KLCI Mingguan - menuju 1600nampaknya KLCI makin melemah dah telah menembusi paras terendah 17 Disember 2018, dan kini menuju ke paras terendah 18 Jan 2018 pada 1600. tak ada nampak tanda akan reverse buat masa ni. short term trade untuk technical rebound, atau on kan IDSS anda. Singkatoleh TeropongBursa0
FBMKLCI: masih bergerak mendatar melihat pada penutup semalam, indeks didapati masih lagi bergerak secara mendatar, macd masih positif, RSI masih gagal meningkatkan momentum positif menyebakan ia kelihatan lemah. stochastic masih lagi bergerak seiringan indeks. oleh zulnureen0
FBMKLCI: bakal ubah nenaik jika kekal momentum melihat pada carta harian FBMKLCI hari ini, ada kemungkinan jika momentum kenaikan diteruskan atau semakin bertambah, yang indeks bakal menyaksikan kenaikan FBMKLCI dan menguji paras halangan 1650. melihat pada carta ia berjaya naik dan kekal berada di atas 20ma (1632) apabila berjaya di tutup tinggi pada paras 1639 dan paras 1639 ini juga adalah berada di atas paras sokongan 1631 (gann retracement) dan kemungkinan akan menyaksikan indeks untuk menguji paras halangan retracement pada 1651 dalam masa yang terdekat ini. melihat pada bar hitam macd. ia menunjukan momentum telah bertambah dan ini adalah satu petunjuk yang positif RSI walaupun di lihat menaik, tetapi belum mencukupi kekuatan nya sehingga melepasi paras halangan yang kuat, cuma dengan kesinambungan kenaikan yang kuat pada indeks sahaja bakal melihat RSI menembusi paras halangan nya dan stochastic, walaupun telah dilihat berada di atas siling, ianya adalah satu petubjuk yang positif, dan kekuatan kenaikan indeks akan menyaksikan bahawa ia akan kekal berada di atas paras siling (faktor petunjuk momentum haruslah di ambil kira)oleh zulnureen0
KLCI : Paras 1650 dan 1675 menjadi tumpuan?Saya melihat KLCI akan melakukan sedikit kenaikan ke paras 1650 atau 1675 sebelum meneruskan momentum penurunan ke paras 1580oleh SyukriIsmail0
FBMKLCI: melemah melihat pada carta harian, indeks didapati seolah olah semakin melemah, didapati juga indeks sedang menjejak garisan gann dalam arah pergerakan menurun. macd, walaupun masih positif, dilihat nilalnya juga semakin melemah.oleh zulnureen0
FBMKLCI: cubaan menutup ruang gap melihat secara teliti pada carta FBMKLCI harian, ada kelihatan gap down terbentuk antara 1654 dan 1657, dan andaian yang dibuat pada ketika ini ialah ada kemungkinan kemungkinan bahawa indeks sedang dan akan cuba untuk menutup gap tersebut, mencapai paras gap pada berdekatan 1654 itu tinggi, dan paras itu juga adalah paras 50% gann dari pivot 1732, dan oleh itu, kemungkinan halngan akan tiba di paras itu dengan kuat.dan paras itu mungkin akan tercapai pada berdekatan tarikh 21mei atau apabila masuk ke minggu yang ketiga. kemudian, jika momentum kenaikan itu sangat kuat, ada juga kemungkinan bahawa ia akan cuba menutup gap 1657 dan seterusnya akan cuba mendaki melepasi 1670, tetapi di paras ini, berkemungkinan halangan adalah amat kuat, paras ini juga bersamaan paras 61.8% retracement gann. selamat melabur, melabur lah dengan ilmu.oleh zulnureen0
FBMKLCI: Awan Jangka Pendek positif Melihat pada pergerakan indeks FBMKLCI, rata rata para pelabur mulai gusar dalam kekeliruan kerana tidak mempunyai kepastian akan pergerakan arah KLCI, tidak kurang ramai yang duduk di tepi sehingga betul betul dapat melihat arah yang nyata akan pergerakan KLCI, dalam erti kata lain, KLCI pada ketika ini sedang dalam pergerakan mendatar, belum ada lagi kepastian akan kenaikan,jika di lihat pada awan ICHIMOKU, indeks terletak di bawah awan, ini bermaksud dalam masa jangka panjang, indeks adalah di kategorikan sebagai masih lagi bearish kerana indeks masih terletak di bawah awan, namun begitu, petunjuk jangka pendek tenkan dan kinjun tidak harus di ketepikan, tenkan dan kinjun baru sahaja bersilang positif, ini membawa maksud, bahawa dalam jngka masa pendek, ada kemungkinan kemungkinan akan klci untuk bergerak naik. dan melihat pada garisan chikou atau di panggil garisan lagging, ia masih lagi kelihatan berada di bawah indeks semasa, dan andaian yang boleh di buat ialah, jika indeks berterusan bergerak dangan range ini, berkemungkinan dalam masa 4 atau 5 hari lagi, ia akan bertembung dengan paras indeks semasa, dan di sini ia akan di uji samaada ia boleh naik atas indeks semasa atau memberikan reaksi negatif dan turun semula, dan untuk itu, berkemungkinan dalam masa terdekat, FBMKLCI mungkin, mungkin bakal menguji paras 1650. dan halangan yang kuat akan terjadi di paras awan 1671 yang mana bersamaan dengan paras 61.8% pada paras 1670. ini semua hanyalah kemungkinan. dan ketika ni, paras sokongan masih kekal pad 1609. pada hari ini, indeks sedang menguji paras sokongan 20ma pada paras 1633, walaupun indeks di tutup di bawah paras 20ma, ia cumalah satu potensi dan bukanlah satu pengesahan. MACD masih positif, bermaksud arah aliran indeks masih bullish.oleh zulnureen0
INDEX FBMKLCI 29 April 2019 | B signal munculSalam semua, . 1. Setelah lama dropping index kelihatan akan mula rebound dengan gagah selepas ini. 2. Dah muncul B signal yang cantik hari ini pada daily candle. 3. Momentum signal menaik dan trend signal menaik. 4. Mata index dah bermain di atas MidBB 5. Weekly candle juga dah muncul beberapa signal X yg menunjukkan kejatuhan dah maksima, maka akan mula rebound. 6. Dijangkakan awal mei index semakin cantik menuju ema50 daily candle dan di situ akan ada test lagi 7. Jika berjaya break ema50 maka index sgt kuat rebound, jika tkak break akan drop balik dan cuba lagi utk break selepas itu. . Selamat berdagang saya ucapkan. . DrZul izzi nordin (DDSUSM). Panjangoleh izzizul0
INDEX FBMKLCI 26 April 2019 | sikit lagi muncul signal strong B.Salam semua, . 1. Saya jangka hari ini index dah mula panjat, tapi momentum tak cukup kuat plak hari ini.. 2. Berdasarkan signal indicator RSX sikit lagi index nak mula panjat...trend dah mula confirm perubahan menaik utk daily candle. 3. Momentum signal juga mula menaik 4. Weekly dah muncul tanda2 reversal yang cantik 5. Momentum weekly candle juga menaik. 6. Jangkaan index menaik lebih kuat berbanding menurun berdasarkan daily candle dan weekly candle. . . Selamat berdagang saya ucapkan. . DrZul Izzi Nordin (DDSUSM)Panjangoleh izzizul0
FBMKLCI: bakal jatuh semula? melihat pada carta harian indeks, saya mendapati, ada kemungkinan kemungkinan bahawa kejatuhan indeks masih belum mencapai sasaran untuk menyebakan ia berpatah arah, ada kemungkinan kemungkinan yang akan menyebabkan indeks bakal jatuh semula. mengikut pada kejatuhan kejatuhan yang lepas dari sudut pandang gann, kedua dua kejatuhan yang lepas itu terjatuh melapasi paras sasaran masing masing, dan kini, kejatuhan semasa hanyalah pada paras 2/3 sahaja, kemungkinan untuk indeks terus naik memanglah senantisa ada, tetapi kenaikan nya haruslah di sokong kuat oleh 6 wakil utama FBMKLCI iaitu maybank, publc bankm pchem, tenaga, ihh dan maxis. tanpa gerakan naik dengan kuat oleh 6 saham wakil FBMKLCI ini, kemungkinan kenaikan indeks pada waktu ini hanyalah bersifat sementara dan akan menyambung kembali kejatuhan. paras sasaran penuh indeks adalah pada paras 1570, dan kalau mengikut sejarah kejatuhan yang lepas, indeks sepatutnya jatuh melepasi sasaran 1570 sebelum ia boleh naik semula dengan sokongan yang kuat. oleh zulnureen0
INDEX KLSEjika harga dapat melepas middle BB kemukinan harga akan teruskan kenaikkan.. ichimuko indicator bawah dah mula upPanjangoleh sahamhalal89981
KLCI ; Khabar gembira untuk Apek LIM seketika?KLCI dijangka melakukan sedikit pembalikan harga untuk memberikan sedikit gelak tawa buak apek Lim . Dijangka akan mencecah paras 1647. Panjangoleh chempakacapital0
KLCI - Effect penjualan mungkin masih ada-Index minggu lalu pecah sokongan FY17 pada 1620 -Juga telah rebound pada sokongan kuat FY16, pada aras 1612 -Index pada 22/4 menunjukkan penjualan/pengambilan untung pada sebelah petang, berikutan sentimen daripada kejatuhan stok daripada China, kejatuhan 13-bulan terendah (terburuk pada 4 minggu berturutan) -Bagi saya utk bullish area bermula, KLCI perlu melepasi aras 1640 -Brent juga telah pecah rintangan terkuat semalam, kini telah berada pada aras 74 US$/bbl (sektor O&G) perlu diperhatikanoleh TrendTradesX0
INDEX 22 April 2019 | semakin bullish?Salam semua, . 1. Hari ini index menunjukkan tanda2 sehat kembali 2. Signal momoentum menunjukkan permulaan kenaikan pada daily candle 3. Trend pula menuju ke arah reversal ke arah menaik. 4. Syarat pentingnya adalah candle index melepasi MidBB dan maintain berada di atas MidBB tersebut. 5. Weekly candle dah muncul 3 kali signal X menunjukkan dah cecah level extreme dan tinggi potensi untuk reverse balik ke atas. 6. Index perlukan sentimen dan push positif utk beberapa candle lagi utk mengesahkan reversal signal ke atas... . Selamat ebrdagang saya ucapkan. . DrZul Izzi Nordin (DDSUSM). Panjangoleh izzizul0
FBMKLCI: Trend masih jatuh Melihat pada carta harian semasa FBMKLCI, jelas garisan 20ma masih membuat kejatuhan kerana hujungnya masih menunjuk kebawah, dari garisan 20ma itu, belum kelihatan tanda untuk berpatah arah atau reversal. di paras 1619, ia adalah paras terendah tahun ini. dan kedudukan indeks pada ketika ini adalah di bawah garisan 20ma, yang mana ini bermaksud indeks sedang bergerak jatuh. dan pada ketika ini juga, macd adalah bernilai negatif, bermakna, trend indeks KLCI masih lagi sedang jatuh dan belum ada tanda tanda pertukaran trend. dan dalam masa yang sama, dilihat indeks berada di bawah awan dan awan hadapan adalah merah. paras halangan psikologikal adalah di paras 1620 dan seterusnya pada paras yang lepas di 1626. paras sokongan psikologikal adalah di paras 1600 dan seterusnya di paras 1.272 fibonacci di paras 1592oleh zulnureen0
Index 18 April 2019 | test support ke-2 Salam semua, . 1. Dengan munculnya news tentang betapa tidak performnya ekonomi negara dan hala tuju pemerintahan negara, ianya memberikan kesan lansung kepada mata index. 2. Pelabur2 asing keluar dari pasaran kerana tidak ada pemangkin positif yg boleh dijadikan sandaran. 3. Berdasarkan kajian teknikal index saya mendapati bahawa, index memang masih lagi berada di dalam bearish zone, belum ada tanda2 terdekat akan keluar dari bearish zone ini. 4. Mata index dah drop menguji kekuatan support kedua pada mata 1612 pada daily candle, tetapi tidak muncul pula signal reversal (ini merisaukan). 5. Disebabkan tidak ada signal reversal, oversold dan sebagainya manakala momentum masih lagi menunjukkan penurunan ke bawah, boleh dikatakan mata index akan meneruskan kejatuhan lagi bawah. 6. Support seterusnya berada di bawah pada kawasan mata 1590 barulah support seterusnya 1551 dan ini amat tidak menggembirakan. 7. Weekly candle pula belum ada tanda2 reversal yang kuat juga. 8. Momentum weekly masih menurun ke bawah dan tiada tanda2 oversold yang kuat juga (ada sedikit oversold tapi belum kuat) 9. Seperti juga daily candle, weekly candle juga masih di dalam bearish zone yang kelihatan amat jauh lagi utk keluar dari bearish zone, bukan dalam masa terdekat. 10. Tetapi berdasarkan pergerakan mata indeks sebelum ini, dengan kejatuhan yang kuat akan ada pula rebound yang kuat... cuma tidak tahu bila akan berlaku, dah saya kangka bukan dalam masa terdekat (tapi apa sahaja boleh berlaku). 11. Mata index perlu bergerak dalam fasa sideway dahulu untuk kumpul kekuatan sebelum membuat kenaikan kembali. . Selamat berdagang saya ucapkan. . DrZul Izzi nordin (DDSUSM). Panjangoleh izzizul0
KLCI-merah, merah, merahCarta 120min. Aras sokongan 1622 telah selamat dibolosi. Cubaan untuk memecahkan aras sokongan seterusnya pada 1616 tak berjaya hari ini. Indeks kemudiannya melakukan pantulan di aras 1616 dan tutup pada paras 1620.90 mata . Dengan sentimen dan momentum yang negatif, indeks seterusnya berkemungkinan akan menuju ke aras sokongan psikologi 1600 jika paras 1616 pula dipecahkan.Singkatoleh amdi0
KLCI - Pembetulan Gelombang 4 dan 5 untuk analisis lepas.Maaf terdapat pembetulan untuk Gelombang 4 dan 5. Tak perasan tadi Gelombang 4 melepasi paras gelombang 1. Jadi pembetulan projection Gelombang 4 : 1647 Gelombang 5 : 1260Panjangoleh FauziSaham0
KLCI - Harapan terakhir terbatal, kini beruang menguasaiSemalam adalah analisis untuk membatalkan projection Elliott Wave yang besar. Namun hari ini ianya tidak berlaku, di mana indeks telah turun bawah dari paras 1629. Maka tak dapat dielakkan, projection yang asal terpaksa dipenuhi. Sekarang indeks sedang melengkapkan Gelombang 3 dengan projection di paras 1595. Ianya akan diikuti pula oleh Gelombang 4 dengan projection di paras 1680, lantas melengkapkan corak Falling Wedge. Gelombang ke 5 pula akan membuat pecahan ke bawah corak Falling Wedge dan membentuk 5th Wave Extension di mana projection adalah di paras 1340. Lengkap 5 gelombang impulsive, kita nantikan pula gelombang pembetulan (Correction).Panjangoleh FauziSaham0
KLCI, strong bullish menanti?Lihat pada carta mingguan KLCI kita dapati ianya membuat corak Falling Wedge. Dan sedang menyempurnakan Gelombang 5 (Elliott Wave). Cuma persoalannya di manakah hujung Gelombang 5. Sebelum lihat pada Gelombang 5 kita lihat pada Gelombang 4 dahulu. Gelombang 4 sebenarnya agak pra matang iaitu tidak mencapai puncak maksimum (61.8%) tetapi sebaliknya hanya capai puncak minimum (50%). Jika Gelombang 4 capai puncak maksimum, projection Gelombang 5 dijangka berakhir di paras 1605. Namun disebabkan Gelombang 4 tidak capai puncak maksimum, kita lihat pula pada projection minimum Gelombang 5 iaitu 38.2% iaitu di paras 1629. Namun apakah pengesahan yang ada bahawa di situ kemungkinan besar adalah penghujung Gelombang 5. Kita lihat pada carta harian. Pada carta harian kita nampak adanya isyarat Bullish Divergence dan juga indeks hari ini tutup di atas paras 1629. Ini sekaligus menyokong 1629 sebagai penghujung Gelombang 5. Apa pergerakan seterusnya? Jangkaan seterusnya ialah indeks akan bergerak ke paras 1732. Di situ akan berlaku sedikit retracement. Ini adalah saat kritikal untuk menentukan samaada indeks akan bergerak bullish ataupun bearish. Analisa ini sah selagi indeks tutup atas dari paras 1629.Panjangoleh FauziSaham1
INDEX 15 April 2019 | daily ada signal reboundSalam semua, . 1. Index melantun setelah tembus support. 2. Jangkaan saya temporary rebound sebelum drop lagi. 3. Tapi ada beberapa signal reversal dah muncul pada daily candle. 4. Momentum dan trend mula menaik utk daily. 5. Weekly candle menunjukkan kenaikan momentum bullish tapi trend masih belum menunjukkan arah ke atas. 6. Signal reversal juga dah mula muncul pada weekly candle. 7. Perlukan sentimen positif yg kuat utk betul2 mengesahkan reversal, jika tidak, hanya temporary rebound sebelum meneruskan arah ke bawah lagi. . Selamat berdagang saya ucapkan. . DrZul Izzi Nordin (DDSUSM). Panjangoleh izzizul0
KLCI mingguan masih dalam zone sokonganzon sokongan mash bertahan, walaupun shadow candlestick sudah tembus paras sokongan zon tesebut. Indeks dijangka berada dalam zon sokongan kerana kelihatan paras terendah sebelum ini (previous low) 1627 masih bertahan. andai zon sokongan ditembusi, maka paras sokongan seterusnya ada lah pada 1614.Panjangoleh TeropongBursa0