idea dagangan US100
NASDAQ baru buat new high. Nampaknya NASDAQ berjaya pecah kotak sideway. Peluang cerah untuk sektor-sektor teknologi untuk ikut sama.
SAMA JUGAK ,PERLU CARI MOMENTUM BARU KEMBALINASDAQ lebih kurang sama DOW JONES, perlu retrace juga..namun carta mingguan menunjukkan corak lilin 'bullish engulfing'...jom sama-sama perhatikan apakah yang akan terjadi pada minggu ini.
MENDARAT DI MA50NASDAQ dan DOW JONES nampak lebih kurang sama ja pergerakan dia...Mungkin minggu ni dia akan mendongak kembali
JJAYO NASDAQNASDAQ pada 11600 mata sudah menjadi RBS.....Minggu ni mungkin ada kenaikan sikit lagi sebelum dia retrace
Nasdaq - Perlu bolosi garisan bawahAnalisis Nasdaq
Nasdaq seperti Index US yang lain, perlukan satu tujahan ke bawah untuk memecahkan garisan bawah aliran menurun.
Memecahkan aliran ini bakal menunjukkan kekuatan tren yang dikaitkan dengan gelombang 3 Elliott Wave.
Sudut kejatuhan juga masih landai menunjukkan tiada daya impulsif yang wujud.
Paras invalidasi adalah bull-bear line. Sekiranya dibolosi, admin cenderung mengatakan kejatuhan sudah tamat.
Abang Doji.
Nasdaq - 0.618 Fibo Top?Kemaskini Nasdaq -
Nasdaq sudah berada di paras 0.618 carta mingguan.
Untuk darjah yang lebih kecil, kelihatan ada kemungkinan bahawa Nasdaq telah menyiapkan 5 dari 5 gelombang kenaikan. Kejatuhan tempohari adalah lebih besar dari puncak Mid February sebelum kejatuhan Corona Virus.
Admin lukiskan 3 channel menaik Nasdaq yang semakin lama semakin tinggi darjah kenaikan. Ini berpotensi untuk menjadi Klimaks Belian untuk Gelombang 5 dalam Elliott Wave.
Mari kita ikuti seterusnya.
Abang Doji.
NASDAQ 100Berdasarkan analisis saya:
1. NAS100USD sekarang telah membentuk doji pada paras sokongan yang kuat.
2. Tambahan lagi, NAS100USD berada pada paras 0.618 fibo.
3. Stochastic menunjukkan bias kenaikan telah ada .
4. Sekiranya NAS100USD memecahkan paras sokongan tersebut, paras harga seterusnya adalah 11,270USD.
Syeikh Hafiz
Penganalisis Pasaran Saham
Nasdaq : Gelombang Kelima yang mungkin MemanjangKemaskini Nasdaq:
Nasdaq kini sedang diniagakan di gelombang kelima, gelombang terakhir sebelum satu pembetulan.
Kelihatan seller sedang cuba membuat volume berhenti (Stopping Volume) di paras fibo 1.618%, seiring dengan hubungan biasa gelombang 3 = 1.618% gelombang 1.
Sekiranya gelombang ketiga berhenti di paras ini, maka gelombang kelima boleh jadi memanjang sehingga 4.618% paras fibo 1.
Nasdaq berada di paras rintangan bulanan yang kuat. Admin secara peribadi tidak menjangkakan bahawa Nasdaq boleh menutup harga di paras ini untuk bulan Ogos.
Abang Doji.
Nasdaq - 3000 mata kejatuhan di hadapanNasdaq mingguan:
Kelihatan Nasdaq sudah menyiapkan gelombang ketiga dalam darjah yang besar. Gelombang ketiga ini seakan sudah terhenti di paras 50% projeksi fibonacci (hubungan gelombang 5 = 50% gelombang 1 - gelombang 3).
Nasdaq sudah naik secara agresif dalam darjah kenaikan yang tinggi, hampir 90 darjah!
Pada ketika ini, admin ingin menyaksikan satu kejatuhan sekurang kurangnya 23.6% hingga 38.2% dari kenaikan sejak 2008. Bermakna hampir 3000 mata!
Sekiranya paras fibonacci 50% dibolosi, maka admin hampir pasti Nasdaq ingin mencari paras 61.8% untuk melengkapkan kitaran kenaikan.
Bersedialah.
Abang Doji.
FRIDAY1MInggu ini merupakan penutup kepada Quarter Report,
dan sebagai pembuka bulan JULAI NASDAQ BO dengan ada
sedikit lompatan comel. Kalau lihat pergerakkan harga saham,
pada minggu ini banyak kaunter-kaunter technology yang
turut sama BO seperti PENTA, GREATEC, DUFU, UWC
dan lain-lain lagi bahkan banyak kaunter yang membuat
All Time High. Semoga pembuka Julai ini memberi harapan
yang baik kepada semua pedagang dan pelabur.
12-MAC-2020: Perkembangan US30 vs NAS100Assalamualaikum dan selamat sejahtera;
Wah...
2nd pole untuk US30 dan siap malah berlebih2...
2nd pole untuk NAS100 dah hampir nak siap...
Kedua-dua pergerakan ini sangat2 bahaya dan menunjukkan petanda pre-C (malas nak sebut) yang makin kuat...
antara perkara yang menyebabkan ini berlaku adalah peningkatan kes covid yang menimbulkan panik dikalangan perusahaan di US yang sekaligus menyebabkan market menjunam... Rupanya bukan perang yang trigger kejatuhan, virus je
korang boleh rujuk balik pada post 11/3 dan 6/3
11/3 - pole dah terbentuk
6/3 - dah mencapai garisan bawah
hati2 semua. saya minggu ni memang cakap dari awal la... no position, dan tak nak masuk... mental boleh koyak dan menyebabkan rhythm lari ooo... So still study n RnD mode ja skrng ni...
Itu saja untuk coret2... mungkin agak tak berkaitan tapi seronok untuk dibincangkan