Ethereum — rangkaian blok rantai kedua paling popular di dunia — ialah satu rangkaian untuk mencipta aplikasi-aplikasi tidak terpusat pada blok rantai dan teknologi kontrak pintar (satu arahan yang secara automatiknya menjalankan terma perjanjian berdasarkan kepada algoritma yang diberikan). Ia ialah rantai yang melahirkan DeFi (decentralized finance) dan mencetuskan kegilaan NFT di mana berbillion-billion dolar dilaburkan di dalam mata wang kripto. Senang cakap, dia ialah salah seorang abang besar.