WFRD: Mampukah Membuat KenaikanWeatherford International plc dilihat bergerak dalam trend mendatar mematuhi rintangan sejak beberapa minggu dagangan lalu
Terkini harga dilihat telah berjaya tutup di atas rintangan sekaligus membuat ATH terbaharu
Lilin pada hari terakhir dagangan dilihat membentuk lilin 'engulfing' hijau menenggelamkan lilin hari sebelumnya
RSI harian dilihat hampir memasuki kawasan 'overbought' manakala RSI mingguan seakan membentuk 'bearish divergence'
Trend secara jangka masa panjang dilihat masih lagi cenderung membuat kenaikan
Mampukah harga terus membuat tinggi baharu? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!