idea dagangan BIMB
BIMB beri isyarat reboundBIMB membentuk candle Hammer di Lower Quartile Pitchfork dan juga salah satu support 4.18.
Selain itu RSI menunjukkan terlebih jual. Namun MACD begitu jauh di dalam kawasan Bear.
Ini memberi isyarat sekurang-kurangnya akan berlaku rebound mungkin ke Mid Line Bollinger Bands. Kemudian akan bertenang seketika untuk samaada terus naik ke atas (menjadikan penurunan sebelum ini sebagai Bear Trap sesudah breakdown downward corak Segitiga) ataupun meneruskan penurunan.
Di mana kah tempat mendarat BIMB?BIMB telah breakout corak Pennant tapi breakout ke bawah.
Momentum kejatuhan masih lagi kuat. Jadi di manakah agaknya tempat mendarat dia?
Dengan menggunakan peralatan ini di carta mingguan:
1) Pitchfork Schiff
2) Pitchfork
3) Awan Ichimoku
4) Price action
Didapati terdapat titik persilangan iaitu di sekitat 4.18. Jadi besar kemungkinan di situ lah tempat mendaratnya untuk kejatuhan kali ini.
Analisa & Cadangan Dagangan Saham BIMBAnalisa :
1. Terdapat satu strong support di daily chart pada paras harga RM3.90
2. RSI menunjukkan harga sudah pun berada pada tahap terlebih jualan
3. Sebarang penembusan harga di bawah harga RM3.80 akan membuka ruang untuk harga jatuh lebih jauh
Cadangan Dagangan
1. Buy pada harga semasa RM3.91 atau pada RM3.90
2. Target profit di paras harga RM4.12 & 4.24
3. Tutup dagangan sekiranya harga berjaya tembus di bawah RM3.80