D&O (Meninggalkan Petunjuk Sebagai Panduan)Sektor:
- Technology, Electronic, Semiconductors, LED, Electric Vehicles.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) D&O dilihat uptrend. Sejak Ogos 2020, keuntungan dan hasil (revenue) meningkat dengan drastik. D&O telah mencatatkan keuntungan dan hasil (revenue) tertinggi dalam QR nya yang terbaru pada 24 Februari 2021.
- Dari sudut Teknikal, D&O dilihat menjadikan MA 20 atau mid BB sebagai dinamic support.
- Harga kebiasaanya akan pullback sehingga ke paras MA 20 atau mid BB sebelum rebound hingga ke upper BB.
- Dalam kenaikan ini, berlaku strong bearish divergence dan ini mungkin boleh dijadikan panduan sebagai langkah berhati² jika ianya berlaku sekali lagi.
- MACD juga dilihat sedang cross up di atas paras 0. Kebiasaanya selepas MACD cross up, harga akan mula naik.
Nota kaki:
* QR = Quarter Report.
* Pullback = Harga menurun seketika sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
* Mid BB = Middle Bollinger Bands yang merupakan MA 20.
* Upper BB = Upper Bollinger Bands yang merupakan garisan di atas mid BB.
* Strong bearish divergence = Keadaan di mana harga menaik tetapi oscilator seperti stochastic RSI menurun. Kebiasaanya harga akan menurun.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli .
idea dagangan D&O
Mampukah Bertahan Di Atas MA20D&O merupakan kaunter yang tidak asing lagi bagi para pedagang dan pelabur bursa malaysia. Kaunter ini sering diberikan perhatian kerana mempunyai nilai FA yang bagus dan berada di dalam sektor teknologi. Persoalannya, mampukah ianya bertahan di atas garisan MA20 setelah melakukan penurunan pada hari ini selang sehari selepas berjaya naik ke atas garisan MA20. Jika tidak bocor, ianya berpotensi untuk terus melakukan kenaikan selari dengan indeks sektor teknologi yang berada pada keadaan baik.
Penafian:
Penulisan merupakan pandangan peribadi
d&omensasarkan untuk meningkatkan kapasitinya sebanyak 20% hingga 30% setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut PublicInvest Research.
Pembesaran kilang pembuat automotif LED baru-baru ini pada bulan Ogos 2020 telah digunakan sepenuhnya.
"Pertemuan baru-baru ini dengan pengurusan D&O menegaskan keyakinan kami bahawa syarikat itu sedang menuju mod pengembangannya," kata PublicInvest dalam laporannya semalam.
"Di samping pertumbuhan kapasiti, margin juga akan meningkat dengan ketara disebabkan oleh harga jualan rata-rata yang lebih kuat dari produk LED baru, yang berpotensi memperoleh lima hingga 10 kali lebih banyak daripada produk semasa," tambahnya.
Rumah penyelidikan itu mengatakan bahawa D&O telah melakukan inisiatif untuk meningkatkan lini produksi dengan mengembangkan "triple deck encapsulation, yang menghasilkan enam barisan pengeluaran" baru, peningkatan yang signifikan dari "single deck, single production line".
"Berdasarkan unjuran sekarang, kapasitas diperkirakan akan meningkat dua kali lipat pada tahun 2025 atau pertumbuhan yang dianggarkan lebih dari 160% dibandingkan dengan tingkat 2020," katanya.
Untuk pengembangan itu, PublicInvest menjangkakan perbelanjaan modal D&O akan meningkat dari 8% -9% dari pendapatannya kepada 12% tahun ini.
PublicInvest mencadangkan agar pelabur “melihat kembali” prospek D&O berikutan kelemahan harga sahamnya baru-baru ini, dengan menyatakan bahawa penilaian semasa “agak menarik” berbanding dengan harga sasarannya RM5.09 sesaham.D
d&okaunter masih dalam uptrend yang kuat. struktur masih steady.
untul short term, penurunan harga agak banyak juga memakan kenaikan yang berlaku minggu lepas.
seperti ada pattern dark cloud cover.
support terdekat pada 3.42~3.33
jika berasa takut dan nak playsafe, boleh tunggu sampai harga teest ma20 tu.
D&O membentuk Tukul sebelum naikSelang masa 4 jam (TF4h) menunjukkan carta membentuk tukul pada sesi pagi sebelum naik dengan lilin hijau panjang pada sebelah petang. Tukul (hammer) merupakan salah satu indikator reversal yang sering digunakan pedagang. Selang masa 1 hari (TFD) pula menunjukkan lilin hijau dengan ekor panjang selepas beberapa lilin merah sebelum ini. Ini menunjukkan yang D&O berkemungkinan akan teruskan kenaikkan pada hari esok.
D&O [S] SEKALI LAGI MEMBUAT BREAKOUT ALL-TIME HIGHD&O SEKALI LAGI MEMBUAT BREAKOUT ALL-TIME HIGH: SKY IS THE LIMIT!
1. D&O meneruskan kenaikan bergaya pada hari ini untuk sekali lagi menujah harga tertinggi dalam sejarah.
2. Breakout all-time high dengan volume yang signifikan.
3. Agak-agaknya ke mana arah tujunya? Sky is the limit!
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
“Saudaraku, kalian tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan enam perkara: (1) kecerdasan, (2) semangat, (3) bersungguh-sungguh, (4) dana yang mencukupi, (5) guru yang memberi petunjuk, (6) waktu yang lama." - Imam as-Syafie
Penafian: Perkongsian ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja, bukan buy call (kalau ada ralat, mohon betulkan, TQ). Keputusan & risiko pelaburan adalah tanggungjawab masing-masing.
31 Jan 2021: D&O dalam mod kenaikan yang sihat.PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
D&O
1. Harga naik dengan struktur kenaikan yang sihat. Harga serdang menuju ke matlamat fibo 161.8% (RM2.92). Harga semasa juga berada di atas kesemua EMAs.
2. Volum yang besar dan ketara juga factor utama menyokong kenaikan harga.
3. MACD masih di zon bullish.
D&O (Shariah) – Kaunter yang menarik!!!1. D&O merupakan kaunter terknology elektronik (semikonduktor) yang membuat kenaikan demi kenaikan yang sihat dan mampu memberikan pulangan yang amat baik kepada para pedagang atau pelabur ( ~50% dalam masa sebulan yang terakhir).
2. D&O masih uptrend dengan sentiasa berada di atas EMA 20 dan 50.
3. Walaubagaimanapun, RSI menunjukkan ciri-ciri “bearish divergence” , memberikan peringatan kepada kita supaya lebih berhati-hati.
Sama-sama kita kaji dan perhatikan.
Penafian: Perbincangan di sini hanyalah bertujuan untuk pembelajaran dan kajian sahaja. Tiada buy call diberikan. Jika ada ralat mohon betulkan . Jika bermanfaat sila like dan tekan butang SHARE.
“Jika Kamu Bersyukur Pasti Aku (Allah) Akan Menambahkan Nikmat Kepadamu”