AEMULUS [S] 26 Feb 21 : Pullback menuju EMA 501. AEMULUS sebelum ini breakout
2. Membuat penurunan demi penurunan, namun volume kelihatan berkurang
3. Tahap sokongan terdekat adalah sekitar tahap rintangan lama yang sepatutnya bertindak sebagai tahap sokongan dan juga kelihatan area EMA 50
4. Adakah EMA 50 akan mampu bertindak sebagai tahap sokongan terdekat?
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more Allah will give to you"
idea dagangan AEMULUS
AEMULUS 22/2/21- harga berada di atas garisan EMA20 juga masih diatas garisan EMA50 dan MA200
- reversal candle
- harga juga masih dalam garisan trendchannel
- menunjukkan kenaikan secara A pattern
- tahap sokongan semasa 0.905
EP : 0.945
CL : 0.895
TP : 1.04
(terpulang kepada risiko masing-masing)
PENAFIAN : KAJIAN HANYA UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DAN BUKAN "BUYCALL". TRADE AT YOUR OWN RISK. SILA LAKUKAN KAJIAN DAHULU SEBELUM ANDA MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN
AEMULUS DIPARAS 52 WEEKS HIGHAemulus kaunter yang baik untuk invest. Quater report yang dikeluarkan pada baru baru ini mecatatkan keputusan yang agak baik . Harga masih berada di paras tertinggi. Boleh diperhatikan sekiranya kenaikkan berlaku. Harga masih lagi uptrend. Paras 52 Weeks High seterusnya adalah di 1.040 dan support yang kuat berada di 0.900.Kemungkinan kenaikan baharu akan berlaku minggu hadapan disebabkan QR company ini sudah keluar lebih awal.
AEMULUS: Bakal Friday Rule?Teori Stochastic Naik MYX:AEMULUS
12 Januari 2021 : Hari Selasa
27 Januari 2021 : Hari Rabu
11 Febuari 2021 : Hari Khamis
19 Febuari 2021 : ?
Jangan percaya. Gurau je.. Tengok kalendar ke tu? Hahaha..
1. Esok dah masuk T4 bagi box trade (pennant). Pantau esok (19 Feb) jika dah reversal candle.
#TAYOR
#rujukcarta
Aemulus Bakal Bukan Lagi Saham SenAemulus adalah salah satu saham dalam sektor Semiconduktor, di bawah sub-sektor Automation. Lain-lain saham yang berada dalam sub-sektor yang sama adalah Vitrox, Greatec, UWC, Penta, Mi, Elsoft, Vis dan MMSV. Ia masih dianggap saham harga mampu milik, di bawah harga RM1 bersama-sama Elsoft dan QES, jika nak dibandingkan dengan Vitrox, greatec, Penta dan Mi.
Produknya adalah tertumpu kepada RF Filter dan ATE (Automated Test Equipment) untuk mobile, tablet dan segmen automotif.
A) Dari segi Fundamental Analisis, antara sebab mengapa saya memilih saham ini adalah:
1. Saham yang berada dalam 'Sector in Play'.
Seperti diketahui, semikonduktor di seluruh dunia menghadapi keputusan bekalan setelah melalui musim pandemik Covid-19 di mana pada tahun lalu kebanyakan negara melakukan lockdown, menyebabkan operasi pengeluaran semikonduktor terganggu. Ini dijangka menjadi catalyst kepada kenaikan harga saham melibatkan semikonduktor sepanjang tahun 2021.
2. Prestasi QR yang meningkat naik
Untuk kali ke tiga berturut-turut, QR Aemulus telah menunjukkan penigkatan keuntungan sejak mengalami kerugian pada Q2 20. Prestasi adalah seperti berikut.
Q2 20 mencatatkan kerugian -2.7juta
Q3 20 mencatatkan keuntungan +0.1juta, 1.7% daripada 5.1juta pendapatan
Q4 20 mencatatkan keuntungan +1.0juta, 14.4% daripada 7.2juta pendapatan
Q1 21 mencatatkan keuntungan +1.5juta, 13.1% daripada 11.5juta pendapatan.
Kesimpulannya, ia dapat dilihat sebagai satu syarikat yang mengalami fasa turn around, dan terus mencatatkan peningkatan keuntungan.
3. Di dalam report terbarunya, dikatakan operasinya telah digandakan sebanyak tiga kali ganda dan bersedia untuk memberikan hasil yang lebih baik sepanjang 2021.
4. Kerjasama dengan TMSS Technology (Jiashan) Co., Ltd di China, memberikan ruang kepada Aemulus untuk memainkan peranan dalam revolusi industri China dalam kempen Made In China 2025. Ini boleh menjadi faktor untuk jangka masa yang panjang.
B) Dari segi Teknikal Analisis melalui chart:
Buyer (Pembeli) masih menguasai carta
-Dapat disaksikan sejak memasuki Januari 2021, Buyer telah mula menguasai volume. Ini dapat disaksikan daripada anak panah hijau pada setiap volume transaksi, menunjukkan lonjakan volume berwarna hijau sejak januari hingga ke hari ini.
-Pada anak panah berwarna merah, didapati volume jualan sedikit tinggi menunjukkan Seller sudah ada dan mula menjual, namun tekanan jualan dapat diserap pada hari berikutnya dengan volume yang rendah dalam keadaan saham melakukan pullback dan consolidating pada beberapa hari yang berikutnya dengan volume jualan yang kecil.
-Pada 5hb Feb, Aemulus mencatatkan harga tertinggi ATH mencecah harga 0.89. Namun pada hari dagangan berikutnya dari 8hb hingga 11hb Feb, harga menunjukkan tanda rehat disekitar paras Fibonachi Retracement 0.618 pada harga 0.805, dan meneruskan lonjakan selepas daripada fasa rehat itu.
- Pada hari ini 18hb Feb, Aemulus sekali lagi dalam fasa rehat setelah mencatat sekali lagi harga tertinggi ATH pada 1.01 pada 15hb Feb. Dijangka akan turun ke paras Fibonachi Retracement 0.618 pada sekitar harga 0.92 sebelum meneruskan lonjakan harga.
Adakah Aemulus berjaya memecah Rintangan paling besar untuk keluar dari senarai saham berharga sen-sen (Penny Stock), untuk menjadi sebuah saham berharga Seringgit dan ke atas dan sekaligus meneruskan larian kenaikan? Sama-sama kita nantikan.
Khairul Hafiz
Aemulus yang halus yang tulus3 Ogos 2020, Aemulus berjaya memecahkan ATH 60 sen yang dicapai pada tahun 2017. Selepas itu, harga Aemulus bergerak dalam corak mendatar selama 6 bulan sebelum berjaya memecahkan ATH 84 sen pada 5 Feb 2021. TP1 selepas FBO hanya dicapai dalam beberapa hari sahaja. Mampukah Aemulus mencapai TP2 dan TP3 mengikut harga rintangan pada Fibonacci extension?
AEMULUS 15/2/21AEMULUS berjaya memecahkan rintangan dan membuat kenaikan All time high.Breakout Bersama volume solid.
Di atas Ema 50/200.
Chart ini hanyalah kajian dan panduan pembelajaran,saya mohon Tuan/Puan menjaga dan patuhilah Trading plan yang Tuan/Puan telah buat.Bila bercakap tentang TA ia juga tidak lari Kemungkinan.Sentiasa terapkan disebalik harga yang dibeli,ada sebuah perniagaan yang berdiri dibelakangnya.
AEMULUS (S) – Berjaya breakout ATH !!!1. AEMULUS hari ini berjaya breakout 52 weeks high setelah memecahkan resistant terdekatnya pada harga RM0.90 sekaligus meletakkannya pada paras ATH pada masa yang sama.
2. Harga terkini betul-betul terhenti pada RM1.00 yang merupakan “psychological resistant”.
3. RSI dan MACD masih menunjukkan momentum yang kuat untuk menolak harga kepada yang lebih tinggi.
4. Menarik untuk diperhatikan samada AEMULUS akan meneruskan kenaikan pada sesi dagangan akan datang atau akan membuat pullback terlebih dahulu untuk mencari support baharu sebelum meneruskan pendakian.
Sama-sama kita kaji dan perhatikan.
Penafian: Perbincangan di sini hanyalah bertujuan untuk pembelajaran dan kajian sahaja. Tiada buy call diberikan. Jika ada ralat mohon betulkan . Jika bermanfaat sila like dan tekan butang SHARE.
“Jika Kamu Bersyukur Pasti Aku (Allah) Akan Menambahkan Nikmat Kepadamu”
AEMULUS MEMBUAT BREAKOUT ALL-TIME HIGH BERPOTENSI MENUJU RM1.10AEMULUS MEMBUAT BREAKOUT ALL-TIME HIGH BERPOTENSI MENUJU RM1.10
1. AEMULUS pada hari ini membuat breakout all-time high dengan volume yang signifikan
2. Secara teknikal, AEMULUS berpotensi untuk meneruskan kenaikan sehingga RM1.10
3. Adakah AEMULUS akan berjaya? Sama-sama kita saksikan
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
“Saudaraku, kalian tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan enam perkara: (1) kecerdasan, (2) semangat, (3) bersungguh-sungguh, (4) dana yang mencukupi, (5) guru yang memberi petunjuk, (6) waktu yang lama." - Imam as-Syafie
Penafian: Perkongsian ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja, bukan buy call (kalau ada ralat, mohon betulkan, TQ). Keputusan & risiko pelaburan adalah tanggungjawab masing-masing.
AEMULUS BREAKOUT...!!!Boleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
AEMULUS
Kaunter yang menarik untuk dikaji
1) Kaunter uptrend ) hrga atas ma50,ma200
2) Jika dilihat, harga rebound pada 2nd layer upper BB, harga bergerak atas ema5 menunjukkan momentum. . . . .
3) membuat 52W HIGH pada 0.890, jika lepas, sky is the limit, jika gagal akan retest pada 0.835
Kajian dan pembelajaran sahaja
mattop90
AEMULUS (0181) : Menarik JIKA keluar dari Fasa PengumpulanSektor: Semiconductors, Automation, Technology Equipment, Technology, ATE
1. Tiga hari berturut dalam trend kenaikan. (bermula 12 Jan 2021) - petanda reversal untuk UPTREND.
2. Menarik jika memecahkan rintangan 0.785 untuk meneruskan kenaikan dan menguji rekod ATH 0.840. Mungkin buat rekod baharu?
3. Cadangan belian jika memecahkan rintangan 0.730 (rintangan kuat) atau selepas kaunter ini memecahkan rekod ATH.
#sekadarpandanganperibadi
#TAYOR
AEMULUS : Membuat Aras tertinggi Baru 0.89Satu lagi kaunter yang telah memecahkan Aras Tertinggi sejak dari IPO.
1- Kenaikan yang disokong oleh volum yang kuat.
2- Peluang untuk kaunter aemulus untuk mengganas.
3- Perlu perhatikan rapat aras stop loss jika tidak berjaya mengganas.
P/S: Ini adalah sekadar pandangan peribadi. TAYOR.
Adakah patuh kepada prinsip 'Friday Rule'?Selamat Datang kepada semua Traders dan Pelabur. Ini ialah kajian atas kertas dan bukan buy call. Komen membina amatlah dialu-alukan.
Fundamental Analisis
-Kompeni Teknologi, automated test equipment (ATE) dan test and measuring instruments (TMI) for the semiconductor industry.
-Quarter Report positif tetapi P/E ratio negatif, (-146) . Kenapa ye? pelik juga,
-Berdasarkan isaham, FA dia 1.9
Teknikal Analisis
-Tengah uptrend
-MACD uptrend
-Sto. RSI paling tinggi dalam 93.3%, Sekarang 92.5%. Candle pun marubozu dengan volume yang tinggi. Selalunya, nanti akan jatuh dulu. Tengok kalau jatuh boleh terus sell, kalau naik. Jual hari selasa.
-Selagi candle atas EMA 20, nak hold lama-lama pun boleh. Tunggang trend, jangan tunggang agama.
#TAYOR #Selamatberdagang