Analisis Bursa Malaysia KLCI (24 April 2018)
KLCI tidak berjaya menembusi paras tertinggi 1895.00 point. KLCI telah membentuk tiga gagak mati (3 dead crow) . Ianya memberi petunjuk pertukaran aliran kepada aliran menurun . KLCI dijangka membuat sedikit pembetulan sebelum menuruskan kenaikan dimana KLCI masih berada dalam aliran menaik.
Garisan menunjuk aras sokongan KLCI
idea dagangan FBMKLCI
FBMKLCI Analisa Teknikal 24 April 2018Analisa Teknikal
• FBMKLCI jatuh 15.02 mata (-0.80%) dan menutup lebih rendah di 1,865.34. Sentimen pasaran pula dilihat negatif dengan 291 kaunter menaik berbanding 574 kaunter menurun, dan 386 kaunter tidak berubah.
• Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari in masih lagi meneruskan kejatuhan untuk tiga hari berturut-turut kerana ketidaktentuan pasaran global dan jatuh lebih bawah daripada aras sokongan sebelumnya di aras 1,873. Pembentukan corak candlestick "Bearish Three Black Crow" boleh dilihat sebagai langkah berjaga-jaga dengan kemungkinan indeks berpotensi untuk jatuh lagi buat jangka masa pendek.
• Indikator momentum seperti Stochastic telah keluar daripada aras terlebih beli (baca:overbought) dan menunjukkan potensi jangka pendek untuk ke bawah. MACD menunjukkan Histogram yang berkurangan, menandakan momentum mungkin memihak kepada arah negatif.
• Jangkakan indeks akan terus menuju ke aras sokongan terdekat di 1,855 (S1) dan sekiranya berjaya dipecahkan, aras sokongan seterusnya berada di 1,830 (S2).
• Aras rintangan masih lagi dikekalkan pada aras indeks 1,900 (R1) dan 1,930 (R2).
FBMKLCI Analisa Teknikal 23 April 2018Analisa Teknikal
• FBMKLCI jatuh 7.39 mata dan menutup lebih rendah di 1,880.36. Sentimen pasaran pula dilihat negatif dengan 216 kaunter menaik berbanding 711 kaunter menurun, dan 351 kaunter tidak berubah.
• Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari ini gagal untuk meneruskan keadaan menaik ( Bullish ) dan masih lagi meneruskan kejatuhan. Indeks dilihat dibuka dengan positif sebelum membuat kejatuhan dan terus dalam posisi negatif sehingga pasaran ditutup.
• Indikator momentum dilihat seperti Stochastic hampir keluar daripada aras terlebih beli (baca:overbought) dan menunjukkan potensi jangka pendek untuk ke bawah. MACD masih lagi positif walaupun momentum sedikit berkurangan.
• Kita jangkakan indeks akan terus menuju ke aras sokongan terdekat di 1,873 (S1) dan sekiranya berjaya dipecahkan, aras sokongan seterusnya berada di 1,840 (S2).
• Arasa rintangan masih lagi dikekalkan pada aras indeks 1,900 (R1) dan 1,930 (R2).
FBMKLCI ANALISA TEKNIKAL 20 APRIL 2018Analisa Teknikal
• Kejatuhan harga pasaran minyak dunia semalam turut menyebabkan saham-saham sektor "Oil & Gas" kita ditutup rendah.
• Ini menyebabkan FBMKLCI jatuh 7.43 mata dan menutup lebih rendah di 1,887.75. Sentimen pasaran pula dilihat negatif dengan 272 kaunter menaik berbanding 668 kaunter menurun, dan 357 kaunter tidak berubah.
• Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari ini gagal untuk meneruskan keadaan menaik (Bullish) dan indeks dilihat menjauhi daripada aras 1,900. Walau bagaimanapun, ini sekadar pembetulan pasaran untuk jangka masa pendek.
• Indikator momentum dilihat memihak kepada pergerakan menaik, disokong positif oleh MACD dan Stochastic, walaupun ada tanda-tanda pergerakan ke bawah oleh Stochastic.
• Kita jangkakan indeks akan terus menuju ke aras sokongan terdekat di 1,873 (S1) dan sekiranya berjaya dipecahkan, aras sokongan seterusnya berada di 1,840 (S2).
• Arasa rintangan masih lagi dikekalkan pada aras indeks 1,900 (R1) dan 1,930 (R2).
FBMKLCI Analisa Teknikal 19 April 2018FBMKLCI tutup pada hari ini di paras 1,895.18, hampir dengan aras rintangan psikologi 1,900. Pergerakan harga di aras ini perlu diperhatikan dengan teliti sama ada harga berjaya menembusi aras harga ini ataupun gagal dan berpatah balik. Sekiranya berjaya menembusi, kita mengandaikan harga akan bergerak ke 1930. Sekiranya harga gagal menembusi aras ini, kita jangkakan harga akan menuju ke aras sokongan 1,860 dan 1,836. Analisa berdasarkan indikator momentum seperti Stochastic dan MACD menunjukkan momentum yang lebih memihak kepada keadaan menaik yang baik. Walau bagaimanapun, sentimen pilihan raya di bulan ini sedikit sebanyak menimbulkan banyak ketidaktentuan dalam pasaran.
Aras Rintangan - 1,900 dan 1,930
Aras Sokongan - 1,860 dan 1,836
PITCHFORK - KLCI Forecast Analysis April 2018BELI KLCI Index
Kawasan Harga: Pitchfork Median Support Line
Pitchfork Saluran - Ascending
Entry Harga: Di Kawasan Median Support Line
Keuntungan Sasaran: Upper Line
Keuntungan Sasaran Seterusnya: NIL
Panduan:
1. Harga melepasi median line , jangkaan akan bergerak kearah upper line
2. Analisa pada Weekly Pitchfork jangkaan harga menuju kearah median line
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.
FBMKLCI REVIEWSalam Pelabur Bijak Malaysia,
Melihat kepada pergerakkan FBMKLCI MALAYSIA, saya menjangkakan ia akan meneruskan penurunan kepada level 1848. Jika FBMKLCI dapat bertahan pada paras terbabit, kebarangkalian besar ia akan mula rebound naik keatas. Tetapi jika dia tutup dibawah level 1848,maka FBMKLCI akan meneruskan kejatuhannya. Ingin saya ingatkan kesemua pergerakkan ini adalah berdasarkan end of day trading.
Pergerakan Indeks Kuala LumpurIndeks sekarang menaik dengan penuh bertenaga sekali.
Indeks sedang menuju ke tahap rintangan yang pertama dan sekiranya indeks pecah and menaik ke atas akan besar kemungkinan kita akan melihat indeks menuju pula ke tahap rintangan yang kedua.
Mari kita saksikan apa yang akan bakal menjadi.