DATAPRP: Drama atau RealitiBullish bat terbentuk dan harga terus membuat reversal Samada betul/tidak harga boleh pergi ke nilai yang di target, sama-sama nantikanPanjangoleh DrRidha0
DATAPRP (Permintaan Terlalu Tinggi)Sektor: - Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Payment Products, 5G. Idea analisis: - Sudut Fundamental telah dikupas pada idea sebelum ini. - Dari sudut Teknikal, hari ini DATAPRP membentuk candle Bullish Marubozu. - DATAPRP telah LU hari ini pada harga RM 1.05 bermula jam 11.50 pagi sehingga tutup dagangan. - Berkemungkinan DATAPRP meneruskan kenaikan pada esoknya. - Jika DATAPRP berjaya meneruskan kenaikan, DATAPRP perlu tutup di atas MA 50. - Jika harga tidak mampu tutup di atas MA 50, berkemungkinan rebound ini cuma technical rebound atau dead cat bounce sahaja. - Adakah DATAPRP berjaya rebound di atas MA 200 dan di atas support 0.725 kemudian tutup di atas MA 50? - Stochastic RSI menunjukkan bahawa DATAPRP berjaya rebound di atas support baru yang terkuat. - Walaupun begitu, MACD memberikan signal bahawa rebound yang berlaku berkemungkinan adalah fake rebound. Nota kaki: * Bullish Marubozu = Candle hijau yang terbentuk tanpa bayang / wick / shadow. Keadaan dimana harga buka sama dengan harga terendah dan harga tutup sama dengan harga tertinggi. * LU = Limit Up. Keadaan dimana harga telah sampai pada paras syiling dan tidak boleh naik lagi pada hari itu. Ini terjadi apabila banyaknya permintaan kepada sesuatu saham itu. Dengan permintaan yang tinggi ini, harga meningkat sehingga mencapai paras syiling. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika sebelum meneruskan penurunan. * Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan. #TAYOR #BAYOR --------------------------------- DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall). 📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.oleh naimmp982
Kucing mati melompatSila rujuk carta *sudah game over, just trade on teknikal rebound. kawal risikooleh luqmanwb0
dataprp game over atau tidakadakah dataprp ingin membuat reversal pattern atau terus turun? *untuk pembelajaran sendiri sahajaoleh thejulies950
DATAprp adakah harga akan membuat corak triangle untuk naik . sekiranya harga melepasi trendline atas harga menunjukan ada kekuatan untuk terus naik. untuk pembelajaran sendiri sahaja oleh thejulies950
Dataprp menarikStochRSI oversold, dalam zone demand. Close to support area. TAYORoleh tradersonbudget0
data-High risk -Zon sokongan pada harga RM 1.28 - RM 1.59 -kaunter yang sangat tidak ketentuan -disiplin perlu tinggiPanjangoleh sam97310
Dari dasar dia datang, kepada dasar dia kembaliSila rujuk carta *pray for our fallen dataprp tradersoleh luqmanwb4
PUMP AND DUMPpump and dump, P&D ni adalah kenaikan harga palsu yang melampau lampau yang bersifat sementara. Aktiviti p&d biasa berlaku kat kaunter2 small cap, kaunter rugi, kaunter tiada fundamental. Tapi kaunter2 mahal pun tak terkecuali. Asalkan boleh buat duit. . . Kenapa p&d ni berlaku? Sebab duit lah. . Bayangkan dalam masa 2 3 bulan harga naik daripada bawah 10sen super penny ke harga puluh puluh sen. Dah berapa ribu persen untung? Bayangkan sindiket letak modal 5 juta, push kejap je boleh profit sampai 30juta. Ingat game p&d ni game cikai2 ka? . Jadi siapa yang menjadi dalang disebalik permainan kejam pump and dump ini? - Boleh jadi game seseorang individu yang kaya, atau satu team sindiket, atau syarikat itu sendiri. Macam macam gelaran. Jerung, cik cindy, market maker,smart money. Niat depa satu je, gandakan duit depa kat market. Bukan gandakan duit anda. Bukan nak tolong anda mencari financial freedom. Kita semua ni hanya bidak dalam percaturan mereka. . - . Jadi macam mana modus operandi / SOP pum and dump ni? Prelude- Biasanya mereka akan kumpul dulu saham diam2 pada harga termurah dengan banyak. Fasa ni tiada siapa perasan sebab ia boleh berlaku dalam tempoh masa yang panjang. Mereka mengamalkan prinsip buy low sell high. Bila kapal tongkang dah penuh, baru boleh jalan. . fasa 1 - Sesi tabur dedak. . - Pada fasa ini, news dan rumours bersifat positif akan mula di kompang kat berita, blog saham, telegram, whatsapp, website sembang saham, surat khabar. Dalam fasa ini, anda boleh la dengar - “syarikat XYZ MOU 1billiun dengan syarikat negara gohed gostan” - “syarikat XYZ nak buat kilang buat sarung getah kaki” - “siapa yang akan dapat tender kerajaan 2.6 billiun ini?” - “stock ni undervalue kaw2, jangan cakap abang tak payung” - “XYZ building up volume/stay tune/ huat huah limit up ni!/ panic buying now!! “ Fasa 2 – kenaikan harga saham . - Dalam fasa ini, harga akan meroket laju. Newbies yang dah dengar news/rumours tadi akan kelam kabut kejar harga. Geng yang follow teknikal analisis pun akan triggered juga pasal semua indicator akan memberi signal bullish. Fasa ni boleh bertahan sampai cik cindy dah kekenyangan. Anda yang baru masuk market tiba2 untung 100% seminggu, tak kan tak berkepak jalan kan? Mudahnya menyaham. Asal modal 1000 ringgit dah jadi ribu2. Letak 10k boleh jadi 100k macam ni. Money management takda dah time ni. Yang ada cerita “kalau”. Jual tanah teruslah. All in duit VSS. Pinjam duit mak bapak. Collect duit sedara mara sahabat handai. Fasa 3 – penjualan . - Biasa kalau dah naik pacak sangat, turun pun pacak juga. Tapi kita panggil manja sikit fasa ni, fasa “temporary profit taking”. Normal lah harga dah naik mesti turun. Dia selang seli naik turun katanya. Ini semua penjualan weak holders katanya. Dapat project berbillion takkan tak leh sampai TP singgit? Ini semua adalah part of the game. Cik cindy dia bukannya jual seketul kat atas. Sepanjang perjalanan ke puncak langit ke tujuh tu dia dah dispose sikit sikit pegangan mereka. Average price mereka jauh dibawah neraka ke tujuh dan entry korang kat langit ke tujuh. Sampai level ni, volume pun lemau dah takda sapa nak push. Retailers pi la push sendiri. Kejatuhan tajam ini biasa akan disusuli dengan apa yang kita kata Dead Cat Bounce. Ketika DCB ini berlaku, ramai dah mula pasang harapan harga akan recover balik. Ada yang average down. Jam jam kecemasan camni akan keluar lagi ayat2 manis seperti “ harga dah oversold ni tunggu masa” “harga diskaun ni”. Ini semua adalah sementara. Teknikal rebound. Fasa 4 – tutup buku . - Dalam fasa ini, harga pun meleleh turun secara perlahan lahan tapi pasti. Tiada dah news rumours projek billiyun. Takde angin langsung dah. Senyap sunyi kaunter. Tengok market depth lemau habis. Geng2 cik cindy tengah berhura huray pi joli katak sementara pelabur runcit termenung jauh mengenangkan nasib dan menggunakan teknik analisis harapan. Kalau guna duit tepi ok lagi sangkut. Yang lain tu? Ini semua adalah cobaan.. Kesimpulan. . - Kewujudan sindiket adalah perkara yang tidak asing lagi dalam dunia saham. Nampak macam jahat, tapi market memerlukan mereka untuk mencipta volume. Mereka adalah sebahagian daripda ekosistem. Ada jerung baik, ada jerung ganas. Jadi pelabur runcit sekalian yang berada di bawah sekali dalam rantaian ekosistem ini kenalah jadi cerdik juga. Bila mereka jalan, kita ikut tepi. Kawal emosi dan money management. Sampai bila nak kena ngap. Jadikan pengalaman masing2 sebagai iktibar dan pengajaran. Penat tulis panjang panjang ni, jadi tolong share n like post ini. Hehe😊 Renung renungkan. Mohamad Ali Fudin (MSTA-UK, CFTe- US) Pendidikanoleh aliremisier3317
DATAPRPDataprp carta harian ~Harga jatuh dan tidak mampu bertahan diparas sokongan ~kemungkinan mencari sokongan baru di antara ma20 atau ma50 dan melantun semula untuk membut LH ~sekiranya tidak berjaya melantun di antara ma20 dan ma50, besar kemungkinan akan mencari rbs semula sebelum membuat LH Sekadar pandangan dan bukan buycalloleh TraDerBiskutMaZola0
dataprptelah berlaku kejatuhan harga yang besar jumaat lalu. dapat dilihat dengan saiz candle hitam yang besar. harga juga sudah jatuh bawah 2.65, satu paras harga yang sebelum ini banyak bermain disitu. harga juga sudah tembuh ke bawah awan, memberi tanda bearish harga juga kini berada bawah ma20, jadi tidak lagi bullish. makanya, kita tengok minggu depan macam mana..oleh aliremisier2
DATAPRP 19 March 2021DATAPRP membuat pullback dan mencecah paras 38.2% fibonacci. Masih tidak mempunyai sebarang signal reversaloleh longzul80
DATAPRP 17.3.21Harga terkini : 3.34 Resistance : 3.04, 2.085 Support : 4.13, 4.495, 5.07 Ini hanya idea trading, sila guna trade plan anda sendiri. Selamat bertrading. Terima kasih.oleh mdfaizi10851
Pullback atau terjun?Adakah akan buat pullback yg sihat? Atau akn terjunan akan berlaku? oleh Haqqul_Mateen0
DATAPRP (Berjaga-jaga)Sektor: - Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Payment Products. Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, boleh dikatakan DATAPRP merupakan 'loss making company'. Keuntungan dan revenue (hasil) juga menurun QoQ dan YoY. - Dari sudut teknikal, DATAPRP masih meneruskan kenaikan walaupun dikenakan UMA oleh Bursa. - Terbaru, muncul signal sell pada indikator Parabolic SAR. - Jika harga meneruskan kejatuhan, support yang paling perlu diperhatikan adalah pada RM 1.68. Jika harga tidak mampu bertahan dan jatuh dibawah RM 1.68, kemungkinan harga akan membuat penurunan drastik sehingga ke harga sen kembali. Nota kaki: * QoQ = Quarter over Quarter. * YOY = Year over Year. * UMA = Usual Market Activity. #TAYOR #BAYOR --------------------------------- DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall). 📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.oleh naimmp98332
DATAPRP Merah Panjang- candle merah yang agak besar - namun masih lagi dalam uptrend - boleh lihat pergerakan seterusnya Penafian : idea ini adalah untuk kajian dan bukan Buy/Sell call. Sila buat kajian anda sendiri.oleh ybr30
8338 DATAPRP : PELUANG BELI DI HARGA RENDAHVolatility : Tinggi Trend : Uptrend Ruang pelaburan sebelum breakout : 19% Volume tertinggi pernah dicapai : 380.99 Juta Harga Tertinggi 30 Hari : 4.130 Harga Terendah 30 Hari : 0.225 Ditutup pada 3.350 pada 16 Mac. Terdapat peningkatan volume berbanding hari sebelumnya tetapi dikuasai oleh seller. Harga turun pada kadar 19% pada hari ini. Peluarng untuk beli saham ini pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini. Terdapat Resistance dan Support yang dapat dikenal pasti berdasarkan sejarah harga sebelumnya. R-1 : 4.130 S-1 : 2.640 Harga dijangka akan terus naik mendadak jika mampu melepasi 4.130 sekali lagi Semoga berjayaPanjangoleh Teknikal_Saham0