KLCI - Mungkinkah akan memecahkan Baji Menurun?Analisis Klci
Klci kini kelihatan sedang membuat corak baji menurun, juga dikenali sebagai Leading Diagonal dalam Elliott Wave.
Sekiranya Klci berjaya memecahkan garis tren atas, Klci mungkin akan membuat sedikit pantulan ke atas.
Sebaliknya sekiranya Klci pecah ke bawah, kemungkinan Klci akan terus menyempurnakan corak Kepala dan Bahu (Head and Shoulders).
Abang Doji.
idea dagangan FBMKLCI
Adakah KLCI bakal rebound dari trendline?KLCI nampaknya sedang bertahan di trendline. Sentimen vaksin dijangka memberikan suntikan dan kesan positif kepada market. Jika benar begitu, KLCI dijangka melantun dari trendline. Namun kenaikan KLCI pada masa hadapan dijangka bakal diganggu gugat oleh sentimen PRU yang sudah mula disebut-sebut.
FBMKLCI PERSPEKTIFMelihat dari kedudukan chart 4 jam, kelihatan FBMKLCI melakukan bullish harami bagi daily candle untuk naik semula dari paras kejatuhan support. Memang sudah dijangka kerana 1562 adalah support yang begitu kuat. Dan disini boleh dianggarkan yang FBMKLCI akan naik utk membuat wave 2 bagi zigzag pattern untuk elliot wave correction. Dan jangkaan naik hanya sementara dan support 1562 mungkin akan pecah disebabkan berita GDP utk QTR 1 2021 akan lebih lemah dari QTR 4 2020 dan kemungkinan Pilihanraya akan diadakan dalam tahun ini. Ianya hanya pendapat dari trader yang baru berjinak2 dalam teknikal analisis
FBMKLCI - petanda meneruskan penurunanhari ini index melobosi support 1560.23. besar kemungkinan index akan meneruskan penurunan. berdasarkan lakaran dan kajian saya, index pada waktu ini berada di zon wave 4 dan akan meneruskan penurunan membina wave 5. saya menjangkakan index akan menjunam sehingga 1524 - 1470 berdasarkan kepada teori fibonacci sasaran 1.618 atau 2.618.
formasi terbentuk kali ini ialah elliott wave leading diagonal
EW leading diagonal
- WAVE 5 ( 1-2-3-4-5 )
- WAVE 2 melepasi dari titik permulaan WAVE 1.
- WAVE 3 menembusi point WAVE 1.
- WAVE 4 biasanya menembusi dan melepasi point WAVE 1.
- WAVE 5 biasanya, menembusi point WAVE 3.
- WAVE 3 tidak boleh jadi yang terpendek.
- WAVE 2 tidak boleh jadi segitiga atau struktur "triple three".
- WAVE 1, 3 dan 5 boleh terbentuk seperti impuls atau zigzag.
INDEKS FBMKLCI MEMBENTUK PATTERN HEAD & SHOULDER?INDEKS FBMKLCI MEMBENTUK PATTERN HEAD & SHOULDER?
1. Minggu ini adalah minggu yang kritikal untuk FBMKLCI
2. Pada waktu idea ini diterbitkan, aras FBMKLCI sedang berada betul-betul di aras neckline pattern tersebut
3. Adakah FBMKLCI akan melantun kembali untuk menafikan pembentukan pattern head and shoulder? Sama-sama kita saksikan
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview hanya untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
FBMKLCI 1) Indeks nampak kuat bertahan pada lowest support ichimoku cloud
2) Dijangka market akan kekal rancak, beberapa minggu ke bulan.
3) Setiap kaunter akan naik bergilir, tak perlu fomo, pastikan buat kajian sebelum entry
4) Kaunter yang telah naik tak perlu kejar, waktu sekarang nampak beli ape saje kaunter di kawasan support(sekitar lowest) pasti akan naik
FBMKLCI - Di Persimpangan DilemaIndeks berada di Fibo 50% sejak kejatuhan era Covic-19
RSI belum menunjukkan tanda-tanda kekuatan ( RSI bawah 50 ) dan candle sekarang berada di bawah ema50
Ramalan :
- Mungkin akan menguji sekali lagi paras support ( area kotak merah )
- Jika break next support ialah di LowBB dan MA200
- Faktor ekonomi & covic 19 yang tidak menentu berkemungkinan akan mengheret indeks ke bawah
- Trade safely, jaga capital dan "See Money Take Money" (SMTM) je lah yer... 😁😁
----------------------------------
Nota
🔘 Idea hanya untuk pembelajaran
🔘 Terima Kasih 😎
FBMKLCIKLCI kedudukan semasa pada paras 1578 mata menunjukkan moderate bearish. Pada minggu hadapan dijangka pasaran bursa aka berada pada paras 1590-1617mata.
Antara mangkin untuk minggu hadapan adalah:
1. Pengumuman $1.9 trillion untuk pakej ranagsangan Covid-19 oleh White House.
2. Harga minyak mentak menaik ke $55/barrel
3. Pengumuman Program Immunisasi Kebangsaan Covid-19 oleh PM Malaysia.
FBMKLCI masih dalam Saluran Menurun1. Harga membentuk support di Fibo 50% dan sedang mencuba break out dari saluran menurun.
2. MACD menunjukkan bearish momentum berkurangan.
3. Stoch menunjukkan kenaikkan.
4. Kalau candle break keluar dari saluran menurun boleh menuruskan kenaikkan test R1.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.
Indeks mahu test support ? KLCI sekarang berada di atas ema50 weekly dan jika bocor, kemungkinan akan ke support trendline. Di daily tf juga berkemungkinan untuk test power sma200. Untuk patah balik ke atas, support 1562 tak boleh pecah jika tidak, kemungkinan akan ke 1550,1541 dan 1534 ! Minggu ini agak penting untuk tentukan kemana arah klci kesayangan kita ! Tayor !
INDEKS KLCI ADA MEMBENTUK CORAK...!!!PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
30-Jan-2021: Halatuju KLCIAssalamualaikum dan selamat sejahtera;
Alahaiiii... patut chart ni tak bergerak, dah share 25-Dis-2020 tapi tak perasan rupanya private
takpalah sekadar untuk hiburan semata2
Ini jangkaan pada masa tu... so kita tengok adakah jangkaan ini masih valid dengan alasan dan sentimen yang sedia ada
ini komen berkaitan ;
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memandangkan kita dah hampir kepada tahun baharu 2021, apa agaknya yang kita boleh jangkakan bakal berlaku kepada pasaran kita pada tahun depan?
Ini adalah sekadar pandangan peribadi semata-mata untuk pembelajaran kendiri. Kalau berdasarkan kepada sentimen semasa, sekarang agak susah nak merujuk kepada sejarah yang pernah berlaku pada setiap hujung tahun. Selalu kita dengar orang bercakap pasal window dressing atau Christmas Rally atau mgkn CNY rally. Mungkin perkara ini akan berlaku tapi mungkin jugak kesannya tak akan signifikan.
Jadi sekarang saya berpandangan ada 3 perkara yang mungkin akan menjadi penentu/pemangkin kepada gerakan pasaran terutamanya bagi KLSE bagi sukuan pasaran yang seterusnya iaitu:
1. Vaksin
2. Covid versi 3
3. Politik
ini dimana;
1. Kalau vaksin berkesan sepenuhnya mungkin ini akan menyebabkan bullish / kalau kena modify mgkn akan bearish
2. Cov19 v3, terkait dengan perkara (1), if terkawal sempadan negara boleh dibuka untuk pergerakan antarabangsa dan faktor bullish , if sangkut then kesan sebaliknya.
3. kalau tiba-tiba isu percaya@takpercaya / sokong@taksokong / ada nombor@takda nombor ni melanda negara, maka ini akan merencatkan ekonomi domestik dan mengganggu minat pelabur dalam@luar untuk memasuki pasaran kita.
Jadi apa perlu dilakukan sekarang??? Dari segi sentiment memang tak menarik... kalau saya, saya lebih menumpukan kepada saham berpotensi dan mempunyai FA yang baik dan menunggu peluang untuk membeli pada harga diskaun.
Macam mana nak buat keputusan bila nak membeli pada harga diskaun pula? boleh pantau berdasarkan TA - trendline/OB-OS/structure H-L-HH-HL/chart patterns.
berikut pandangan dari sudut teknikal, nilai semasa berada di atas paras MA50
sebaiknya tunggu pembentukan struktur H-L dan reversal candle@chart pattern
Semoga bermanfaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
FBMKLCI Berada di SMA1001. FBMKLCI mencari support di SMA100.
2. Jika harga break ke bawah dari SMA100 mungkin akan test Fibo 38.2% dan juga pada garisan saluran uptrend (Biru).
3. MACD membentuk divergence dengan higher low manakala harga membentuk lower low.
4. Stoch berada pada zon oversold.
5. Harga juga berada di garisan bawah Bollinger Band.
Disclaimer: Ini bukan BUY or SELL call, sila buat kajian sendiri sebelum ambil keputusan.