NIO (GLOBAL)Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64! Sempena hari Merdeka ni, saya nak berkongsi analisa 64 kuanter iaitu 30 Bursa Malaysia, 30 DowJones/Nasdaq, 3 Komoditi dan 1 Kripto! untuk pembelajaran kita semua.
Teknik : Persilangan EMA21&50 + Sokongan & Rintangan
Selang Masa : Minggu (Bursa) & 4Jam (DowJones/Nasdaq, Komoditi & Kripto)
Entri Belian/Jualan : Kotak biru (Risiko Rendah) atau Garisan hitam (Risiko Sederhana) atau Garisan trend hitam (Risiko Rendah) atau Garisan hijau (Risiko Tinggi)
Ambil Untung : Ikut Nisbah Risiko dan Ganjaran masing-masing
Mudahkan teknik Melabur. Hanya kawal emosi. Pasaran bukan kita punya. Pelan Nisbah Risiko dan Ganjaran. Melabur dengan Ilmu. Insha Allah berjaya
TAYOR
#AnalisaTraderBilisMAAMTraderz
#TeknikMudah
#PasaranBukanKitaPunya
#XRugiXUntung
idea dagangan NIO
#NIO Pembelajaran kes Gelombang 5 berpanjangan / Lanjutan Garis Panduan
• Impuls biasanya mempunyai lanjutan pada salah satu gelombang motif (sama ada gelombang 1, 3, atau 5)
• Sambungan adalah dorongan memanjang dengan pembahagian yang dibesar-besarkan
• Penyambungan sering berlaku pada gelombang ketiga di pasaran saham dan pasaran forex. Pasaran komoditi biasanya mengembangkan sambungan pada gelombang kelima
Nota :
* JIka berlakunya Pemanjangan gelombang
1. Jika ada Pemjangan Gelombang 1 dari Gelombang 3 maka Gelombang 5 panjangnya tidak melebihi panjangnya Gelombang 3
2. Jika pemanjangan gelombang 5 dari Gelombang 3 maka Gelombang 1 tidak panjang dari Gelombang 3
Analisa & Tindakan
* Selalunya jika pemanjang gelombang Satu, ini berlaku kerana terdapatnya keadaan pasaran harga yang mendatar yang terlalu lama.
* Pemanjangan Gelombang Kelima & ketiga adalah akibat dari berlakunya keadaan pasaran yang momentum sangat kuat & berterusan .
dalam kes ini - bagi mecari sasaran gelombang Kelima , kita perlu mengunakan Alat Fibonaaci Extension untuk mengetahui sasaran gelombang kelima berakhir.
Cara-caranya - Tarik Fibo Extension dari Poin paling bawah gelombang satu hingga ke poin gelombang 3 dan kemudian tarik ke bawah semula poin gelombang Empat berakhir,
Seterusnya sasarannya Gelombang Kecil 3 dalam Gelombang besar Kelima adalah pada 161.8% Fibo Extension ( Sila Lihat pada Carta kaunter #NIO
Nota:-
*Buat latihan selalu dalam pengiraan Gelombang
*Semoga Bermanfaat
Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
30-Jan-2021: NIO (saham yang berpotensi dan masih murah)Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ini adalah salah satu saham yang berada dalam bidang EV
mendapat suntikan dana dan sokongan daripada kerajaan china
dari sudut teknikal...
Harga berlegar di kawasan RBS
Perhatikan sekiranya ada anjakan@momentum kuat di kawasan flag
Perhatikan juga sekiranya ada pergerakan big player/volume
Semoga bermanfaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
NIOBerdasarkan analisis saya:
1. NIO membentuk segitiga simetri (11 Nov> 20 Nov - 8 hari).
2. Stochastic menunjukkan bias kenaikan harga.
3. MA 20, 50 & 200 menunjukkan NIO dalam trend menaik.
4. Sasaran saya untuk TP (1) 54.35 USD, (2) 56.25 USD & (3) 58.50 USD.
Syeikh Hafiz
Penganalisis Pasaran Saham
Saham Syarikat NIONIO
NIO Limited
Consumer Cyclical | Auto Manufacturers | China
NIO adalah kod bagi syarikat Nio Limited yang berada dalam kategori sektor pembuatan automobil.
Mengikut pemerhatian gelombang sahlun tentang saham ini adalah uptrend dalam tempoh 3 bulan lepas.
Dari segi kriteria syariah setakat hari ini, saham ini adalah Patuh Syariah.
PENAFIAN SAHLUN: Maklumat dan penerangan sebarang senarai saham, derivatif, komoditi, matawang kripto, bon , sukuk atau sebagainya yang dinyatakan adalah sebagai tujuan pendidikan semata-mata dan bukanlah saranan pembelian mahupun penjualan. Segala liabiliti risiko dagangan adalah diatas tanggungan sendiri. Anda hendaklah mendapatkan rujukan dan nasihat dari pakar dan konsultan bertauliah.
NIO membentuk segitiga selepas bersilang emasNIO
NIO Limited
Consumer Goods | Auto Manufacturers - Major | USA
Syarikat kereta automatik pandu sendiri dari China dari Lixiang Automotive, pengeluar kereta elektrik Nio juga antara pesaing kereta automatik Tesla di US. Kelihatan harga saham ini mempunyai minat belian dari persilangan emas yang dibuat. Juga sentimen harga telah membentuk segitiga.
TP1: 5.50
TP2: 4.50
SL1: 3.50
SL2: 3.00
NIOSHINHAI, China, 17 Nov, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) - NIO Inc. ("NIO" atau "Syarikat") (NIO), yang merupakan perintis di pasaran kenderaan premium China, hari ini mengumumkan bahawa Encik Wei Feng sedang menyertai Syarikat sebagai ketua pegawai kewangan baru (CFO), berkuatkuasa 18 November 2019.
William Li, pengasas dan ketua pegawai eksekutif NIO, berkata, "Bagi pihak Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan, saya teruja untuk mengalu-alukan Encik Feng ke NIO. Pengalaman kewangan dan operasi beliau dalam bidang yang berkaitan dengan automotif, bersama-sama dengan rekod pencapaian yang mengagumkan dalam penyelidikan ekuiti, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk memimpin pasukan kewangan kami. Khususnya dengan wawasannya yang mendalam ke dalam industri automotif, saya yakin Wei akan menjadi aset yang tidak ternilai untuk NIO kerana kami terus melaksanakan penglihatan jangka panjang kami. "
NIO cawan dah siap. Tunggu telinga pulak..SHINHAI, China, 17 Nov, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) - NIO Inc. ("NIO" atau "Syarikat") (NIO), yang merupakan perintis di pasaran kenderaan premium China, hari ini mengumumkan bahawa Encik Wei Feng sedang menyertai Syarikat sebagai ketua pegawai kewangan baru (CFO), berkuatkuasa 18 November 2019.
William Li, pengasas dan ketua pegawai eksekutif NIO, berkata, "Bagi pihak Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan, saya teruja untuk mengalu-alukan Encik Feng ke NIO. Pengalaman kewangan dan operasi beliau dalam bidang yang berkaitan dengan automotif, bersama-sama dengan rekod pencapaian yang mengagumkan dalam penyelidikan ekuiti, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk memimpin pasukan kewangan kami. Khususnya dengan wawasannya yang mendalam ke dalam industri automotif, saya yakin Wei akan menjadi aset yang tidak ternilai untuk NIO kerana kami terus melaksanakan penglihatan jangka panjang kami. "