Paras-Paras SokonganAZRB merupakan salah satu kaunter yang berada di dalam sektor pembinaan. Buat masa ini, ianya sedang turun untuk melakukan retracement. FIBONACCI ratio seperti yang ditunjukkan dalam carta bertujuan untuk mengenal pasti paras-paras sokongan bagi kaunter ini. Fibo ratio 0.618 sering digunapakai sebagai salah satu paras sokongan atau rintangan kuat. Walaubagaimanapun, sila rujuk indikator lain dan volume untuk mengesahkan pergerakan seterusnya.
Penafian:
Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran
idea dagangan AZRB
AZRB : Panjang?Jika harga berjaya tutup di atas 0.325, maka harga dijangka berjaya membuat ketinggian yang baharu dan sampai kepada aras anjakan fibo 161. Sebelum ini harga telah berjaya membuat paras tertinggi berbanding sebelumnya dan telah menganjak sehingga ke paras 23 fibo dan naik semula yang dijangka akan menguji paras 0.325. TAYOR
AHMAD ZAKI RESOURCES BHDhampir melakukan bo dari kawasan pengumpulan rangingnya,harga berjaya menutup diatas kedua2 20/50ema sbgai rintangan terhampir,tanda2 kenaikkan muncul termasuk minat belian yg baik pd hari ini dlm jangkaan meneruskan kenaikan ke rintangan seterusnya,sokongan petunjuk teknikal sebagai petunjuk utk
kaunter ini meneruskan pendakiannya sama sama ikuti bersama trading plan masing2.
#FEB21
AZRB 27/12/20AZRB teknikal menunjukkan signal buy untuk kaunter ini
1) menarik selagi ikut trend channel maintain atas 0.300 cun
2) bertahan pada tahap sokongan 0.285
3) Jika ada minta belian dijangkakan TP 0.310/0.330
PENAFIAN : KAJIAN HANYA UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DAN BUKAN "BUYCALL". TRADE AT YOUR OWN RISK. SILA LAKUKAN KAJIAN DAHULU SEBELUM ANDA MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN
AZRB 21/11/2020-Menarik untuk diperhatikan jika dapat bertahan di paras 225
-Terdapat perubahan trend, boleh tunggu untuk buat new higher low dulu.
-Telah berada di kawasan low entry.
-Boleh beri perhatian pada construction dan steel sector.
**Penafian: Kajian hanya untuk tujuan pembelajaran, sila lakukan kajian terlebih dahulu.
AZRB - Something brewing?1) AZRB antara saham yang bergerak secara sideways dan tidak menaik selepas crash haritu.
2) Jika diikutkan, saham ini tidak menarik untuk diperhatikan.
3) Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini ada volume yang masuk, dan harga saham juga bergerak dengan lebih aktif.
4) Pergerakan saham ini membentuk pattern ascending triangle yang merupakan salah satu bullish pattern.
5) Resistance terdekat adalah pada 0.260, sekiranya aras ini berjaya dipecahkan, ada peluang untuk uptrend bermula.
Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham.
AZRB: MA200 rintangan kuat1) MA200 telah menjadi rintangan yang kuat bagi kaunter ini kerana terbukti telah 2 kali menjadi rintangan yang kuat bagi kaunter ini.
2) Kaunter ini menarik kerana pada 27 Ogos lepas telah menerima kemasukan volume yang besar dan masih tiada penjualan yang besar yang berlaku.
3) Indikator RSI juga berada diatas paras 50 menunjukkan momentum build up dan momentum masih kuat.
4) Indikator MACD juga berada diatas paras 0 menandakan trend menaik bakal berterusan berlaku.
5) Support terdekat pada 0.225 dan resistance terdekat pada 0.270.