipecahkan harga dianggap belum kembali menaik sepenuhnya
Terkini, masih belum terdapat tanda kekuatan untuk harga bergerak membuat kenaikan
Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
FB: Divergence Kenaikan Tersembunyi?FB pada selang masa mingguan dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan lalu mematuhi saluran menaik
Harga pada ketika ini dilihat berada berdekatan dengan paras sokongan saluran dan juga sokongan dinamik MA50 mingguan
Jika diperhatikan pada histogram MACD, pergerakan harga seakan telah membentuk 'divergence kenaikan tersembunyi' tatkala harga turun membuat 'low' yang baharu berdekatan dengan sokongan saluran menaik terbabit
RSI mingguan bagaimanapun dilihat masih berada di paras pertengahan dan belum menunjukkan kehadiran momentum yang kuat
Lilin pada selang masa mingguan juga dilihat masih menguji dan berada di bawah rintangan MA200 harian (tidak ditunjukkan)
Mampukah bertahan atau terus membuat kejatuhan?
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
FB (GLOBAL)Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64! Sempena hari Merdeka ni, saya nak berkongsi analisa 64 kuanter iaitu 30 Bursa Malaysia, 30 DowJones/Nasdaq, 3 Komoditi dan 1 Kripto! untuk pembelajaran kita semua.
Teknik : Persilangan EMA21&50 + Sokongan & Rintangan
Selang Masa : Minggu (Bursa) & 4Jam (DowJones/Nasdaq, Komoditi & Kripto)
Entri Belian/Jualan : Kotak biru (Risiko Rendah) atau Garisan hitam (Risiko Sederhana) atau Garisan trend hitam (Risiko Rendah) atau Garisan hijau (Risiko Tinggi)
Ambil Untung : Ikut Nisbah Risiko dan Ganjaran masing-masing
Mudahkan teknik Melabur. Hanya kawal emosi. Pasaran bukan kita punya. Pelan Nisbah Risiko dan Ganjaran. Melabur dengan Ilmu. Insha Allah berjaya
TAYOR
#AnalisaTraderBilisMAAMTraderz
#TeknikMudah
#PasaranBukanKitaPunya
#XRugiXUntung
FB (Global) : Kenaikan Dalam 2 Keadaan!Harga memantul di garisan EMA200 dan MACD sedang menghala ke kawasan Bullish. Harga akan cuba paras resistance iaitu USD287.75. Jika berjaya tutup di atas paras tersebut, harga akan terus naik ke paras USD313.73. Namun jika gagal melepasi harga tersebut, harga akan retrace dahulu ke sekitar paras USD255.64 sebelum meneruskan kenaikan ke paras USD313.73. TAYOR